SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Mengulas artikal Sdr Triple X Penang KiaAssalmu`alaikum wm dan Salam Reformasi ! Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diatas sikap terusterang Sdr Triple X Penang Kia yang memaparkan isihatinya didalam Laman Reformasi,menyarankan peripentingnya pimpinan membedung gejala yang boleh menjejaskan keutuhan parti. Sebagai seorang reformis yang berazam untuk memperjuangkan politik baru,saya kira beliau bebas menyuarakan apa sahaja pandangan asalkan ianya ikhlas dan tidak bias. Pokoknya yang benar harus disokong dan yang berserabut wajar ditegur dan diperbaikki.Tidak timbul persoalan untuk tidak menghormati resolusi parti maupun kredebiliti kepimpinannya. Ada beberapa kekeliruan persepsi yang berlegar diminda Triple X ekoran dari sedikit kegawatan dalam Persidangan Agung keADILan di Sungai Petani tempuh hari.Khususnya Persidangan Agung Khas meminda Perlembagaan,bagi melicinkan proses percantuman keADILan-PRM. Sdr Triple X (mungkin dia seorang ahli MPT atau penyokong kuat MPT) seharusnya memahami senario sebelum dan ketika PAK itu berlangsung: Sebelum Persidangan Agong Khas 2002: 1. Harus diingat tiada seorang pun ahli keADILan membantah percantuman tersebut.Resolusi penerimaan telah pun dicapai pada PAK 2001 dengan majority mudah. 2. PAK tahun berkenaan juga gagal untuk mendapatkan majority dua pertiga bagi membolehkan perlembagaan dipinda untuk maksud percantuman. 3. MPT hanya diberi mandat untuk menderaf Pindaan Perlembagaan,yang kemudian akan dibahas dan dibentangkan untuk persetujuan dalam suatu PAK yang lain. (PAK 2002) Ketika Persidangan Agong Khas 2002: 1 Omar bin Jaafar OBJ (Perwakilan dari Melaka),memohon Pengerusi Tetap untuk bercakap sebelum pengundian dibuat setelah pindaan perlembagaan dibentangkan oleh Timbalan Presiden. 2 Pengerusi Tetap YB Rahman Kadeer enggan memberi laluan dengan alasan percantuman telah dipersetujui dalam PAK 2001. Nota: Ternyata alasan Pengerusi Tetap tidak tepat.OBJ bukan berhasrat untuk membahaskan percantuman tetapi memohon hak bersuara untuk HANYA membahaskan Pindaan Perlembagaan yang dikira amat penting dan pengundian terhadap pindaan berkenaan perlu dibuat secara rahsia. 3 Pengerusi Tetap sengaja tidak mahu memahami hasrat OBJ yang mewakili bilangan yang agak ramai dikalangan perwakilan,terus menggunakan kuasa vetonya menghalang perbahasan.Lantas OBJ dan perwakilan yang bersimpati dengan beliau bertindak keluar Dewan kerana merasakan hak mereka telah dinafikan sama sekali. 4 Tektik dan teknik yang digunapakai semasa pengundian jelas menampakkan konspirasi MPT untuk mendapatkan sokongan mutlak terhadap usul tersebut.Langkah menghimpunkan perwakilan tidak mengikut kerusi-kerusi bahagian masing-masing sebaliknya memenuhi ruang hadapan dan para pemerhati dibahagian belakang dikira sebagai tahap awalan konspirasi tersebut. 4.1 Langkah membahagikan perwakilan kepada beberapa blok yang dimantau oleh Raja Petra Kamaruddin menyerlahkan lagi usaha kurang gentleman MPT untuk meraih sokongan.Pengundian yang dibuat blok demi blok itu,membolehkan MPT memerhati mana-mana perwakilan yang tidak menyokong mereka.Oleh kerana kebanyakkan para perwakilan segan silu dengan MPT,mahu tak mahu mereka terpaksa mengangkat tangan tanda bersetuju apabila tiba giliran blok mereka mengundi. Rumusan untuk renungan Triple X: Apakah senario yang dipaparkan diatas,menampakkan parti kita (keADILan),sebagai parti yang benar-benar telus dan berupaya menzahirkan suri teladan kearah pembentukan kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat didalam sesuatu persidangan agung.Harus diingat persidangan agung adalah flatform tertinggi untuk perwakilan menyuarakan saranan dan pandangan mereka.MPT atau siapa sahaja tidak berhak menghalang! Hanya pimpinan yang jumud sahaja tidak berani berdepan dengan perwakilan. Seterusnya saranan Sdr Triple X agar tindakan disiplin turut dikenakan kepada;
