SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Tepak mencari duit dengan tulis apa saja sokong KhirOleh MONTOYO SELANGOR Tengok budak-budak Toyo di Selangordaily yang asyik mengipas dan menjilat MB rasuah itu membuatkan aku ketawa sendiri. Inilah akibatnya bila kemaruk sangat nak hidup senang tapi tak tahu buat kerja. Maka yang dia tahu adalah tunjukkan hebat dekat Karim Mansor dan pertahan habis-habisan segala tuduhan rasuah yang ditujukan kepada Khir. Tengok sajalah macamana hujah yang tak masuk akal, main hentam saja, asalkan boleh bantai Lutfi dan Hassan Ali, iaitu dua musuh besar Khir Toyo, cukup. Soal tulisannya ada hujah atau tidak, mereka tak peduli. Ini pun tak perlu diherankan sangat sebab kepala orang macam Tepakbersulam itu hanya fikirkan duit dan projek dan mahu kaya cepat. Itu saja. Dan bila Karim Mansor dan Khir Toyo itu pegang kunci lubuk emas di Selangor, maka dijulanglah mereka habis-habisan. Yang terbaru pasal sakit Lutfi pun diulas macam oleh orang tak percaya Tuhan. Lepas tu dituduhnya pula Lutfi akan sebarkan berita Khir Toyo ada anak luar nikah. Siapa yang tuduh, Lutfi atau Tepakbersulam sendiri? Cuba kita baca segala tulisan Lutfi, ada pernah dia tulis macam itu? Jadi, yang buat cerita dan nak buruk-burukkan Khir Toyo adalah Tepakbersulam sendiri. Siapa pun pemimpin pembangkang tak pernah kata Khir ada ada luarnikah melainkan Tepak buat cerita. Inilah akibatnya bila hidup tak berpandukan agama, main hentam dan ikut jari nak taip saja. Yang dituduh adalah kegiatan rasuah Khir yang menjadi-jadi itu. Jadi kalaupun nak puji sangat Toyo, pujilah melalui cara yang betul, carilah hujah yang baik-baik sikit. Jangan buat fitnah dan tuduh melulu. Orang baca tulisan kita pun ada otak untuk fikirkan yang mana betul yang mana auta. Jangan anggap orang baca internet ini boleh ditipu dengan begitu mudah. Dah lama saya tengok cara tulisan budak-budak Toyo yang kemaruk rasuah itu, kesiandan sungguh kesian. Entah dapat atau tidak tak tahulah, ini kerana Karim Mansor yang jaga segala dana Khir itu kedekut orangnya. Kalau tak ada sebab yang beliau benar-benar mahukan Khir dikekalkan atau dapat bersihkan imejnya dari tuduhan rasuah, jangan harap kita boleh tumpang Karim. Tapi mana tahu mungkin auta Tepak itu boleh khayalkan Karim, sama-sama penyangak eloklah itu. Akhirnya, wahai Tepak yang terjelir-jelir mencari wang rasuah itu, bantulah Khir dengan menyokongnya berdasarkan hujah rasional bukan bertempik tak tentu hala. Nanti Khir sendiri yang tak puas hati ...susah pula ye ye ye
Diterbitkan oleh : |