SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Senario sdr.Anwar, Keadilan, PAS dan PRM: Bahagian V(terakhir)Artikel ini masuk ke bahagian ke V. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana di panjangkan umur dan akal saya. Di bahagian V ini saya akan timbulkan isu imbangan kuasa antara Mahathir dengan parti BA. Saya merasakan tak perlu parti BA membuat perbandingan ini terhadap parti BN ataupun UMNO. Mahathirlah 'mastermind' dan sasaran perjuangan kita. Selepas ini eloklah kita ubah perjuangan kita dengan gelaran : "KERANA MU MAHATHIR" Berdasarkan kepada dua kuasa yang di miliki oleh Mahathir(rujuk artikel saya di bahagian IV), saya percaya dua faktor inilah merupakan sasaran utama untuk menghancurkan atau memusnahkan kerjaya politik Mahathir dan UMNO. Saya tidak nampak ada cara lain kecuali biayai seorang 'sniper' untuk tamatkan riwayat si tua munafik ini. Tetapi suasana agak kurang 'thrill' jika gunakan kaedah seorang 'sniper'. Antara yang kita mahukan juga ialah melihat kepedihan, rintihan dan kedukaan yang amat sangat oleh Mahathir dan UMNO apabila kalah dalam pilihanraya nanti. Kepada parti Keadilan, PAS dan PRM, saban tahun berlalu, Keadilan baru selesai AGM..........komen saya tidak ada apa yang baru, hanya setakat peringkat dalaman parti sahaja. Maksud saya pilih pemimpin, ceramah, war-warkan perjuangan parti dan bertikam lidah di parlimen, itu sahaja! Mungkin Keadilan boleh mendabik dada dengan pergabungan PRM......apa kelebihannya dan hebatnya? Jangan pula cepat melenting komen saya di atas.....sila baca seterusnya. Saya pernah mengatakan bahawa Mahathir dan UMNO tidak boleh 'survive' tanpa ilmu rasuah, politik wang, penyelewengan dan pembohongan. Saya berani cabar bahawa UMNO dah lama berkubur jika jujur memimpin dan juga dalam pilihanraya. Lihatlah kepimpinan UMNO sekarang, daripada Mahathir hinggalah pemuda dan puteri UMNO semuanya hidup bercakap 'auta' putar belit. Mereka(UMNO) tidak takut kepada dosa dan benda/perbuatan haram malah menjadi amalan mereka sekian lama. Ini bukannya satu tuduhan tetapi kenyataan, jika anda kurang pasti pergilah tanya sdr.Anwar, Ezam, dan anggota Keadilan yang pernah bersama UMNO dan kerajaan dulu. Rakyat golongan profesional dan cerdik pandai yang berteraskan Islam sebagai kehidupan dan amalan harian amat membenci sifat pemimpin seperti di atas. Tetapi jangan lupa dalam parti BA pun ada juga. Baiklah berbalik kepada isu imbangan kuasa. Saya masih belum lihat kekuatan parti BA ataupun mana-mana komponen dalam parti itu yang sekarang ini berkemampuan menandingi atau memiliki kuasa yang seimbang dengan apa yang Mahathir nikmati sekarang ini. Mungkin kita boleh mengharapkan kepada Tok guru Nik Aziz dan Haji Hadi kerana mereka sedang menguasai dua buah negeri pantai timur. Tetapi itu belum mencukupi dan masih jauh mampu. Saya amat ingin mengesyorkan kepada kalian terutama parti Keadilan agar lebih realistik dalam perjuangan. Bukan hanya setakat berceramah sana-sini, buat laporan polis dan SUHAKAM setiap hari dan konfrontasi dengan polis. Saya nampak kesemua tindakan tadi hanyalah untuk publisiti. Tetapi realitinya berlainan. Ibaratnya perjuangan sekarang ini hanyalah menggunakan pistol air..........hanyalah mainan latihan! Persepsi saya, parti BA mestinya lebih realistik menguasai dua kuasa yang di miliki oleh Mahathir itu. Tidak keterlaluan di katakan sekarang ini perjuangan parti amat ampuh dan mudah di patahkan atau di permainkan oleh dua kuasa ini. Dua kuasa inilah yang memelihara si tua itu. Jika anda jumpa Mahathir di mana-mana, dirinya sama aje macam atok-atok kita! Sejak gerakan reformasi tercetus sehinggalah sekarang ini, sejauh manakah penguasaan kita terhadap dua kuasa itu. Tepuk dada tanda selera! Jika anda semua mendabik dada dengan berkata 'YA', bermakna parti BA hidup dalam khayalan! Jangan berpuas hati dengan penguasaan parti PAS di negeri Terengganu dan Kelantan. Perjuangan yang saya maksudkan ini ialah menghancurkan kerjaya politik Mahathir dan parti UMNO.....yang sedang memerintah negara ini. Adakah semudah ungkapan di mulut? Selagi kita belum menguasai dua kuasa ini, saya tidak nampak sebarang mentari kemenangan untuk menumbangkan UMNO dalam pilihanraya kelak. Kita ambil contoh operasi agen CIA menguasai sesebuah negara..........mungkin ianya boleh di jadikan teladan. Strategi taktikal amat penting. Rumusannya saya katakan perjuangan parti perlu di ubah. Fikirkanlah. Sekian. melayureform@yahoo.co.uk
Diterbitkan oleh : |