Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Di antara Kebenaran, Mengumpat dan Memfitnah - Satu Respons Kepada Alhaqdaily

Menceritakan kebenaran yakni perilaku buruk seseorang yang secara umumnya diketahui oleh semua orang adalah tidak menjadi kesalahan kerana sebagai peringatan kepada orang ramai supaya mengetahui siapa kawan dan siapa lawan.

Menceritakan perilaku buruk seseorang yang diketahui hanya oleh Si Pembawa cerita tadi sahaja adalah mengumpat dan semua orang tahu mengumpat itu perbuatan keji.

Menceritakan tentang sesuatu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh seseorang pula adalah memfitnah dan ini lagi keji.

Keliru? Teruskan membaca dua contoh di bawah!

Jadi dalam Tragedi Penutupan MRSM-YT Besut/Dungun yang akan berlaku pada tahun 2003, semua rakyat Malaysia sudah tahu! Apakah menjadi kesalahan untuk memberikan peringatan kepada orang ramai tentang siapakah pengkhianat kepada pelajar-pelajar Melayu khasnya pelajar-pelajar Terengganu untuk mendapat pendidikan yang terbaik? Hujah tidak berlaku pergaulan antara pelajar Terengganu dan luar Terengganu adalah terlalu dangkal untuk dijadikan alasan penutupan MRSM-YT dan motif sebenarnya adalah tidak lain daripada politik UMNO.

Fitnah yang jelas adalah memenjarakan rakyat yang tidak bersalah dengan mengada-adakan pelbagai tuduhan palsu dan memenjarakan mereka di bawah kata kejam ISA.

Sekian.






______________________
Terbitan : 23 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com