Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

KITA DIIKTIRAF

JAMIL BIN ISMAIL JK
CHERAS KUALA LUMPUR

SDR / SDRI PEMBACA ASSALAMUALAIKUM,

Kita DIIKTIRAF , itulah yang dikatakan oleh Y.B DATIN SERI DR WAN AZIZAH ( PRESIDEN PARTI KEADILAN NASIONAL ) dalam ceramah di kediaman beliau di majlis berbuka puasa dan solat terawih pada hari khamis 28 / 11 / 2002 , pada majlis tersebut dihadiri kira-kira hampir 200 hingga ke 300 orang , turut hadir kebanyakan ahli MPT antaranya TIMBALAN PRESIDEN EN RAHMAN OSMAN ,SETIAUSAHA AGONG EN SAHRI BAHARI, EN ROSLAN KASSIM , DR PRATAP , DR LIM BOON CHYE ,EN JOHARI , Y.B RAHMAN , KETUA WANITA PUAN FAUZIAH , PUAN FAEKAH DAN BEBERAPA ORANG LAGI, DATIN SERI DR WAN AZIZAH sempat beramah mesra dengan hadirin apabila keluar bertemu dengan para haririn , majlis tersebut berakhir kira -kira pukul 11.30 malam,

Dalam ceramah tersebut kak wan menceritakan tentang pengalaman sewaktu menghadiri perhimpunan 78 parti-parti seluruh asia di bangkok , kata kak wan setiap pemimpin parti dibenarkan berucap selama 5 minit , antara yang berucap ialah perdana menteri Thailand TAKSIN SINATWATRA , bangladesh SHEIKH HASINA , kemboja PRINCE NORODOM RANARID , dan juga PRESIDEN PARTI KEADILAN NASIONAL DATIN SERI DR WAN AZIZAH, yang boleh kita dari keadilan bangakan kata kak wan antara wajah dan ucapan yang keluar di muka depan akhbar utama thailand BANGKOK POS ialah PERDANA MENTARI THAILANG TAKSIN SINARWATRA , SHEIKH HASSINA dari bangladesh ,PUTRA NORODOM RANARID dari vietnam dan DATIN SERI DR WAN AZIZAH Presiden Parti Keadilan dari malaysia , dari 78 ketua-ketua parti di asia 4 orang yang dipilih ucapan mereka dan dipaparkan di muka depan akhbar utama, kata kaka wan bukankah ini beerti kita diterima .sewaktu berjalan menuju ke tempat perhimpunan kak wan juga menceritakan di mana beliau bertemu dengan perdana menteri vietnam HUN SEN di mana beliau bertanyakan kabar tentang DATO SERI ANWAR , beliau juga meminta kak wan menyampai pesana kepada DATO SERI ANWAR agar bersabar .

Kaka wan telah dijemput berjumpa secara peribadi dengan PRINCE NORODOM RANARID , menurut kak wan prince norodom ranarid menceritakan pengalaman beliau sewaktu mereka sekeluarga ditangkap dahulu , ketika itu beliau baru beerumur 10 tahun , beliau turut berkata beliau tidak akan melupa pengalaman bagaimana rumah mereka dimasuki oleh keenderaan untuk menangkap mereka, pengalaman bagaimana beliau dikunci dan ditinggalkan di bilik penjara , dikunci dan ditinggalkan , beliau meminta kak wan menyampai kan pesanan kepada DATI SERI ANWAR beliau faham perasaan DATO SERI ANWAR , beliau berjanji akan berusaha untuk DATO SERI ANWAR dibebaskan . beliau juga meminta kak wan menasihatkan ahli-ahli parti keadilan agar tidak melupakan ( abandone ) mereka-mereka yang ditangkap kerana menegakan keadilan , selalulah mengutuskan surat atau bertanya kabar terhadap ahli keluarga yang ditangkap.

Kaka wan juga bertemu secara peribadi dengan sheikh hasina , sheikh menceritakan kepada kak wan bagaimana bapa dan keluarga beliau dibunuh oleh musuh politik mereka , bapa beliau adalah SHEIKH MUJIBOR RAHMAN the founder of bangladesh , beliau dan kakak beliau terselamat kerana berada di england , jadi beliau menasihatkan kak wan agar sentiasa berhati-hati dalam politik , dalam mengejar kedudukan seseorang akan sampai hingga sangup membunuh, kata kak wan dalam ucapannya beliau bersukur kerana hingga saat ini mereka sekeluarga masih selamat walaupun ada beberapa percubaan untuk membunuh mereka seperti DATI SERI ANWAR diracun, kak wan ditembak dengan gas pemedih mata secara terus di perhimpinan jalan kebun , orang menyerang rumah mereka dengan parang ,

Kak wan juga menyampaikan pesanan dari DATO SERI ANWAR kepada semua rakyat malaysia yang cintakan keadilan , agar banyak-banyak bersabar , teruskan perjuangan menegak keadilan , DATO SERI JUGA mengucapkan selamat berpuasa dan selamat hariraya kepada semua, sebelum habis berucap kak wan mengucapkan terimakasih kepada semua hadirin yang hadir .

SEKIAN

JAMIL BIN ISMAIL JK
CHERAS KUALA LUMPUR






______________________
Terbitan : 30 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com