Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Bila Radio Malaysia Selangor bercakap soal rasuah, kah kah kah ..

Oleh KACANGPUTIH

Pagi tadi, Jumaat, 8 Nov. jam 8.20, aku terdengar Radio Malaysia Selangor (RMS). Tiada yang menarik kecuali apabila pengacara meminta pendengar memberi komen tentang apa yang mereka faham tentang rasuah.

Pandangan pendengar biasa saja, begitu juga dengan ulasan daripada dua orang pegawai BPR Selangor yang bertaraf penguasa. Yang diutarakan ialah rasuah biasa yang berlaku di kalangan orang bawah, tetapi rasuah atau salahguna kuasa membabitkan pihak pemimpin atasan langsung tidak disentuh.

Begitu juga dengan amalan politik wang yang digunakan secara berleluasa oleh pihak BN Selangor khususnya. Semuanya tidak disentuh oleh pegawai BPR. Apatah lagi untuk menyentuh soal Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, yang kini dikenali di seluruh Malaysia sebagai menteri termuda yang paling cepat menyambar segala peluang untuk melakukan rasuah, termasuk yang terbaru, iaitu memberikan tanah kepada PKNS, PKPS, PNSB dan lain-lain agensi kerajaan, dan kemudiannya menyerahkan tanah berharga tinggi itu kepada kroni MB.

Lain kali, kalau RMS nak bercakap panjang lebar pasal rasuah dan difinisi korupsi, panggilah Khir Toyo, dia lebih berhak dan lebih berautoriti bercakap pasal rasuah kerana dia cukup arif bagaimana nak melakukan rasuah tanpa dikejar oleh pegawai BPR dan terlepas dari undang-undang rasuah. Tak payahlah kita heboh pasal rasuah yang kecil-kecil di bawah sedangkan orang paling tinggi di Selangor bergelumang dengan rasuah. BPR pun jangan tunjuk lagak kerana ia sendiri telah menurunkan martabatnya sehingga sanggup dianjingkan oleh kerajaan BN.

Aku tak yakin sama sekali yang Khir telahpun dipanggil oleh BPR untuk mendapatkan maklumat lanjut. Mereka, terutama Pengarah Siasatan BPR, Datuk Nordin telahpun sanggup dianjingkan oleh Khir sehingga lidah terjelir-jelir mencari habuan. Jadi tidak keseoranganlah orang macam Tepak Bersulam yang terhegeh-hegeh mencari simpati mendapatkan wang rasuah Khir.






______________________
Terbitan : 9 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com