SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun YB MP Ayam Memarahi PolisUstaz Sayuti Said ,Ahli Parlimen Kuala Selangor semakin resah dihantui bebayang sendiri didalam pemburuannya untuk terus kekal sebagai calon BN pada pilihanraya Umum yang akan datang. Ternyata senario politik dalaman Umno Bahagian Kuala Selangor terkini,semakin menampakan isyarat jelas untuk tidak menyebelahi beliau. Meskipun berbagai ikhtiar telah dilakukan oleh Sayuti yang sejak akhir-akhir ini popular dengan jolokan MP Ayam untuk meyakinkan kelompok akar umbi dan pempinan atasan bahawa khidmatnya masih diperlukan,namun segala-galanya hambar dan pudar. Didorong emosi yang bercampur baur,sekejap konfiden sekejap kecewa,sekejap riang dan sekejap murung mengenangkan untung nasibnya,Sayuti yang dulu kurang pandai melatah,tetapi kini bukan sekadar sudah mula melatah malahan sudah tak segan silu marah-marah. Mangsa kelatahan,kemarahan dan prejudisnya dibulan Ramadhan yang mulia ini adalah Pasukan Polis Balai Batang Berjuntai Selangor. Semuanya berpunca dari majlis berbuka puasa anjuran pegawai dan kakitangan balai berkenaan yang diadakan pada 18 November yang lalu..Majlis yang pada mulanya dijadualkan berlangsung di Masjid Batang Berjuntai itu telah diubah lokasinya kebalai tersebut disaat-saat akhir. Jemputannya pula melibatkan beberapa agensi kerajaan setempat termasuk anggota Balai Bomba,jamaah masjid dan orang perseorangan tertentu. Kebetulan,pada hari yang sama Pas Kuala Selangor juga telah merancang menganjurkan majlis berbuka puasa dimasjid berkenaan .Kemudian atas persetujuan dan galakan jamaah masjid kesemua ahli Pas dan pemimpin nya yang hadir pada hari itu terpaksa menangguhkan program mereka untuk meraikan program anjuran Polis Batang Berjuntai. Apa yang agak memeranjatkan Sayuti ialah kemunculan tokoh Pas Kuala Selangor dan beberapa orang rakannya begitu dialu-alukan oleh anggota dan pegawai polis yang hadir pada petang itu.Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor sendiri,khabarnya menjemput tokoh Pas tersebut duduk di meja hidangan VIP barisan hadapan yang kebetulan bersebelahan dengan kerusi Sayuti MP Ayam. Didalam sesi sembang menyembang sebelum berbuka dan semasa menikmati jamuan selepas solat Maghrib adalah sedikit sebanyak persoalan isu semasa yang disentuh VIP-VIP berkenaan,diantaranya Kolej Komuniti dan lain-lain hal yang releven.Sayuti yang diajukan persoalan itu diberitakan kelihatan cukup tak selesa dan jawaban yang diberikannya pula agak kurang meyakinkan Almaklum sahajalah politikus berjiwa ayam, Faham-faham sahajalah..lain yang disoal lain pula yang dijawab. Manakala tokoh Pas tadi difahamkan cukup steady,kadangkala bertutur pula bahasa Mat Saleh dengan pegawai-pegawai polis tadi.Sayuti hanya mampu senyum dan kadangkala terangguk-angguk yang kadangkala diselang seli dengan senyum tawar. Mungkin dia faham sepatah dua atau pura-pura mengerti atau langsung tak reti bahasa Mat Salleh ! Yang pasti bahasa Melayunya pun kelam kabut dengan loghat pekat kejawaannya, inikan pula bahasa Inggeris. Diringkaskan cerita majlis berbuka puasa anjuran PDRM itu selesai sebelum solat Isya.Sayuti dikatakan berangkat ke Bukit Hijau di Dun Jeram manakala tokoh Pas tadi ke Masjid Batang Berjuntai untuk bersolat Isya`dan Tarawikh. Rupa-rupanya majlis tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja,sebaliknya ia disambung keesokan harinya 19 November,apabila Sayuti mengahantar valachinya (baruanya) untuk menyembur OCS Batang Berjuntai.Menurut valachi itu,Sayuti terasa seolah-olah terhina dengan penghormatan yang telah diberikan kepada tokoh Pas tersebut. Dia menganggap majlis berbuka itu merupakan perangkap yang diatur pihak-pihak tertentu termasuk kalangan Umno Kuala selangor yang memusuhinya untuk mengaibkan dirinya didepan pegawai dan anggota polis. Maka sibuklah OCS menghatar anakbuahnya menyiasat siapakah dalang yang bertanggung jawab menjemput tokoh Pas itu. Sebenarnya Sayuti @ MP Ayam tidak perlulah gelabah sedemikian rupa,bukankah majlis berbuka itu suatu yang murni,jika dia cerdik dia seharusnya mengambil peluang untuk melupakan sebentar permusuhan dengan saingannya termasuk tokoh Pas tadi.Soalnya jika dia terasa terhina kerana tidak tahu berbahasa Inggeris dan memberikan jawaban yang kurang tepat terhadap segala persoalan rambang yang diutarakan,itu bukanlah penghinaan sebaliknya realiti yang harus diterimanya.Semua orang tahu hakikat itu.Mungkin kalau dia tidak melatah orang akan bersimpati dengannya. Nampaknya usaha Sayuti untuk menjinakkan SB agar memihak kepadanya sebelum ini,agak sia-sia sahaja.Jika benarlah sepertimana tohmahan Sayuti majlis berbuka tajaan Balai Polis Batang Berjuntai itu merupakan satu perancangan untuk menjatuhkan kredebiliti beliau,maka jelaslah polis sendiri termasuk SB-SBnya merestui agar Sayuti jangan bertanding lagi untuk pilihanraya akan datang. Kesian dia…..kesian ! P.Haneefa a/l Ahmad Pillai
Diterbitkan oleh : |