SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun SEGERA: Perbicaraan OKT Mahasiswa Anti-ISA - 26 hingga 28 November iniPerbicaraan OKT Mahasiswa yang ditahan dalam Perhimpunan Aman Anti-ISA akan berlangsung pada 26 hingga 28 November ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Pada 8 Jun 2001, lebih kurang 500 siswa dan siswi dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang telah bergabung di bawah satu gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI) telah mengadakan satu perhimpunan secara aman berhadapan Masjid Negara di ibu kota. Di akhir perhimpunan, seramai 7 orang mahasiswa telah ditangkap oleh pihak polis dan ditahan selama satu malam di lokap. Pada awalnya mereka dibebaskan dengan jaminan polis. Akan tetapi, 6 minggu kemudian iaitu pada 19 Julai 2001, kesemua mahasiswa itu telah didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur di bawah Akta Polis dengan tuduhan menyertai perhimpunan haram. Kesemua mereka telah dikenakan ikat jamin yang agak tinggi iaitu sebanyak RM 2500 setiap seorang. Terdahulu, 2 orang pimpinan dan aktivis mahasiswa, Sdr Khairul Anuar (Jonah) dan Sdr Fuad Ikhwan telah ditahan di bawah akta ISA, 4 minggu selepas demonstrasi 8 Jun 2001. Akibat tindakan mahkamah ini, kesemua mereka telah digantung pengajian serta merta kesan seksyen 15 D (1) akta zalim AUKU. Sehingga kini, ketujuh-tujuh mahasiswa masih lagi digantung pengajian. Kesan dari penggantungan pengajian dan perjalanan kes mahkamah yang berpanjangan, hak berpendidikan yang merupakan hak asasi dinafikan tanpa kerelaan. Pihak peguambela telah membuat bantahan awal dan meminta izin Majistret agar bantahan awal ini diperpanjangkan ke Mahkamah Tinggi dan keizinan diberikan oleh pihak Majistret dan dipersetujui pihak pendakwaraya. Pada 14 Jun 2002, kes mereka dibawa ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur dan dihakimi oleh Datuk Ghazali Yaakob. Hakim menunda tarikh kes ke 25 Julai 2002 tetapi pada tarikh tersebut, bantahan awal yang dibawa oleh peguambela telah ditolak. Kes ini kembali dibawa ke Mahkamah Majistret pada 14 Ogos ini. Pada 14 Ogos 2002, pihak Majistret telah memutuskan tarikh perbicaraan pada 26 hingga 28 November 2002. Sehubungan dengan itu, ketujuh-tujuh mangsa telah melancarkan Kempen ISA7 bermatlamat untuk membela dan mengembalikan hak berpendidikan kepada mangsa. Jawatankuasa Bertindak Siswa 8 Jun (JBSJ) dibentuk bagi mengelolakan kempen ini. Kempen ISA7 bertujuan untuk memberikan penerangan berhubung kes ini kepada masyarakat dan mahasiswa agar dapat mengikuti perkembangan kes supaya pengorbanan mangsa dihargai oleh segenap lapisan masyarakat. Pihak JBSJ juga melancarkan tabung ISA7 untuk membiayai kos kempen, kos mahkamah, dan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa. Senarai nama OKT
Nama: Rafzan ramli
Diterbitkan oleh : |