Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Bila bekas kawan baik menceritakan siapa sebenarnya Khir Toyo

Wawancara eksklusif wakil Cabaran dengan DR MD YUSOFF ABD WAHAB, Ketua Penerangan PAS Tanjong Karang, yang membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah, di Putrajaya, pada 15 Oktober lalu, mengenai apa yang disifatkannya sebagai amalan rasuah dan salahguna kuasa oleh Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Selangor. Menariknya, Dr Yusoff merupakan kenalan lama Dr Khir, yang juga bekas AJK Umno bahagian Tanjong Karang. Dan tentunya beliau mempunyai banyak cerita menarik tentang MB termuda ini, yang selama ini tidak diketahui umum.

Mengapa Dr perlu menunggu selepas setahun laporan pertama rasuah Dr.Khir Toyo dibuat di BPR, baru Dr ke depan bagi menggesa BPR menjalankan siasatan ke atas Dr Khir?

DR YUSOFF: Pertama, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sdr Lutfi Othman yang berani, cekal dan tidak putus asa walau diancam, diugut dan difitnah kerana membongkar hingga ke akar umbi kes rasuah MB Selangor.Tanpa pendedahan itu, mungkin rakyat Malaysia amnya dan Selangor serta Tg. Karang khususnya tidak mengetahui MB Selangor terpalit dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa yang sangat hebat. Mungkin rakyat masih beranggapan ia bersih dan berhemah tinggi.

Kedua, saya dan seluruh saf pimpinan PAS mendoakan Sdr Lutfi cepat sembuh dari penyakit yang saudara deritai dan dapat meneruskan usaha penulisan, penyiasatan dan pembongkaran kes korupsi dan salah guna kuasa MB Selangor. Kita mengharapkan bukan sahaja dibongkar kes rasuah MB Selangor tetapi juga semua kes-kes rasuah menteri-menteri BN/ Umno termasuk bekas MB Pahang, Dato’ Khalil Yaacob yang didakwa melakukan rasuah oleh Dato’ Fauzi Rahman.

Selama ini saya cuba mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat dari sumber-sumber internet, akhbar dan juga buku yang berkaitan akta kanun tanah. Saya juga dapati seolah-olah BPR tidak bersungguh-sungguh membuat siasatan sehingga tiada respons yang menunjukkan kes MB Selangor mendapat keutamaan. Sedangkan kes-kes kecil yang melibatkan rakyat kecil begitu diberi perhatian serius. Justeru, ulangan aduan rasuah perlu dilakukan. Faktor ketiga membuatkan saya tampil ke depan ialah kenyataan Pengarah BPR Pulau Pinang, pada April lalu, bahawa orang awam boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara 2 tahun jika gagal melaporkan kegiatan rasuah kepada BPR mengikut Seksyen 17(3) Akta Pencegahan Rasuah 1977. Seterusnya saya inginkan semua rakyat mengingati bahawa negeri Selangor sering mempunyai MB dari kalangan pemimpin Umno yang rasuah dan perlu disingkirkan. Rakyat mesti bertindak bukan sahaja menyingkirkan MB yang rasuah tetapi parti yang diwakilinya juga harus ditumbangkan pada pilihan raya akan datang .

Berdasarkan pengalaman Dr ke BPR tempohari, apakah Dr puas hati dengan sikap pegawai-pegawai BPR hari itu?

Tidak. Tidak sama sekali dan ia sangat mengecewakan. Kita hanya dapat berjumpa Timbalan Penguasa, En. Fauzi. Walaupun beberapa kali didesak untuk berjumpa pegawai atasan, Fauzi terus mengatakan dialah wakil untuk menerima aduan saya. Beliau tetap gagal memberikan penerangan yang meyakinkan. Beberapa hari lepas saya ada membuat panggilan telefon bagi mendapat maklumat lanjut dari Fauzi. Beliau sekali lagi tidak dapat memberikan sebarang jawapan yang meyakinkan. Malah, katanya, dia hanya pegawai yang menjadi tukang terima dan tukang serah surat kepada pegawai atasan.

Dr dikatakan mengenali Dr Khir secara peribadi semasa berada dalam kepimpinan Umno Tg.Karang dulu. Apa yang boleh Dr simpulkan tentang perwatakan Dr.Khir dan bagaimana pula dengan pemampuan kewangannya ketika beliau belum menjadi MB?

Ketika berada dalam Umno dulu kami kerap berbincang dan ada kalanya kami bertukar pendapat. Kegiatan sosial dan perwatakan Dr Khir jauh lebih baik berbanding pemimpin Umno lain. Kebanyakan pemimpin Umno yang saya kenali memang suka berfoya-foya. Perwatakan Dr Khir pula yang saya tahu tidak ada tolak ansur. Ia tidak akan ada rasa bersalah melanggar sebarang perjanjian asalkan menguntungkannya. Keras dan kurang menghargai pandangan orang lain kecuali orang yang lebih berkuasa daripadanya. Ia hanya takut kepada PM sahaja.

