SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Bantahan rasmi Dong Jiao Zong terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian
-------------------------------------------------------
Kenyataan bantahan rasmi tersebut dikeluarkan oleh
Kepada: Merujuk kepada perkara di atas, ingin kami tarik perhatian tuan terhadap liputan berkenaan isu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris yang dimuatkan pada muka depan akhbar pihak tuan bertarikh 12 November 2002. 2. Dong Jiao Zong berasa kesal atas liputan tersebut kerana telah memutarbelitkan kenyataan Dong Jiao Zong. Liputan tersebut amat berbahaya kerana sengaja mencorakkan Dong Jiao Zong sebagai badan cauvinis yang menolak penggunaan bahasa Inggeris dan cuba mengelirukan orang ramai terhadap pendirian Dong Jiao Zong. Tohmahan ini sekiranya dibiarkan berterusan barangkali akan menyebabkan rakyat benci kepada Dong Jiao Zong. 3. Sebenarnya, sejak awal-awal lagi Dong Jiao Zong menegaskan kepentingan bahasa Inggeris dan menyokong sepenuhnya usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar tetapi Dong Jiao Zong menolak penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains sebagai pendekatan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, kerana ini langsung bertentangan dengan prinsip dan norma pendidikan. Dong Jiao Zong bimbang pelaksanaan ini akan merugikan pembangunan negara, maka dengan hati yang tulus dan tanpa prasangka Dong Jiao Zong berkali-kali mengemukakan cadangan dan nasihat yang positif dari sudut pendidikan demi kepentingan negara. 4. Dengan tujuan membolehkan pembaca memahami pandangan dan pendirian Dong Jiao Zong yang sebenar, semoga pihak tuan bertindak adil dengan memuatkan kenyataan penuh Dong Jiao Zong yang dikeluarkan dalam sidang akhbar pada 11 Nov 2002. Sekian dimaklumkan. Atas jasa baik dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.
Yang benar,
Diterbitkan oleh : |