Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

'Ranjau Sepanjang Jalan" hasil kerja terbaru ZAM setelah naik pangkat !!!!

Alkisah..petang tadi Cucu tertengoklar Berita Jam 6 yang disiarkan melalui Radio Televisyen Mahafiraun Saluran Perdana (RTM1 lar tuuu ). Pada mulanya Cucu tertunggu-tunggular jugak apakah perubahan yang bakal berlaku dalam berita yang disiarkan oleh RTM ini setelah Si Zam-zam ala kazam...Zainuddin Maidin ni dilantik menjadi Timbalan Menteri Penerangan yang baru..

Ruper-rupernyer indah kabar dari rupa sungguh... Si ZAM ni dah buat hal pulak dah..Kalau dulu disiarkan "Kelantan Dalam Gerhana"..tetapi kini dah bertukar jadi "Ranjau Sepanjang Jalan". Maka yang disiarkan ialah berita kemiskinan dan kedaifan keluarga melayu di Parlimen Sik Kedah. Seingat Cucu filem "Ranjau Sepanjang Jalan" yang pernah meletup dulu..hasil arahan Seniwati Sarimah adalah dipetik dari buku "Ranjau Sepanjang Jalan" karya Sasterawan Negara Dato' Shahnon Ahmad. Maka patut pun RTM menyerang Dato' Shahnon selaku Ahli Parlimen Sik (PAS) ini.

Maka dipaparlah kisah kedaifan keluarga yang kais pagi makan pagi . Pendapatan hanya sekitar RM150 sebulan. Dengan suami masing-masing yang lumpuh dan mengharap bantuan dari orang ramai. Maka yang dipersalahkan ialah ADUN PAS dan Ahli Parlimen PAS...Kononnyer mereka tak langsung menjengok ke kampung tersebut....

Cucu nak tanyalar kat si Zam dan Puak-Puak UMNO niii... Berapa tahun dah Dato' Shahnon jadi Ahli Parlimen Sik ? Dan berapa tahun pulak hamba Allah itu sudah menderita dihimpit kemiskinan ? Apakah dizaman BN atau PAS ? Mengapa PAS harus dipersalahkan dalam hal ini. Apakah YB BN/UMNO Haprak selalu turun menjengok rakyat miskin di kampung-kampung !!!!!! Kalau ini yang dilakukan oleh mereka Cucu memang "Tabik Spring" !!! Tapi sebenarnyer berita yang disiarkan itu sewajarnya diambil ikhtibar oleh seluruh rakyat jelata..Yang "Ranjau Sepanjang Jalan" tersebut menunjukkan yang wakil Rakyat BN sebelum ini yang sekian lama menjadi ADUN dan Ahli Parlimen di kawasan tersebut mengabaikan tanggungjawabnya..

YB UMNO Haprak nii sememangnya lebih berminat mengumpul harta kekayaan untuk mengenyang periuk nasi masing-masing..Lantaran rakyat miskin terbiar tanpa pembelaan..Kononnyer nak menyalahkan YB Pas ..Walhal seantero dunia tahu YB PAS tidak diberikan peruntukkan Ahli Parlimen oleh Kerajaan.. Peruntukkan hanya diberikan kepada YB BN/UMNO Haprak semata-mata..So bagaimanakah mereka dapat membela nasib rakyat sekiranya peruntukkan ini disekat dan dinafikan hak mereka sebagai Ahli Parlimen......Sekarang RTM cuba mencari publisiti murahan seolah-olah hanya di kawasan Sik , Kedah sahaja terdapat rakyat termisikin seperti yang ditayangkan.. Cucu nak tanya kalau memanglah mereka itu miskin..ke mana perginya wang Tabung Rakyat Termiskin yang disediakan oleh Kerajaan selama ini..Apakah ianya diratah oleh puak-puak UMNO haprak ini dengan mengagih-agihkannya kepada kroni-kroni mereka yang tidak miskin seperti yang berlaku di Trengganu sekarang.. Asalkan menyokong BN ..maka akan menerima peruntukkan tersebut... Inilah realitinya daripada paparan Ranjau Sepanjang Jalan yang disiarkan oleh RTM ituu..

Cucu ucapkan TAHNIAH kepada si ZAM ini, diatas keperihatinan menyiarkan berita tersebut.. dan jangan lupa lepas ni tinjau pula rakyat termiskin yang terdapat di Parlimen Kubang Pasu, Parlimen Kuantan, Parlimen Jempol dan semua kawasan Parlimen di Malaysia ini..dedahkan semua cerita-cerita ini agar rakyat tahu "mana intan dan mana kaca"...Insaflah wahai Zainuddin Maidin..sudah-sudahlar tuu buat propaganda..Jangan jadikan RTM kuda tunggangan untuk anda menjadi Menteri Penerangan satu hari nanti..Langkah mayat Khalil Yaakob dulu... Sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia ini..eloklah Si ZAM bertaubat dan berpijak dibumi yang nyata..Semoga Allah akan memberi petunjuk kepada hamba-hambanya yang melampaui batas..Insya Allah.

CUCU MAT KILAU
Pahang Darul Makmur
cucu_matkilau@yahoo.com






______________________
Terbitan : 30 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com