Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Korporat Melayu Jatuh??

Saya belum bercadang untuk meneruskan artikel ini memandangkan situasi di KUB kini begitu gawat sekali kini semenjak artikel yang pertama saya dikeluarkan di laman web tranungkite (jutaan terima kasih pada webmasternya) ini. Dituruti dengan Artikel ke 2 dan ke 3 saya telah pun berjanji akan meneruskan artikel sensasi ini seterusnya. Setakat ini syukur alhamdulillah tujuan asal artikel ini dikeluarkan telah mencapai matlamat serta tujuan ia di ketengahkan malahan Datuk Hassan Harun (kini bukan lagi CEO KUB) terpaksa menjawap semua fakta yang dikeluarkan dalam artikel pertama tersebut di dalam mesyuarat majlis tertinggi UMNO terutamanya pada PM.

Peristiwa pemberhentian (penyingkiran) 4 orang pengarah juga berkait rapat dengan fakta di dalam artikel berikutnya yang akhirnya menyaksikan rombakan besar di dalam pengurusan KUB. Seperti diakui oleh peneraju yang baru kini beliau diarahkan oleh PM untuk turn round KUB. Dalam pada saya masih mengumpul maklumat serta plan pengstrukturan semula KUB timbul dua artikel dengan tajuk yang sama serta mengunakan nama samaran yang hampir sama (Ito R) pada laman web ini. Korporat Melayu Jatuh II & Korporat Melayu Jatuh III bukan ditulis oleh saya (Ito Ramli) tetapi saya menyokong pada penulis berkenaan. Ia bukan sahaja menambah asam garam malah merancakkan kisah ini di tambah degan komen yang menentangnya seperti di dalam laman kmu (http://www.kmu.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2818) cuma saya tidak faham mengapa nama samaran saya digunakan.

Saya kini kesuntukan masa di samping terlalu awal untuk saya menilai pengurusan baru. Apa yang jelas kini jalan singkat yang paling mudah bagi boss baru di KUB untuk mengurangkan kos sekarang adalah memberhentikan pekerja serta menutup anak syarikat yang tidak berdaya maju (menurut perpektif pengurusan baru). Itu sahaja yang nampak buat masa ini. Kepada WUKK atau sesiapa saja bolih menghubungi saya di apo_nak_dikato@yahoo.com dan insyallah bukti akan dapat saya adakan kepada tiadanama dari laman KMU terutamanya yang tidak tentu pasal mengutuk tranungkite serta parti PAS semata-mata kerana artikel saya.

Kita akan ikuti kisah seterusnya dalam Korporat Melayu Jatuh 4






______________________
Terbitan : 26 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com