SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Bagaimana mahu hadapi karenah manusia tamak Khir ToyoOleh BUDAK BANGI Saya nak ulas pandangan Khazai Abu Bakar (Tepak Bersulam) yang sejak dulu termimpi-mimpi mahu jadi kaya mudah dengan membodek perasuah hebat, Dr Mohd Khir Toyo. Bagi saya, lebih tepat, orang macam Tepak ini yang digelar "anjing" (berbanding BPR, seperti yang dikatakan Mahfuz Omar) kerana sikapnya yang tak malu-malu menagih wang dan projek hanya kerana usahanya mempertahankan MB yang rasuah. Tak apa dulu, kita tinggalkan isu anjing itu. Dalam satu artikel Khazai menulis, Khir tidak boleh meletakkan jawatan, sepertimana yang dibuat oleh Abu Hassan Omar (yang dituduh mempunyai anak luar nikah dengan adik iparnya) "... kerana bukan Khir sahaja yang dipertaruhkan tetapi Umno akan turut menghadapi masalah andainya Khir berundur, tanpa membersihkan namanya." Khazai mahukan mental ahli keluarga Khir diperkuatkan bagi menghadapi serangan dan dakwaan pembangkang bahawa Khir adalah wira rasuah paling hebat, memandangkan kecekapannya mengumpulkan kekayaan secara drastik dalam waktu cukup singkat. Inilah perangai orang yang kelemasan. Khir mahu mengaitkan dirinya dengan maruah Umno, sedangkan semua orang tahu, termasuk pimpinan Umno, bahawa yang merosakkan imej Umno ialah Khir. Perangai Khir yang cukup rakus mahu menguasai segala kekayaan melalui projek, tanah dan sebagainya menunjukkan bahawa segala tokoh yang dilahirkan oleh Umno, tak kira tua ataupun muda seperti Khir, semuanya tidak boleh tengok peluang membina kekayaan. Ada saja pintu terbuka untuk menguat kemewahan, tanpa segan silu Khir akan mendapatkannya melalui jalan tertentu, yang sekali imbas tidak salah dari segi undang-undang. Melalui orang-orang rapatnya, misalnya Dr Karim Mansor yang kaki betina itu, wang ringgit dan asset berharga semakin dihimpun. Sedangkan kalau kita perhatikan, jika Khir meletakkan jawatan atau disingkirkan, apa yang ruginya kepada Umno. Apakah Khir terlalu hebat untuk dipertahankanm walaupun buktinya rasuah cukup ketara sekali, di samping rekod salahguna kuasa dan penyelewengan semakin menyerlah? Apakah hanya Khir Toyo yang difikirkan boleh mempertahankan Selangor dari serangan pembangkang, terutamanya PAS, dan lain-lain pemimpin Umno di Selangor kaki pondan yang takutkan pembangkang? Sebenarnya Umno Selangor hanya menempa maut dengan terus mengekalkan Khir Toyo sehingga pilihan raya akan datang. Memang benar Khir akan terus menjadi MB sehingga saat itu tetapi bukankah itu satu modal besar buat pembangkang untuk menggunakan isu rasuah Khir sebaik mungkin untuk menunjukkan kepada rakyat Selangor bahawa walaupun tanpa isu Anwar dan isu-isu nasional lain yang besar, pembangkang dapat melakukan suatu kejutan. Rasuah Khir Toyo tidak seperti rasuah yang dilakukan menteri-menteri lain. Bahan dan buktinya cukup ketara sekali. Selain itu, telah dibongkar bagaimana Khir menggunakan pelbagai cara untuk melakukan rasuah dengan kaedah baru, misalnya memberikan tanah bukan lagi kepada kroni, tetapi kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri, seperti PKNS, dan kemudiannya PKNS akan buat usahasama dengan syarikat kroni dengan terma-terma yang terlalu menyebelahi kroni. Khir juga memberikan kontrak-kontrak mewah kepda syarikat kroni selepas nilai sesuatu projek ditingkatkan dua kali ganda paling kurang. Kes terbaru ialah projek buat bangunan tambahan DUN Selangor, yang diberikan secara rundingan terus, bukannya tender terbuka, dengan nilai RM50.5 juta, satu nilai yang tidak munasabah. Dan kita tentunya masih ingat bagaimana projek membekal dan memasang paip air di Dengkil sehingga Banting, yang sepatutnya tak lebih RM40 juta tetapi ditinggikan menjadi RM83 juta. Lebihan RM43 juta itu dilimpahkan terus kepada kroni-kroni MB termasuk orang-orang kanan di bangunan SUK dan PUAS. Begitu juga dengan projek buat jalan di Sekinchan dan Sg Panjang. Projek yang nilainya tak lebih RM45 juta meningkat jadi RM92.5 juta. Mungkin ada orang yang sudah jemu bila perkara seperti ini diungkit-ungkit tetapi bagi saya, ia adalah contoh klasik bagaimana MB termuda ini sanggup melakukan apa saja asalkan dapat wang dan kedudukan kewangannya makin mantap bagi menyediakan dirinya bertanding jawatan-jawatan lebih tinggi dalam parti. Dengan wang yang banyak juga Khir boleh membeli pemimpin-pemimpin Umno di Selangor bagi mempastikan segala ketaatan hanya kepadanya. Tiga empat kes itu hanya contoh yang dikemukakan Lutfi kepada BPR, dan kita tidak tahu berapa puluh lagi kes yang serupa yang tidak dapat dibongkar, apatah lagi selepas Khir membuat peraturan baru, yang mana setiap Exco tidak dapat membawa keluar apa-apa dokumen berkaitan mesyuarat Exco kerajaan negeri. Yang mahu saya simpulkan di sini ialah kerakusan budak muda ini mesti disekat. Saya sendiri tidak tahu apa jalan dan kaedahnya. Ini kerana selepas kes rasuahnya didedahkan Khir sedikitpun tidak takut untuk terus mengaut hasil kekayaan Selangor, malah karenahnya lebih dahsyat lagi, sehingga tanah-tanah yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi pun dicerobohnya untuk diserahkan kepada kroni. Untuk membuat penerangan kepada rakyat Selangor, medium kita terbatas. Ceramah sudah dihalang keras dan Khir sendiri "menganjingkan" anggota polis untuk menekan kegiatan pembangkang sehingga suara pembangkang hampir tidak kedengaran. Penerbitan pembangkang pun tidak sehebat dulu. Hebahan melalui internet tidak seluas dulu sedangkan pilihan raya semakin hampir. Saya harapkan ada pembaca lain yang mempunyai idea yang boleh memberikan cadangan lanjut bagaimana mahu kita hadapi manusia tamak kuasa seperti Khir Toyo sendiri.
Diterbitkan oleh : |