SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Menuduh Tanpa Fakta dan BuktiAssalamualaikum wrh wbt - Sdr Enot - Sdr mengkritik, maka Sdr patut juga menerima kritikan. Jangan jadi seperti Khalid Jaafar - mengkritik berani, tetapi bila dikritik, menangis terisak-isak mengadu kepada Anwar Ibrahim minta YB Azmin dan YB Saifuddin dipecat dari parti! Pertama sekali, ingin saya jelaskan saya bekerja untuk Allah. Saya tidak bekerja untuk mana-mana manusia. Oleh itu, kalau hendak dipersoalkan biar Allah yang menentukan di akhirat nanti. Siapa rakyat yang Sdr maksudkan itu? Wan Azizah, Azmin, Saifuddin bukan rakyat juga? Apa orang macam Sdr boleh hentam keromo tuduh mereka tidak bekerja tanpa bukti? Mana bukti saudara? Menuduh jangan sebarangan. Biar ada bukti. Di zaman khalifah Islam dulu orang macam Sdr sudah lama kena kerat lidah kerana menuduh tanpa bukti. Kalau Sdr maksudkan "rakyat" itu seluruh rakyat Malaysia tunggu sampai pilihanraya. Kalau "rakyat" itu ahli parti, maka di Sg Petani, para perwakilan sebulat suara menyokong Khalid Jaafar dipecat kerana berbohong dalam penulisannya di Berita Keadilan, melanggar disiplin parti dan menyalahgunakan media parti untuk kepentingan kabilah politiknya sendiri. Jangan salahkan Wan Azizah dll pemimpin jika rakyat masih "penakut" macam Sdr. Rakyat yang hanya tahu mengkritik di sebalik nama samaran, mengomel dari kerusi empuk di sebalik papan kekunci dalam bilik hawa dingin, rakyat sebegini bukan pejuang. Rakyat yang benar-benar pejuang berani meletak namanya sendiri, berani meletakkan leher untuk dipancung. Memang ramai "pejuang" tiruan macam Sdr, berani menulis artikel, tak berani letak nama, ikut sedap cakap tanpa bukti, tak berani bertanggungjawab. Itulah sebabnya tulisan orang seperti Sdr patut ditongsampahkan, PERTAMA tak ada bukti dan fakta KEDUA terbit dari emosi KETIGA tidak lojik dan tidak rasional KEEMPAT bacul, kerana tidak dipertanggungjawabkan kepada sesiapa KELIMA, Sdr tidak mengikut adab menegur dalam Islam iaitu bertanggungjawab dan tegur depan=depan. Oleh kerana wujudnya orang macam Sdrlah maka Reformasi kecundang. Sdr mahu mengkritik tapi tak mahu memberi bukti dan mahu berselindung di sebalik nama samaran. Anwar Ibrahim kata, "Kalau takut dengan risiko, jangan bicara soal perjuangan.". Sdr tak layak bicara soal perjuangan! Saya tahu Sdr iri hati terhadap sokongan yang diberi kepada Wan Azizah, YB Azmin, YB Saifuddin dll kerana Sdr ingat Sdr pandai. Sdr ingat oleh kerana laman reformasi yg dua tiga kerat itu siarkan tulisan Sdr, Sdr berhak mencaci maki pemimpin keadilan kiri dan kanan. Saya hendak ingatkan Sdr, satu hari nanti Allah SWT akan menghukum tuduhan melulu Sdr itu dan pada masa itu biarlah neraca Al-Mizan yg menentukan siapa benar siapa salah. Sekali lagi saya tegaskan, tuduhan Sdr kosong tanpa bukti. Sdr mengaku pembela rakyat tetapi yg sebenarnya membela rakyat ialah Wan Azizah yang menggadai martabat dan keluarga berdepan dengan Mahathir dan UMNO secara "anak jantan" dan bukannya menyorok di sebalik nama samaran. Sdr salah jika Sdr nyatakan siapa Sdr tidak penting, entah-entah Sdr iri hati, dengki atau ada motif politik jahat seperti Khalid Jaafar terhadap pemimpin keadilan. Siapa tahu melainkan kita kenal siapa Sdr? Akhir kata, semoga Allah SWT melindungi rakyat Malaysia, kerana Allah SWT sahaja layak jadi pelindung rakyat, bukannya orang yg menyorok di sebalik nama samaran, menghantar artikel memaki hamun orang dalam internet tanpa usul periksa. Ingat pesan Anwar Ibrahim: "Jangan jadi BACUL!" Farid Mohd Nor
Diterbitkan oleh : |