SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun The Sun sahkan dakwaan Lutfi bahawa Khir salahguna kuasaOleh PEMINAT CABARAN KUALA LUMPUR: "Dan masih di Selangor, ahli-ahli Umno di negeri itu terus merungut kerana tidak banyak peluang perniagaan diperolehi, dan tradisi membuat keputusan melalui persetujuan bersama semakin terhakis." Demikian tulisan Zainal Epi, kolumnis akhbar The Sun dalam kolumnya, Rileklah dalam akhbar itu 28 November lalu. Menurut Zainal dalam artikel pendapat itu, beliau diberitahu hal itu oleh seorang kawan dalam satu pertemuan tidak formal selepas solat tarawih. Jelasnya, mereka ketika itu berbincang mengenai keputusan Menteri Besar, Dr Khir Mohd Toyo tidak membenarkan exco membawa keluar apa-apa kertas dari majlis mesyuarat kerajaan negeri. Keputusan Khir ini, yang jarang mendapat liputan media arus perdana sebelum ini, mempunyai hubungan dengan laporan rasuah terhadapnya yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sejak tahun lalu. Lutfi menerima maklumat dalaman mengenai dakwaan rasuah Khir itu dan disyaki pihak yang rapat dengan MB itu telah membekalkannya kepada beliau. Khir dikatakan mencurigai ahli exconya sendiri dan ini mendorong beliau berbuat demikian. Lutfi telah menyenaraikan sekurang-kurangnya 11 dakwaan rasuah dan salah guna kuasa terhadap Khir dan membuat laporan ke BPR. Beliau berjaya memperolehi pelbagai dokumen yang membuktikan Khir terlibat menyalahguna kuasa. Berikutan itu, keputusan Khir ini hangat diperkatakan di laman web yang banyak membincangkan mengenai beliau dan Lutfi. Walaubagaimanapun, Khir dikatakan tidak dapat mengenal pasti siapakah yang membocorkan maklumat dalaman kepada Lutfi. Zainal juga menulis; "Mereka hanya perlu membaca kertas di atas meja, memahaminya dan kemukakan pendapat mereka." Ramai pemerhati politik mengkritik cara Khir menangani mesyuarat exconya dengan cara demikian. Menurut pemerhati tersebut, Khir telah melakukan penghinaan terhadap wakil rakyat yang diundi oleh rakyat kerana tidak mempercayai mereka dan melayan mereka seperti itu. Pergolakan dalam pentadbiran Khir, ekoran pendedahan yang dibuat Lutfi kepada BPR turut dieksploit pihak pembangkang, terutama KeADILan yang berazam merampas negeri ini dalam pilihanraya akan datang. Terbaru, kepimpinan Khir dipersoalkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang meminta MB Selangor itu menjelaskan mengapa Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan keputusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengarahkan penduduk Taman Hillview berpindah kerana mendakwa kawasan itu tidak selamat. Beliau kesal kerana MTES membatalkan keputusan MPAJ yang dikatakan dibuat setelah menerima pandangan pakar.
Diterbitkan oleh : |