SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun UMNO TG.KARANG RANCANG PINDAH PENGUNDIPertengahan Oktober 2002 satu kursus dan penculaan pengundi telah dibuat di Pantai Remis,Jeram yang dianjurkan oleh Umno Bahagian Tg.Karang. Tujuan penculaan adalah untuk melihat apakah pada pilihan raya akan datang DUN Sg.Burung akan kekal dimenangi oleh PAS atau sebaliknya. Penculaan untuk DUN Sg.Burung telah dibuat dengan dipengerusi oleh Pengerusi Tetap Umno Tg.Karang,Dato’ Aziz Desa. Kerja-kerja penculaan dimulakan selepas Isyak hingga pukul 2.00 pagi. Hasil penculaan didapati bahawa PAS menang dengan kelebihan 150 undi pada pilihan raya akan datang. Keputusan penculaan dimaklumakan kepada YB Noh Omar pada malam itu juga. YB Noh Omar naik berang dan meminta penculaan dibuat sekali lagi pada malam itu juga. Peserta tidak bersetuju dengan cadangan YB Noh Omar sebab peserta keletihan. Akhir nya beberapa cadangan telah dipersetujui dan akan dilaksanakan oleh Umno Tg.Karang. 1. Menghalang segala peruntukan pembangunan di DUN Sg.Burung dengan tujuan mendera pengundi . 2. Memindahkan seramai 80 pengundi India yang tinggal di Parit 4 ke kawasan DUN Sg.Burung. 3. Atau memindahkan pengundi Melayu di Terusan Besar dan Parit 4 yang masih menjadi pengundi Sekincan pada pilihan raya akan datang ke DUN Sg.Burung. Bagaimana pun adalah dikuatiri pemindahan pengundi India dan Melayu dari DUN Sekincan ke Sg.Burung akan menyebabkan Khir Toyo akan bertindak balas terhadap Noh Omar yang senentisa bermusuhan. Kepada SPR diingatkan jangan hanya menuduh dan memfitnah bahawa pemindahan pengundi dilakukan oleh orang PAS. Sesungguhnya kerja-kerja pemindahan pegundi adalah dilakukan oleh pemimpin Umno sendiri seperti mana yang dicadangkan oleh Umno Tg.Karang dibawah pimpinan Noh Omar dan Aziz Desa. Maklumat dari: Ketua Cawangan Umno Sg.Sireh.
Diterbitkan oleh : |