Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tazkirah 76 - Ubat Bius Sakaratulmaut

Sungguhpun kesakitan hampir mati (sakaratulmaut) amat dahsyat tetapi bagi orang yang dikehendaki Allah mati dalam keadaan baik (husnul khatimah), maka proses sakaratulmaut boleh berjalan dengan senang dan ringkas. Hamba Allah yang menghadapinya itu, dihadapi dengan sabar dan mengharap rahmat dan kasih sayang Allah. Kalau di dalam bidang perubatan mungkin boleh diibaratkan sebagai pembedahan yang menggunkan ubat bius.

Ubat bius bagi sakaratulmaut ialah doa yang berbunyi : “Ya Allah, ringankanlah bagiku akan sakaratulmaut.” (Imam Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, untuk meringankan azab ketika sakaratulmaut, maka semasa hidup, kita perlu memperbanyakkan ‘memakan’ ubat bius atau ‘pain killer’ yang dianjurkan oleh Rasulullah saw itu. Iaitu sentiasa berdoa dengan doa tersebut di atas.

Mudah-mudahan dengan kasih sayang dan rahmat Allah dan berkat mentaati anjuran Rasulullah saw (berdoa dengan doa di atas) itu, kita semua akan dapat menghadapi sakaratulmaut dengan mudah dan ringan.

Janganlah kita menghadapi mati sepertimana mati orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah, sepertimana yang diceritakan di dalam Al-Quran surah Al-Anfaal : Ayat 50 “Kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir sambil memukul muka dan belakang mereka dan berkata : “Rasakanlah olehmu seksa neraka yang membakar” tentulah kamu akan merasa amat gerun dan ngeri sekali.”

Itulah kenyataannya, sungguhpun kita tidak dapat melihat apa yang tersirat di dalam proses kematian orang-orang kafir. Tetapi semua yang berupa keseksaan ketika menghadapi sakaratulmaut, yang Allah gambarkan itu dapat dirasai dan dihadapi oleh mereka. Moga-moga Allah jauhi atau ringankan daripada kita.

Bersambung….

Kitab rujukan : Lambaian Wajah-Wajah Kematian oleh Ustaz Jaafar Salleh (terbitan Al-Hidayah Publisher)

"BERSAMA MENGIMARAHKAN RAMADHAN"






______________________
Terbitan : 30 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com