Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Untuk kita renung bersama

Sehingga kini, saya telah mendengar 2 kisah dari 2 orang rakan yang pernah berkunjung ke Pulau Perhentian, Terengganu.

Saya belum pernah ke Pulau Perhentian yang di katakan salah satu pulau yang tercantik di dunia. Saya bangga jadi anak Terengganu kerana keindahan yang di miliki itu.

Tapi.. sebagai anak Terengganu yang telah merantau jauh.. saya sedih bila ada suara-suara berkata...

1. Pulau Perhentian yang cantik tak tersohor tu telah tercemar. Mat Salleh dan Mek Salleh terdampar sana sini dengan pakaian mandi (spender kecik bagi kaum lelaki, manakala spender kecik dan anak baju kecik yang mendedahkan bagi kaum wanita).

Kawan saya tu, bercadang nak bermalam 1 atau 2 malam kat pulau tu, dah bayar perjalanan boat pergi balik RM100 lebih. Tapi, kerana suasana sebegitu, nak malu anak-anaknya dok tengok dan merenget.. terus pulang petang itu juga.... dengan bayaran tambang lain untuk pulang. Malunya sayaaaaaa

2. Seorang teman saya (Dia nih saya jangka memang orang BN... katanya pulau tu bebas untuk melakukan maksiat. Nak perempuan macamana... boleh dapatnya... cakap jer.. ada orang uruskan. Macam kat Hadyai tu.. aduhhhhh.. tebalnya muka sayaaaaaa...

Ok lah saudara tok penghulu.. saya minta, kalau ada kesempatan... kalau ada peluang... dan kalau ada 'power' tolong jelaskan, betul atau tidak.. kenapa pulau tu jadi macam tu... kenapa kerajaan Terengganu pimpinan Pas biarkan perkara itu berlaku macam tu, tak ada ker garis panduan bagi pelancong asing atau pelancong Malaysia sendiri menghormati orang Melayu, menghormati masyarakat Melayu, budaya melayu, dan seterusnya menghormati Islam!

Saya benar-benar malu dan terasa dengan kisah ini. Semuga orang yang dipertanggung jawab dalam hal ini membuat tindakan yang terbaik demi Negeri Terengganu, orang Terengganu dan Pemerintah Terengganu. Kita juga perlu jaga Sultan kita!

Wassalam

Mek Aji

................................
Nota : Isu ini telah dimainkan oleh musuh (UMNO) awal tahun lalu. Warta Darul Iman telah menyiarkan bagaimana Tuan Guru Hj Abd Hadi turun sendiri waktu malam untuk membuat semakan disemua tempat peranginan di sana. Saya pun tak berhasrat nak ulas panjang sebab saya sendiri tak pergi. Saya rasa ada baiknya para pengunjung yang pernah kesana buat ulasan. - Webmaster






______________________
Terbitan : 12 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com