SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Artikel Dasuki AhmadPertama kali ingin saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Dasuki kerana rencana pendek mengenai PM yang dia sayangi ketika berada di Kota Suci Mekah. Alhamdulillah, ramai pak arab yang kagum dengan PM dia ni dan juga betapa tawaduknya PM ketika berada di depan Kaabah. Syukur kerana PM dapat berdoa dan bermunjat di tempat suci ini. Ingin saya timbulkan beberapa persoalan/kemusykilan dihati bersempena dengan Ramadan al Mubarak ini. Semoga iman kita yang menilai bukannya akal menilai tanpa iman. Pertama: Apakah dia ciri-ciri orang yang beriman dan bertaqwa yang disebut oleh Allah dan Rasul? Adakah orang itu menunaikan 5 rukun dan 6 rukun dengan sepenuhnya atau sebaliknya? Ambil contoh paling mudah yang disebutkan dalam Al Quran ialah antara ciri orang beriman ialah mereka yang suka memakmurkan masjid. Dalam erti kata lain menunaikan solat secara berjemaah di masjid dan mengadakan majlis ilmu di masjid. Dalam hal ini, adakah PM Datuk Dasuki berjemaah 5 waktu di masjid dan menyampaikan atau mendengar tazkirah agama di masjid? Adakah itu menjadi amalan PM Datuk? Atau adakah amalan PM Datuk Dasuki berbeza? Dengan mengharamkan ceramah agama dan melantik orang yang tak pernah atau tidak berkemampuan untuk memakmurkan masjid atau surau sebagai AJK? Ciri orang beriman dan bertaqwa kedua ialah "sami'na wa 'ata'na" (dengar dan patuh dengan perintah Allah). Dalam hal ini adakah PM Datuk Dasuki dengar dan patuh dengan perintah Allah dan RAsul sptmana disebut dalam Kitab Suci. Ambil contoh dalam melaksanakan Hukum Hudud (undang-undang jenayah). Kenapa halang Kelantan dan Trengganu bila nak implement undang-undang ini. Kalau beriman, sokong 100%!!! Satu lagi kenapa tak perintah isteri PM Datuk tutup AURAT? Bukankah tutup aurat itu hukumnya wajib? atau Datuk Dasuki tak sampai hati nak bagi nasihat dekat PM tu? Ciri seterusnya ialah, bukankah orang beriman dan bertaqwa itu, mereka yang menghubungkan silaturrahim dan berkasih sayang sesama Islam? Kes DSAI. bukankan itu FITNAH besar? memutuskan silaturrahim dan kasih sayang!!! Fitnah itu lebih besar dosanya/kesannya daripada membunuh kata Allah!!! Kenapa PM Datuk terlibat sama dalam kes ini? Kedua: Apakah sumbangan kita kepada Islam (Allah/Rasul) Sejauh manakah sumbangan PM Datuk kepada Islam? Adakah sekadar membina masjid yang besar, Tabung Haji, Bank Islam, Takaful Islam, Sekolah Agama Islam dan sebagainya mencukupi untuk menyatakan ia adalah sumbangan kepada Islam. Bagaimana dengan undang-undang murtad? bagaimana dengan penarikan geran bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat? bagaimana dengan silibus subjek pendidikan Islam digubal? bagaimana dengan menahan orang tanpa bicara? bagaimana makan rasuah dibenarkan? bagaimana minum arak dibenarkan dalam majlis rasmi kerjaaan? bagaimana ceramah agama di masjid disekat? bagaimana sistem pendidikan rendah dan menengah aliran kebangsaan bercampur gaul antara perempuan dan lelaki? bagaimana ekonomi diurus dengan sistem riba? bagaimana kilang arak dibina? bagaimana pusat judi diberi lesen? bagaimana kemudahan rakyat spt perubatan, harga barang, minyak petrol? bagaimana dengan pembaziran binaan Litar F1, KLCC, KLIA dan sebagainya? bagaimana dan banyak lagi bagaimananya? Adakah semua yang sebutkan diatas membolehkan Allah mengecop PM Datuk sebagai orang yang diiktiraf IMAN nya atau Allah mengecop kita semua sebagai orang beriman? Wahai Datuk Dasuki yang bijaksana, pujian siapa kita nak? Pujian Allah atau pujian Manusia? Tiada guna manusia memuji tetapi Allah Murka. dan tiada guna lagi jika manusia membenci dan Allah lagi benci? Datuk tidak bacakah sejarah Islam mengenai seorang SAHABAT RASULULLAH S.A.W bernama Abdullah bin Ubai, Kepala Munafik orang Islam sezaman dengan Kekasih Allah. Dia juga bersembahyang, berpuasa, berzakat, bermua'malah dengan Rasulullah, bedoa didepan Kaabah dan dipuji oleh pengikutnya? Siapa dia ni.... dialah musuh dalam selimut bagi ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasul junjungan ini! Musuh yang penuh dengan kebencian yang amat sangat terhadap ajaran Islam yang dianutinya. Fikirkanlah Datuk..... saya akui PM Datuk banyak membuat kebaikan dimata manusia, TAPI bagaimana KEBAIKAN dimata Allah? PM Datuk juga banyak membuat kejahatan. Bagaimana KEJAHATAN dimata Allah? Saya rasa Datuk boleh menilainya kerana Datuk lebih arif ilmu agama daripada PM Datuk dan saya sendiri. Saya mohon maaf atas tulisan saya ini jika ada terkasar bahasa atau tersilap fakta. Nasihatlah PM Datuk untuk BERTAUBAT. Itu tugas utama Datuk Dasuki Ahmad. Bukalah mata beliau apa yang baik dan jahat dari kacamata Islam yang mulia ini. Janganlah Datuk menjadi golongan yang disebut dalam Al Quran, berjual-beli dengan ilmu agama untuk mendapat ganjaran yang sedikit di muka bumi Allah ini. Sesungguhnya golongan inilah lebih hina daripada orang yang jahil!!! Sekian wassalam daripada Saudara SeIslam
Diterbitkan oleh : |