Berkaitan kedudukan kewangannya dulu, saya tidak pernah ambil pusing. Tetapi setelah menjadi ADUN Sg. Panjang, lebih-lebih lagi setelah menjadi MB Selangor, sangat mengherankan bagaimana Dr Khir amat berkemampuan menderma, membeli rumah dan membayar hutang dalam jumlah yang sangat besar dalam masa begitu singkat.

Lutfi dikatakan diupah pemimpin Umno tertentu bagi menjatuhkan Dr Khir, apa pula motif Dr. Mungkinkah ada permohonan Dr kepada Khir yang ditolak atau sebagainya?

Saya membuat aduan kepada BPR atas rasa tanggungjawab rakyat yang mahukan keadilan dan tidak mahu harta rakyat negeri ini dijadikan hak milik pemimpin Umno. Kita semua membayar cukai. Kita juga rakyat Malaysia sama seperti mereka.Yang kita tuntut siapa saja yang rasuah, ia harus diadili sewajarnya. Ini bukan soal diupah oleh sesiapa. Saya percaya Sdr Lutfi tidak diupah oleh pemimpin Umno untuk membongkar kes rasuah MB Selangor. Sejak Dr Khir menjadi MB Selangor, kami tidak pernah berhubung antara satu sama lain walaupun untuk bertanyakan khabar. Jauh sekali untuk saya memohon sebarang projek dari MB Selangor.

Dari sekian banyak kes rasuah yang dilaporkan kepada BPR, apa agaknya kes yang Dr fikir cukup ketara untuk Khir dihadapkan ke mahkamah?

Laporan Lutfi kepada BPR berdasarkan maklumat yang begitu terperinci dan lengkap. Oleh itu bagi saya semua kes berkenaan begitu kuat. Dr Khir selaku MB Selangor harus diadili dimahkamah. Soal bersalah atau tidak itu bukan kerja kita. Itu kerja mahkamah.

Yang penting siasatan mesti telus dan perlu dibicarakan berdasarkan maklumat yang diberikan kepada BPR. Contohnya, pemberian tanah seluas 400 ekar, di Shah Alam, yang melanggar Kanun Tanah Negara. Begitu juga penganugerahan tanah puluhan ekar kepada remaja 20 tahun yang kebetulan anak seorang Pegawai Daerah. Pemberian tanah kepada keluarga setiausaha politiknya. Meluluskan projek jalan bernilai RM125 juta sejauh 30 kilometer di Sekincan dan Sg Panjang kepada syarikat yang bermasalah. Meluluskan projek pemasangan paip air dengan harga berlipat ganda, pengambilan tanah di Bangi dan diserahkan kepada syarikat kroni, mendapat lot banglo dengan harga yang lebih rendah dan pelbagai lagi.

Ada pula pihak yang melihat bahawa Dr Khir Toyo banyak dipengaruhi penasihat-penasihatnya sehingga terjerumus dalam gejala rasuah. Saya kenal MB Selangor sudah lama. Antara sebab ia masuk Umno kerana bercita-cita menjadi kaya. Saya juga ramai didatangi teman-teman sekelas Dr Khir di Tg Karang. Mereka juga mengatakan beliau menyertai Umno kerana inginkan kekayaan Jadi jika mahu dituduh bahawa tindakan dan kerakusannya kerana orang-orang di sekelilingnya, ia tidak benar sama sekali. Dr Khir tidak perlu nasihat orang lain. Ia berkemampuan membuat keputusan untuk kepentingan sendiri. Kebetulan ia mendapat team yang secocok dengannya untuk melapah kekayaan Selangor.

Dr Khir tetap Dr Khir. Beliau akan melakukan apa sahaja untuk menjayakan cita-cita menjadi kaya raya. Sebelum ia terpilih wakil rakyat, ia pernah mengatakan ia sangat kagum dengan cara Dr.Mahathir memperkayakan orang Melayu dengan begitu pantas. Maka mentor tulennya adalah PM sendiri.

Selalunya bila seseorang tokoh itu dikaitkan denganrasuah, diperhatikan sanak saudaranya, dan juga kenalan rapat dan orang-orang kananya dapat mengumpulkan kekayaan secara drastik. Berdasarkan pemerhatian Dr ke atas pihak yang dekat dengan Dr Khir, apakah fenomena ini berlaku?

Tepat sekali.Terdapat ramai orang yang berpuluh tahun menjadi pekerja koperasi dan puluhan tahun menjadi AJK Umno bahagian masih menggunaan Toyota 70-an, tetapi setelah Dr Khir menjadi MB, pekerja koperasi daerah mendadak mempunyai kereta mewah.

