SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun BI - Mewujudkan Jurang Miskin-Kaya.
Kemunculan corak pemikiran sesetengah masyarakat melayu hari ini kearah pembentukan budaya yang memandang rendah budaya sendiri. Kalau diperhatikan hari ini, memang telah terdapat sesetengah ibubapa yang terlalu mengagungkan bahasa Inggeris sehinggakan perbulan dirumahpun mereka gunakan bahasa inggeris.Mereka ini tentulah terdiri mereka yang berada dan berpendapatan tinggi. Mereka mampu untuk mengeluarkan belanja semata-mata untuk menghantar anak ke kelas bahasa inggeris. Apabila terlaksananya sistem pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris, maka akan wujud 2 kelas didalam setiap sekolah iaitu kelas untuk orang kaya yang akan memenuhi kelas-kelas cerdik yang mana guru akan memberi tumpuan yang lebih dan kelas yang lemah yang akan dipenuhi oleh murid-murid miskin yang mana guru akan mengajar ala-kadar saja. Mengapa timbul keadaan ini, adalah kerana apabila tidak dapat menguasai BI, maka mereka akan tercicir dalam pelajaran dan kedudukan kelas dalam sekolah adalah berdasarkan pencapaian dalam matapelajaran ini. Yang miskin akan terus miskin dan bodoh kerana lemah dalam bahasa inggeris kerana tidak mampu dan yang kaya akan dapat membaiki kelemahan dengan menghantar anak-anak mengikuti tuisyen BI. Maka anak orang kaya akan bergaul dengan yang kaya dengan gaya penjajah berbahasa inggeris dan yang miskin akan terkebil-kebil putih mata untuk memahami apa yang mereka bualkan. Persoalan yang timbul ialah bukan BI yang kita pertikaikan, tetapi cara perlaksanaan dan natijah kerana perlaksanaan tidak dikaji dengan teliti oleh cerdik pandai. Perlaksanaan hanya sekadar IDEA DALAM JAMBAN Aziz Samsudin ya ng ingin mewujudkan peluang perniagaan bagi dirinya tanpa memikirkan kesan kepada bangsa sendiri. Bukankah dengan aliran melayu UKM telah melahirkan ramai doktor-doktor, optometris melayu.Ramai yang telah menjadi pakar bedah melalui bahasa melayu yang mereka belajar dulu disekolah. Adakah pakar bedah dari UKM tidak mampu melakukan perbedahan yang besar seperti kembar siam.Bukankah kerana belajar matematik dan sains dalam bahasa melayu dulu, perniagaan cermin mata yang dulu dimonopoli oleh kaum cina sekarang telah dikuasai oleh kaum melayu.Ramai manakah jurutera yang dari aliran melayu berjaya dan berapa banyak bangunan yang runtuh kerana direka oleh jurutera aliran melayu. Perlaksanaan sistem terbaru ini adalah semata-mata kerana cemburu dan dengki akan pencapaian orang melayu masa kini. Mungkin anak-anak pendengki ini bodoh macam lembu, memang patut mereka bodoh kerana makan duit tak halal;tetapi dengan memberi kekayaan melalui rasuah kepada anak-anak mereka masih menampakkan kebododan yang amat sangat kerana syarikat sentiasa dibailout kerana rugi. cybertaliban@hotmail.com
Diterbitkan oleh : |