Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

YB Gombak Memang hebat

1. Prof Madya Dr Yusof Hussin (UKM) memulakan majlis dengan memberikan takrif Ulama tetapi asyik bercakap mengenai takrifnya yang umum sahaja, iaitu ulama itu ialah orang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing termasuklah doktor, engineer dan sebagainya.

YB Ismail Kamus pula meluaskan takrif tersebut. Walaupun beliau bersetuju dengan takrif Ulama yang umum itu, beliau juga memberikan takrifnya yang khusus, iaitu yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, yang dengannya boleh membuat seseorang itu takut kepada Allah SWT, sesuai dengan ayat yang bermaksud, 'Sesungguhnya orang yang bertaqwa kepada Allah di kalangan hambaNya ialah Ulama.'

Tetapi Prof Yusof apabila menjawab semula, beliau masih terus ingin berpegang kepada takrif ulama yang umum tadi dan langsung tidak menyebut mengenai takrifnya yang khusus. Walaupun demikian, pengurusi majlis Dato' Hassan Din Al-Hafiz begitu cepat mencelah dan beliau memberikan rumusan yang pro-Ismail Kamus, iaitu ada takrif umum dan takrif khusus kepada ulama.

2. Ayat yang bermaksud 'Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada RasulNya, dan pemerintah di kalangan kamu..'

Prof Yusof menyebut bahawa perkataan 'pemerintah' pada ayat tersebut tidak didahului dengan 'taatlah kamu' ialah kerana ketaatan rakyat kepada pemerintah bukan ketaatan yang mutlak. Rakyat perlu taat kepada pemerintah apabila pemerintah itu cukup 7 syarat yang digariskan olen Imam Mawardi iaitulah berilmu, berani, ada idea dan sebagainya. Prof cuba mengaitkan maksud ayat tersebut dengan takrif umara/pemerintah, iaitu jikalau seseorang itu tidak cukup syarat sebagai seorang pemerintah, kita tak boleh taat kepadanya. Ini jelas menyeleweng dari kehendak ayat.

Ustaz Ismail Kamus pula mengatakan bahawa tiada ketaatan mutlak kepada pemerintah dari sudut bahawa jikalau tindak-tanduk pemerintah itu lari dari kehendak Allah dan Rasul, maka tiada ketaatan baginya lagi. Sebab itulah Allah tidak menyebut perkataan 'taatlah kamu' sebelum perkataan pemerintah dalam ayat itu. Inilah pengertian sebenar ayat tersebut, dan bukannya ayat itu diturunkan untuk menjelaskan takrif umara'.

3. Prof suka menyebut tentang 'pembangunan' yang dibawa seseorang pemerintah tetapi tidak pernah sekalipun cuba menjelaskan bentuk atau takrif pembangunan yang sebenarnya menurut tuntutan Islam. Beliau sehingga menyebut, slip of the tounge maybe, bahawa seseorang pemerintah yang membawa pembangunan kepada negaranya dijamin syurga. Terkejut ambo mendengarnya! Kalau begitu, Firaun, Bush, Tony Blair etc. pun boleh masuk syurga kalau mereka membawa 'pembangunan' kepada negaranya!

4. Ustaz Ismail mencelah ketika Prof sedang bercakap (satu tindakan pantas yang patut dipuji) bahawa orang yang tidak mempunyai ilmu agama yang tinggi tidak boleh mengkritik ulamak (ulamak menurut takrif yang khusus.) Bahkan kritikan sesama para ulamak itu sendiri, yang diharuskan, patutlah didasarkan kepada ilmu dan bukan sentimen.

Majlis berhenti seketika untuk iklan.

Habis iklan sahaja, Prof menyambung dan beliau juga bersetuju bahawa orang awam yang tidak tinggi ilmu agamanya tidak boleh mengkritik ulamak!

5. Ulama Us-suu' (ulama jahat)

Ustaz Ismail menyebut di antara takrif ulama ussu itu ialah kecintaannya kepada dunia dan bagaimana ia gemar memberi muka (perkataan yang lembut bagi 'bodek/jilat') kepada pemerintah.

Tetapi Prof nampaknya hanya membataskan takrifnya kepada ulama yang terlalu cintakan dunia sahaja dan tidak menyentuh langsung mengenai persekongkolan mereka dengan pemerintah (expected lah tu).

Kesimpulan ambo dari majlis ini ialah pendapat Prof Yusof itu hanya merupakan pendapat typical seorang alim yang menjadi penyambung lidah pemerintah dan walaupun beliau bersetuju dengan Ustaz Ismail bahawa seorang ulamak sepatutnya berani menegur pemerintah dalam tindakan mereka yang bercanggah dengan Allah dan Rasul, tetapi pendapat beliau sendiri sedikit pun tidak mengarah ke situ bahkan asyik membodek sahaja kerjanya termasuklah menyebut-nyebut tentang PEMBANGUNAN, PEMBANGUNAN DAN PEMBANGUNAN, walaupun persoalan itu tidak disentuh sekalipun oleh pengurusi.

TV3 boleh dipuji kerana memanggil tokoh yang kontroversial seperti ini, cumanya lebih baik disiarkan pada waktu prime time atau sekurang-kurangnya tidak pada waktu yang terlalu lewat seperti jam 11.00 malam! Macam nak suruh orang tengok, tapi macam taknak ramai sangat orang yang menengoknya..

Salam,

HC

...........................
Petikan di Forum Gerak Reformasi






______________________
Terbitan : 22 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com