a. Ahli MPT yang memprotes terhadap keputusan Pengerusi Tetap tidak mengizinkan Pindaan Perlembagaan dibahaskan ( bukan seperti dakwaan Sdr Triple X-tidak bersetuju dengan percantuman keADILan-PRM). b. Sebilangan perwakilan yang bertindak keluar kemudian membuat sidang media kerana perkara yang sama,sekali lagi saya tegaskan-bukan tidak bersetuju dengan percantuman tetapi protesan terhadap keputusan Pengerusi Tetap(yang telah dipengaruhi oleh sebahagian MPT). c. Kenyataan-kenyataan yang kononnya liar termasuklah tuduh-menuduh diantara satu dengan lain dikalangan anggota parti yang dieksploitasikan oleh media pengampu BN untuk membelasah parti. Sebelum saranan itu diterimapakai oleh MPT,sewajarnyalah MPT itu sendiri menyemak serta memuhasabah keberkesanan kepimpinan mereka selama ini. Pada hemat saya selain dari DS Presiden,YB Azmin,YB Saifuddin Nasution,Dato Sheikh Azmi,Gobalakrishnan,Roslan Kassim,Zahid Mat Ariff,MP-MP keADILan,Shamsul Iskandar Akim dan beberapa orang exco Pemuda,termasuklah tokoh-tokoh yang menyepikan diri buat sementara waktu seperti Mustaffa Kamil Ayub,Annuar Tahir,Dr Mohd.Noor Manuty,Dr.Mohd Noor Nawawi,Wan Kharizal dan beberapa orang lagi-tiada siapa yang boleh diharap Apakah selain dari nama-nama yang diatas,sudah memikirkan semasak-masaknya peranan dan sumbangan mereka terhadap parti ?Apakah mereka mengira sudah cukup masak didalam sepakterajang politik yang terus mengganas ketika ini?MPT boleh sahaja memecat atau mengenakan tindakan disiplin terhadap mereka difikirkan menggangu gugat keharmonian parti,tetapi benarkah ganggu gugat itu, jika sekadar Ahli MPT memprotes perjalanan PAK yang pincang dan sebilangan perwakilan yang dinafikan hak bersuara mereka lantas mengadakan sidang media.Dimanakah lagi saluran yang layak untuk mereka menegur kepincangan sekiranya Persidangan Agung parti itu sendiri menutup rapat mulut mereka Tentang isu tuduh menuduh dikalangan ahli parti,janganlah hendaknya satu pihak cenderung untuk menyalahi golongan yang difikirkan tak sebulu.Semua pihak yang berselisih pendapat seharusnya jangan mudah label melabel,kecam mengecam kerana sindrom tersebut hanyalah warisan budaya politik lama (UMNO haprak) .MPT tak perlu bersusah payah menangani isu ini jika mereka sendiri tidak bertindak selaku pencetusnya.Ingat ! apa yang berlaku dibawah (grassroots) adalah manifestasi yang terjadi diatas.
Senario yang menyelubungi keADILan dewasa ini sewajarnya ditangani penuh hemat dan bijaksana.Bagi sesetengah pemimpin yang kurang berjiwa reformasi,usahlah beranggapan dengan kehadiran rakan-rakan baru akan memperteguhkan lagi kedudukan parti.Mungkin parti akan hilang taringnya jika usaha yang bersungguh-sungguh tidak dibuat untuk menarik semula dan memberikan peranan sewajarnya terhadap pendokong-pendokong asal keADILan yang telah banyak berkorban sehingga terbinanya sebuah parti yang telah merobah senario politik tanahair. Ingatlahlah pepatah orang tua-tua: Yang dikendung keciciran,yang dikejar tak dapat,mahukah anda semua jadi begitu ? Kalaulah Ezam,Tian Chua,Lokman,Badrul Amin,Saari Sungib terus berada bersama kita,apakah keADILan akan bergolak seperti kini ? Fikirkanlah…………dan kasehani serta hargailah pengorbanan mereka…apatahlagi dengan pengorbanan besar wira rakyat Anwar Ibrahim !! Fikir-fikirkanlah….. Inderaloka.
Diterbitkan oleh : |