SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun MB serah hamper kepada pesakitKOTA BHARU, 30 Nov (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, telah menyampaikan bungkusan kuih hari raya berupa hamper kepada pesakit di dua buah hospital berasingan. Tuan Guru telah menyampaikan hamper berkenaan di Hospital Kota Bharu (HKB), manakala timbalannya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Cawangan Kelantan kira-kira 11.00 pagi hari ini. Sebanyak 900 hamper disumbangkan untuk HKB disemua wad, manakala di HUSM sebanyak 700 hamper. Hamper ini telah disumbangkan oleh kerajaan negeri dan Badan Perhubungan PAS Kelantan. Turut menyampaikan sumbangan ialah, Pengerusi Purnama yang juga isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak di wad berasingan, iaitu wad kanak-kanak dan ibu bersalin. Turut menyambut kunjungan Menteri Besar serta tetamu yang lain ialah, Pengarah HKB, Dr Mary Abraham, Pakar X-Ray, Dr Mohd Ariff Abbas, Ketua Unit Pendidikan pesakit HKB, Dr Hamid Nor Nordin serta beberapa orang penyelia hospital. Tuan Guru sewaktu menghulurkan sumbangan berkenaan turut bertanya khabar pesakit di samping menasihati mereka agar bersabar menghadapi ujian Allah sebaik mungkin khususnya di bulan Ramadan ini. Rata-rata pesakit yang sempat bertemu Tuan Guru yang terdiri dari pelbagai bangsa, merasa gembira menerima tetamu yang tidak diduga itu. Kesakitan seolah-olah tidak dirasa sebaik sahaja menerima pemimpin yang mereka sayangi. Sementara itu turut bersama Menteri Besar dalam sesi lawatan itu ialah, anggota-anggota exco, wakil-wakil rakyat, termasuk Setiausaha Akhbarnya, Ustaz Saiba Yaacob dan Setiausaha Sulit, Nik Azlan Abdul Hadi. Sementara itu, turut mengiringi Dato' Abdul Halim di HUSM ialah, anggota exco, Abdullah Yaacob, Anuar Tan Abdullah dan Ustaz Hassan Muhammad, Speaker Dun, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah di samping beberapa orang Adun. (SMH/NY)
Diterbitkan oleh : |