Jika dulu, yang menjadi guru untuk membeli makanan pun berhutang, tetapi apabila Dr Khir menjadi MB, sudah memandu kereta mewah. Jika dulu hanya mempunyai gubuk usang dan dijolok dengan lidah pun tumbang (mengutip kata-kata salah seorang ketua cawangan Umno), tetapi kini memiliki rumah mewah ditengah sawah. Jika dulu, sebagai ustaz, makan pun berhutang di kantin sekolah, tetapi kini menjadi konsultan kepada beberapa syarikat sdn bhd. Jika dulu pengganggur atau pengopek kelapa yang malas, tetapi kini mendadak memiliki banglo di pinggir kampung.

Dr Khir menang tipis dalam pilihan raya 1999, apakah dengan kes rasuahnya membuatkan beliau sukar mempertahankan kedudukan ataupun ia lebih memudahkannya untuk “membeli” undi orang-orang kampung.?.

Kes rasuahnya membuatkan Dr Khir panas punggung dan ibarat cacing kepanasan. Kata-kata ini bukan dari pada orang-orang BA tetapi dari orang-orang Umno sendiri. Tapi persempadanan yang baru melegakannya sedikit. Pada 1999, beliau menang dengan majoriti 165 undi, ke atas Yang Dipertua PAS Tg Karang,Ustaz Fazlin Taslimin. Ketika itu pengundi Melayu DUN Sg Panjang 98% tetapi dengan persempadanan baru pengundi Melayu hanya tinggal 82%. Ertinya, pertambahan pengundi Cina 16%. Mereka datang dari Sg Besar. Tahun 1999 Sg Besar tidak termasuk dalam Sg Panjang. Dengan kemasukan pengundi Cina, ia akan memberikan nafas baru kepada MB Selangor. Pengundi Cina Sg Besar akan dijadikan tongkat oleh Dr Khir untuk menjamin kemenangannya nanti.

Ada orang Umno mengatakan Dr Khir sudah tidak berani bertanding di Sg Panjang kerana takut kalah. Ia berminat bertanding di Parlimen Sekincan, yang mana pengundi Melayu 64% dan selebihnya Cina, 36%. Ini bermakna Dr Khir akan mendapat lebih banyak tongkat Cina di Sekincan untuk menjamin kemenangannya.

Sama ada ia lebih mudah membeli undi orang kampung kerana mempunyai wang yang banyak, saya kurang pasti. Tetapi pengundi kini tidak mudah dibeli dan digula-gulakan, khususnya pengundi muda dan berpendidikan.

Penyokong Umno tulen dan tidak mampu berfikir secara waras memang boleh dibeli dengan harga sehelai kain pelikat dan beras sekampit. Dan ada ahli Umno, tak diberikan apa-apa pun, mereka tetap mengundi BN. Ngak ketolongan, kata orang Jawa. Namun, ramai berkata, termasuk pegawai kerajaan, jika diberi duit kita ambil, buat projek kita sokong, tetapi undi belum tentu untuk BN. Baju yang dipakai biru tua, tetapi baju dalam mungkin hijau, mungkin juga biru muda, kata pegawai kerajaan.

Saya yakin ada juga ahli Umno yang berfikiran waras akan memberikan undi kepada pembangkang.Tadi pagi saya menerima sekeping kad raya daripada seorang naib ketua Umno cawangan dalam bahagian Cheras. Saya tidak mengenalinya dan sebelum ini saya tidak pernah menerima sebarang kad daripada beliau. Ini menunjukkan tindakan saya membuat laporan ke BPR adalah direstui sebahagian pemimpin Umno. Saya ucapkan terima kasih dan Selamat Hari Raya, Maaf Lahir Batin kepada naib ketua cawangan tersebut. Kes rasuah dan skandal pemimpin Umno yang bertimbun menguntungkan BA. Dan kedudukan kewangan Umno yang kukuh hasil duit rasuah belum pasti boleh menjamin kemenangannya.

Ada ulasan menyatakan seolah-oleh hanya Lutfi saja yang ke hulu ke hilir membawa isu rasuah Khir, sedangkan pembangkang di Selangor bersikap sambil lewa saja terhadap isu ini?

Itu pendapat mereka . Yang jelas saya dapati Dato’ Hasan Ali sendiri tidak henti-henti dan tidak jemu-jemu memberitahu kepada pengundinya di Sg Burung tentang kes rasuah MB Selangor. Kes rasuah ini mendapat perhatian pimpinan PAS pada semua peringkat di negeri ini. Cuma mungkin kita kekurangan media untuk menyebar-luaskannya. Saya sendiri selalu memaklumkan kepada pimpinan PAS Kawasan seperti Ustaz Fazlin, Dato’ Hasan atau Ustaz Hasan Shukri akan perkembangan kes rasuah MB. Mereka memberikan galakan supaya kes rasuah MB harus diterangkan kepada rakyat semaksimum mungkin dan sesering mungkin. Kami juga bercadang membawa Lutfi turun ke padang atau road-show khususnya di Sg Panjang, Sekincan, Sg Besar dan Tg Karang.

