SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Pak Kamarulzaman Teh Meninggal DuniaDengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Pak Kamarulzaman bin Teh @ Teh Da (ibunya Siteh), pejuang kemerdekaan serta kedaulatan negara, dan tahanan politik paling lama, telah meninggal dunia pada hari Selasa 5hb November 2002, jam 10.30 pagi. Beliau meninggal di Selatan Thai kerana sakit tua. Jenazahnya telah disemadikan di sebuah perkuburan Islam dalam Wilayah Narathiwat pada pukul 4.30 petang. Dua tahun lalu, kami telah merayu derma untuk membawa Pak Zaman, yang sudah tidak boleh berjalan dan kehilangan penglihatan, ke Kuala Lumpur. Dengan sumbangan yang diperolehi, kami telah berjaya mendapatkan rawatan baginya dan juga menempatkan beliau di sebuah rumah orang tua. Kira-kira tiga empat bulan lalu kesihatan Pak Zaman semakin merosot. Beliau minta dibawa pulang seketika ke kampung asalnya di Temerloh, Pahang untuk menemui keluarga serta sahabat handai. Kemudian beliau meminta dibawa pergi ke Selatan Siam untuk berjumpa kawan-kawan lama. Dengan kehendak Allah (swt) beliau menghembuskan nafasnya di sana. Pak Zaman dilahirkan lebih 82 tahun dulu, pada 15hb Januari 1920. Beliau seorang pejuang yang telah banyak berkorban untuk kedaulatan serta kemerdekaan negara. Waktu muda beliau menjadi Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) Negeri Pahang. Selepas Darurat diisytiharkan pada tahun 1948, beliau ditahan di Temerloh atas tuduhan kononnya memiliki senjata api. Setelah perbicaraan ringkas, mahkamah penjajah British menjatuhkan hukuman mati di tali gantung ke atasnya. Beliau kemudiannya mendapat pengampunan daripada Sultan Abu Bakar, Pahang dan selepas itu ia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Berikutan pengampunan itu Pak Zaman ditahan selama 14 tahun di bawah Undang-undang Darurat. Kemudian, selepas ISA diperkenalkan untuk melanjutkan kuasa darurat, tahanan beliau disambung lapan tahun lagi di bawah ISA pula. Jadi beliau mengorbankan 22 tahun daripada usianya sebagai tahanan politik. Beliau merupakan salah seorang yang paling lama ditahan di bawah kedua-dua undang-undang zalim ini. Selepas dibebaskan, semangat perjuangan beliau terus membara. Beliau menjadi anggota Parti Rakyat Malaysia (PRM). Sepanjang tahun tujuh puluhan beliau berkhidmat sebagai anggota Jawatankuasa Pusat PRM. Beliau pernah juga bertanding sebagi calon PRM dalam pilihanraya umum pada tahun 1974 untuk Kawasan Parlimen Temerloh. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.
Siti Noor bte Hamid Tuah 6hb November 2002
Diterbitkan oleh : |