SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Perfume BaratHampir setahun yang lalu, apabila saya mendapat maklumat ini saya merasakan ujian Allah yang datang pada saya umpama batu besar yang perlu dipikul sehinggalah sampai ke destinasi yang saya sendiri tak tahu. Pendek kata jika maklumat ini tidak disampaikan, selama itulah bebanan ke atas diri saya memikul 'batu besar' itu akan terus menerus saya pikul. Saya manusia yang begitu lemah iman, tidak mampu menegah dengan perbuatan serta pertuturan. Hanya doa yang termampu dilakukan. Namun saya masih tak gembira dengan sikap saya kerana tidak berusaha bersungguh mencegahnya. Maka, saya rasa sekarang Allah berikan saya lorong pertuturan mengajak rakan-rakan yang dirahmati Allah meninggalkan sesuatu yang selama ini kita jahil mengenainya... Cerita begini... Sewaktu mengikuti rombongan Puspanita ke Indonesia bersama kumpulan isteri-isteri orang kenamaan termasuklah Puan Seri dan beberapa orang Datin, kami transit di Singapura dalam perjalanan balik. Sewaktu di duty free shop sambil berjalan bersama seorang Datin, kami melalui kedai perfume. Ramai ahli-ahli biasa puspanita dan lain-lain Datin serta Puan Seri singgah dan mencuba berbagai jenis perfume yang ada. Memang agak lumrah perkara ini berlaku dan ia bukan setakat di kalangan wanita malahan kaum lelaki juga.Tiba-tiba seorang Datin bersuara kepada kumpulan 'pembeli' perfume ini... "dengar ni nak cerita" katanya. "Dulu saya suka pakai minyak-minyak wangi begini dan buat koleksi hampir semua jenis jenama perfume buatan luar negara. Satu hari saya ikut Dato' melawat Europe dan kami dibawa ke kilang membuat minyak wangi. Dalam kilang yang begitu besar itu, bermacam-macam jenama minyak wangi dipersembahkan kepada rombongan kami dengan harga kilang yang jauh lebih murah berbanding dengan harga di pasaran. Sampai pada satu peringkat pembuatan, kami melalui kawasan di mana terdapat tangki-tangki besar berisi bendalir putih yang dicampurkan ke hasil akhir iaitu minyak wangi tadi. Sayapun tanyalah pekerja kilang itu apa bendalir putih tu dan untuk apa kegunaannya?" Jawapnya.. "Oooh! That's lard, and it helps the smell stays longer". Datin itu bertanya lagi dalam nada terkejut dan wajah selamba, "you mean you add lard in all types of perfume?" "Oh yes! Or else the odour will not last." Cukup setakat itu cerita saya kepada sahabat sekelian. Dipendekkan cerita, saya menyeru kepada rakan2 Muslim sekelian, bahawa semua jenama pewangi import ada mengandungi minyak babi. Marilah kita semua berhenti dari menggunakan barangan tersebut. Ramai rakan-rakan kita yang mengunjungi tanah suci Makkah dan Madinah dan di sana banyak terdapat minyak wangi yang tidak dicampur dengan bahan dari babi. Di negara Egypt yang merupakan negara pengeluar minyak wangi terbesar dari kalangan negara-negara Islam, bermacam2 perfume boleh didapati dan barang tersebut juga boleh diperolehi di Malaysia. Kita hanya perlu bertanya negara asal pembuat perfume itu. Ujian Allah adakalanya begitu ringan dan mudah.... berhentilah menggunakan minyak wangi jenama Barat... itu sahaja. Namun ia memerlukan kekuatan iman yang jati untuk mengubah diri kita ke arah keredhaan Allah. Wallahu'alam. -dr Amy ®-
Diterbitkan oleh : |