Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tahniah Pemuda Keadilan Melaka

BT JAYA FC JUARA PIALA EZAM

Durian Tunggal,Melaka, 3 Nov. - Sebanyak 23 pasukan telah menyertai kejohanan bolasepak terbuka kalah mati merebut piala pusingan anjuran Pemuda Keadilan Negeri Melaka. Kejohanan sehari ini telah berakhir dengan mempertemukan pasukan Selasih FC dan BT Jaya FC di dalam perlawanan akhir.

Dalam suasana hujan lebat perlawanan akhir yang medebarkan itu telah menyebelahi BT Jaya FC dengan kelebihan 1-0. Hadiah telah disampaikan oleh Syamsul Iskandar Mohamad Akin, Naib Ketua Pemuda Keadilan Pusat dan Cikgu Badrul Hisham Shaharin Exco Pemuda Keadilan Pusat.

Wakil pemuda melaka (penganjur) yang ditemui menyatakan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kejohanan sehari ini terutama kepada pasukan yang menyertai kerana ada yang datang dari luar melaka contohnya dari keadilan. Kejohanan ini juga akan dijadikan kejohanan tahunan dan berharap tahun depan kejohanan ini akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan.

Walaupun Ezam terpenjara tetapi semangat perjuangannya akan terus membara dalam jiwa anak muda Malaysia tambahnya lagi.






______________________
Terbitan : 5 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com