Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Dolah Hina Keputusan Mahkamah

Cili Api berasa sangat gembira kerana Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Suriyadi Halim Omar telah mengeluarkan perintah supaya tahanan ISA, Nasharuddin Nasir dibebaskan. Beliau ditangkap bersama 14 orang lain pada 17 April tahun ini atas tuduhan terlibat dengan KMM. Lepas itu, pada 12 Jun, Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah menahan beliau di Kamunting selama dua tahun.

Mengikut dakwaan polis dan Datuk Seri Abdullah Badawi, Nasharuddin ini menjadi pemimpin Jemaah Islamiah peringkat daerah, memungut derma untuk MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) dan macam-macam lagi. Dalam tiga afidavit yang beliau kemukakan ke mahkamah, Nasharuddin menegaskan segala tuduhan itu tidak benar dan beliau telah ditahan secara haram. Nampaknya hakim bersetuju dengan beliau.

Cili Api suka nak beri tahniah kepada Nasharuddin dan juga peguamnya Sivarasa Rasiah, seorang pejuang hak asasi terkenal dan juga naib presiden PRM. Tahun lalu Sivarasa terlibat juga dengan pasukan peguam yang berjaya membebaskan Gobalakrishnan dan Abdul Ghani, aktivis dari keADILan, melalui mahkamah Tinggi Shah Alam juga, walaupun hakimnya berlainan.

Sivarasa telah meminta supaya keputusan mahkamah ini segera disampaikan ke Kamunting dan Nasharuddin dibebaskan. Malangnya, sejam setengah setengah selepas dibebaskan, Nasaruddin telah ditahan semula. Sekali lagi Dolah Badwi hina mahkamah.

Sehubungan ini Cili Api teringat kes Ezam Mohd Noor, Tian Chua, Shari Sungip dan Hishamuddin Rais. Mahkamah Persekutuan, yang tertinggi dalam negara, telah memutuskan bahawa tahanan mereka selama dua bulan yang pertama sebagai berniat jahat dan polis menzalimi mereka. Kalau yang dua bulan mula-mula berniat jahat, apa alasan nak tahan dua tahun pula?

Sepatutnya mahkamah membebaskan mereka. Tapi mungkin panel hakim tidak begitu berani. Mereka serahkan kepada kebijaksanaan Menteri Dalam Negeri. Macam mana boleh seorang yang tidak bijaksana, dan menjadi pak turut bosnya saja, boleh bertindak bijaksana? Lagipun, beliau dan bos itu bukan peduli sangat soal keadilan.

Cili Api angkat topi kepada kedua-dua Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang berani dan adil.






______________________
Terbitan : 16 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com