SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Penutupan MRSM: memang angkara UMNOOleh: Malim Jauhari Sekiranya Terengganu masih diperintah oleh UMNO/BN, penutupan MSRM di Dungun dan Besut boleh dijangka tidak akan berlaku. Sekiranya timbul apa-apa masalah pun, masalah itu tentu boleh di atasi dengan mudah. Akan tetapi, oleh kerana Teregganu kini diperintah oleh PAS, maka masalah pendidikan pun kini nampaknya telah dipolitikkan, sehingga pihak kerajaan Pusat mengambil tindakan tergesa-gesa menutup MSRM tersebut. Setakat yang diketahui, sebelum ini memang ada beberapa masalah yang membawa kepada penutupan MSRM tersebut. Antaranya ialah kuota yang tinggi untuk anak Terengganu, yang mahu dikekalkan oleh kerajaan negeri tersebut. Satu masalah lagi ialah pihak MARA mahu membeli bangunan Yayasan Terengganu yang menempatkan MSRM tersebut, sementara pihak kerajaan negeri tidak mahu menjualnya. Kedua-dua masalah itu tentu boleh diselesaikan, jika ada semangat kerjasama dan tolak ansur, antara pihak kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Terengganu. Bagaimanapun, yang jelas kelihatan kini ialah pihak Menteri atau kerajaan Pusat telah mengambil tindakan terburu-buru menutup MSRM itu, seolah-olah itulah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tindakan terburu-buru itu pada pokoknya tidak lain kerana Menteri yang berkenaan ingin menunjukkan kuasa dan mahu 'menghukum' kerajaan Terengganu, walaupun tindakan itu jelas akan menimbulkan masalah kepada para pelajar yang masih menuntut di MSRM itu. Tindakan terburu-baru itu juga pada pokoknya tidak lain, kerana Menteri dan kerajaan Pusat adalah daripada parti UMNO, sedangkan parti yang memerintah Terengganu ialah PAS. Oleh kerana Menteri yang mengambil tindakan terburu-baru itu terdiri daripada pemimpin UMNO, dan tindakan beliau tentu disokong oleh parti UMNO, maka tidaklah salah jika dikatakan penutupan MSRM itu memang angkara UMNO.
Diterbitkan oleh : |