SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Solat Tarawikh: 20 ke 8?oleh Mat Pas DUSP Soal besar di bulan Ramadhan ialah, nak solat tarawikh 20 ke 8 rakaat? Soal ini besar ke? Atau hanya kecil tapi dibesar-besarkan. Hingga ada kariah masjid yang bermasam muka kerana tidak mencapai persetujuan. Soalnya, 20 atau 8 rakaat? Ini satu pengamatan Mat Pas. Hasil dari muhasabah diri dan mengamati gelagat sekeliling. Hasilnya, timbul persoalan yang lebih besar- yang buat 8 itu, lepas solat cepat-cepat balik untuk apa agaknya? Tadarruskah? Solat sunat selain tarawikhkah? Surf internetkah? Tidurkah? Bersembang di kedai kopikah? Atau menonton TVkah? Atau untuk apa? Malam tadi alhamdulillah Mat Pas habis solat 20 walaupun nafsu meronta-ronta pujuk Mat Pas berhenti takat 8 sahaja. Sebelum ini Mat Pas solat 8 rakaat juga walaupun bila imam solat 20. Selepas solat witir sendiri-sendiri di belakang, Mat Pas terus balik ke rumah. Dan...klik..tengok TV. Apa daa... Kalau begini, lebih baik teruskan solat 20 rakaat di masjid. Lepas itu, solat witir berjemaah. Lebih molek nampaknya. Orang lain Mat Pas tak tahulah. Mungkin buat 8 untuk menghabiskan masa yang selebihnya untuk tadarrus Al-Quran atau mentelaah kitab atau buku yang berfaedah. Begitu baguslah. Alhamdulilah. Silalah teruskan buat 8 kalau begitu penyudahnya. Tetapi, kalau solat 8 rakaat semata-mata untuk menghabiskan masa selebihnya untuk menonton TV, rasanya malu kepada Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w. yang menjanjikan ganjaran berlipat-ganda di bulan Ramadhan. Kena pulak menontom rancangan yang SX atau SG selepas balik dari masjid. Bulan Ramadhan bulan Allah mengampunkan dosa-dosa hambaNya. Jadi, kita sepatutnya banyak-banyak memohon ampun dan melakukan perbuatan yang membuktikan kita inginkan keampunan. 8 ke 20? Kita renungkan bersama. Wassalam. Nota: Tulisan Mat Pas ini hanyalah satu renungan. Sememangnya kita diberi pilihan samada ingin solat 8 atau 20 rakaat Tarawikh walau apa pun alasannya.
Diterbitkan oleh : |