Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Bukti negara pusat pengganas: Tepuk dada tanda selera!

Malaysia kononnya nak Amerika kemukakan bukti negara ini salah satu pusat pengganas. Amerika tak payah kemukan bukti itu dan ini.

Kesemua bukti ada pada kerajaan dan Norian Mai sendiri. Norian Mai tak usah melenting nak tujuk lawak! Berduyung-duyung tangkapan KMM dan yang terbaru kononnya ada squad berani mati dah cukup buktinya. Buat apa suruh Amerika tunjukkan bukti, buktinya ada pada tangan depa, bodoih betul!

Sehingga sekarang ni saya tak mengenali apakah itu KMM? Siapa presiden? siapa setiausaha? Macam PKM dulu ke? KMM tu organisasi apa? Objektifnya apa? Di mana pusat operasinya? Berapa banyak wang simpanannya? Bla..bla..bla..bla

Jika setakat mengatakan KMM nak gulingkan kerajaan secara ala tentera, tak perlu KMM pun rakyat boleh gulingkan kerajaan dalam sekelip mata. Jika rakyat ini seperti rakyat Amerika atau Eropah, dah lama sniper tembak Mahathir. Mahathir dan kerajaan amat bertuah dan sepatutnya berterima kasih kerana rakyat kita masih menghurmati nilai-nilai kemanusian kerana kita masih berpegang teguh kepada ajaran Islam dan adat. Jika majoriti rakyat ini adalah orang kafir atau tak ada ugama, saya percaya setiap hari mahathir kena pakai baju kalis peluru dan di iringi oleh kereta perisai. Hanya Mahathir dan kerajaan tidak menghurmati nilai-nilai kemanusian dan menfitnah rakyat. Apa yang telah berlaku pada sdr.Anwar, merupakan titik hitam pemerintahan Mahathir dan rakyat semakin menjauhkan diri. Hanya mereka yang bukan profesional atau ijazah kelas tiga aje asyik mengampu kerajaan untuk menagih kekayaan.

Selamat berpuasa.

melayureform@yahoo.co.uk






______________________
Terbitan : 29 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com