Ada pihak menyatakan lebih baik Khir kekal sebagai MB sampai pilihan raya, bagi memudahkan pembangkang mengeksloitasi isu ini, berbanding jika Khir melepaskan jawatan.

Kita membuat laporan kepada BPR bukan semata-mata untuk menjatuhnya. Tidak ada untungnya kita. Yang untung musuh Khir. Orang Umno juga. Tugas kita mengingatkan BPR supaya bertindak dan menyiasat secara telus dan dibawa kepengadilan. Bukan terpilih-pilih.

Siapa pun menjadi MB Selangor sama sahaja. Sejak zaman Dato’ Harun Idris terpelanting dari kerusi MB, ia kerana rasuah. Kes Muhd Taib juga kerana rasuah dan wang 19 kg yang diseludup ke Australia. Dato’ Abu Hasan Omar yang dikatakan bersih sebersihnya juga terpalit dengan skandal. Dr Khir juga yang dikatakan bersih hanya bertahan selama tiga bulan sahaja.

Siapa pun yang menjadi MB Selangor akan mengamalkan tradisinya. Tradisi membela perasuah. Tradisi rasuah yang telah berakar umbi. Sesungguhnya rakyat sangat bersetuju bila dikatakan “Umno itu perasuah, perasuah itu Umno”.

Dr Khir menang tipis dalam pilihan raya 1999, apakah dengan kes rasuahnya membuatkan beliau sukar mempertahankan kedudukan ataupun ia lebih memudahkannya untuk “membeli” undi orang-orang kampung.?.

Kes rasuahnya membuatkan Dr Khir panas punggung dan ibarat cacing kepanasan. Kata-kata ini bukan dari pada orang-orang BA tetapi dari orang-orang Umno sendiri. Tapi persempadanan yang baru melegakannya sedikanti.

Ada orang Umno mengatakan Dr Khir sudah tidak berani bertanding di Sg Panjang kerana takut kalah. Ia berminat bertanding di Parlimen Sekincan, yang mana pengundi Melayu 64% dan selebihnya Cina, 36%. Ini bermakna Dr Khir akan mendapat lebih banyak tongkat Cina di Sekincan untuk menjamin kemenangannya.

Sama ada ia lebih mudah membeli undi orang kampung kerana mempunyai wang yang banyak, saya kurang pasti. Tetapi pengundi kiniSaya yakin ada juga ahli Umno yang berfikiran waras akan memberikan undi kepada pembangkang.Tadi pagi saya menerima sekeping kad raya daripada seorang naib ketua Umno cawangan dalam bahagian Cheras. Saya tidak mengenalinya dan sebelum ini saya tidak pernah menerima sebarang kad daripada beliau. Ini menunjukkan tindakan saya membuat laporan ke BPR adalah direstui sebahagian pemimpin Umno. Saya ucapkan terima kasih dan Selamat Hari Raya, Maaf Lahir Batin kepada naib ketua cawangan tersebut.

Dato’ Hasan Ali sendiri tidak henti-henti dan tidak jemu-jemu memberitahu kepada pengundinya di Sg Burung tentang kes rasuah MB Selangor. Kes rasuah ini mendapat perhatian pimpinan PAS pada semua peringkat di negeri ini. Cuma mungkin kita kekurangan media untuk menyebar-luaskannya. Saya sendiri selalu memaklumkan kepada pimpinan PAS Kawasan seperti Ustaz Fazlin, Dato’ Hasan atau Ustaz Hasan Shukri akan perkembangan kes rasuah MB. Mereka memberikan galakan supaya kes rasuah MB harus diterangkan kepada rakyat semaksimum mungkin dan sesering mungkin. Kami juga bercadang membawa Lutfi turun ke padang atau road-show khususnya di Sg Panjang, Sekincan, Sg Besar dibawa kepengadilan. Bukan terpilih-pilih.

Siapa pun menjadi MB Selangor sama sahaja. Sejak zaman Dato’ Harun Idris terpelanting dari kerusi MB, ia kerana rasuah. Kes Muhd Taib juga kerana rasuah dan wang 19 kg yang diseludup ke Australia. Dato’ Abu Hasan Omar yang dikatakan bersih sebersihnya juga terpalit dengan skandal. Dr Khir juga yang dikatakan bersih hanya bertahan selama tiga bulan sahaja.

Siapa pun yang menjadi MB Selangor akan mengamalkan tradisinya. Tradisi membela perasuah. Tradisi rasuah yang telah berakar umbi. Sesungguhnya rakyat sangat bersetuju bila dikatakan<






______________________
Terbitan : 18 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com