SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Cerita awal RamadhanAssalamualaikum, Salam sejahtera semua para muslimim dan muslimat yamg akan menyambut bulan penuh keberkatan bulan ramadhan akan tiba tidak sampai seminggu lagi tidak lupa buat para penjuang keAdilan semua. Sudah agak lama Cik Awe tidak menulis diruangan ini memandangkan keuzuran dari segi masa dan diri cik Awe sendiri. Apa yang Cik Awe ingin kongsi bersama dengan para penjuang semua yang tidak dapat hadir ke majlis Kesenian di Taman Melawar pada 31hb.Okt 2002. (1)Dakwah TG Nik Aziz ada menyebut dakwah itu adalah bukan kerja sukarela tetapi menjadi perkara wajib ke atas umat islam.Berdakwah mengikut kemahiran masing2 yang boleh berceramah mereka berceramah yang pandai bertazkirah mereka boleh bertazkirah dan beliau juga menyebut yang tahu menggunakan internet mereka menggunakan internet sebagai saluran dakwah.TG ada menyebut juga semua barang didunia ini adalah pinjaman dari Allah,oleh itu kita mesti menjelaskan pinjaman kita pada Allah. (2)Penggunaan Bismillah Penguam terkenal Sdr.Zulkifli Nordin memberitahu surat-surat rasmi kerajaan tidak lagi dibenarkan oleh kerajaan Malaysia menggunakan perkataan Bismillah cuma ia belum digazetkan lagi ini bertujuan untuk menghapuskan saki baki pengaruh DSAI semasa dalam Ameno.Cuba anda fikirkan ini adalah pengaruh Kamal Artatuk bapa segala sekuler!Kita tidak hairan mereka akan bertindak lebih dari itu untuk masa hadapan cuma puak-puak Ameno yang dapat sekupang dua dekat kampung-kampung tidak tahu.Betapa bencinya Ameno terhadap DSAI. (3)Minyak Tahniah cik Awe hendak ucapkan pada kerajaan kerana berjaya menaikkan lagi harga minyak.Tetapi cik Awe rasakan terlalu rendah berbanding dengan negara lain.Biasalah kata puak Ameno kerana itu adalah mentaliti mereka.Perkataan biasalah adalah menjadi lumrah mereka.Cik Awe ingin bertanya puak Ameno kat kampung-kampung tahu apa kesan jika semua harga barang melambung naik dikala kita menyambut bulan ramadhan ini? Puak ini memang buta hati pekakkan telinga kerana mereka semua sudah selesa ditahap itu.Mereka tidak perlu memikirkan penderitaan orang lain. Cuba fikirkan bersama.Sekian Cik Awedonde2001
Diterbitkan oleh : |