Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Surat Terbuka Buat YB En. Takiyuddin B. Hassan

Assalamualaikum,

YB En. Takiyuddin Bin Hassan
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam Kerajaan Tempatan

Malam tadi 19/11/2002 genap lah 2 malam sekitar Bandar Machang berada dalam kegelapan. Ini berikutan pemotongan bekalan Elektrik oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) akibat tidak menjelaskan bil Elektrik. Saya dimaklumkan oleh pihak kakitangan Majlis Daerah Machang sebanyak RM 52,000.00 ribu ringgit bil yang tidak dijelaskan. Kalau ikutkan TNB Pejabat Pentadbiran Daerah Machang pun nak dipotongkan bekalan Elektrik tetapi atas ehsan TNB kerana banyak computer di pejabat tersebut maka bekalan elektrik di Pejabat MDM tidak dipotong.

Disini saya ingin pihak YB menyiasat perkara ini. Bagaimana bil boleh sampai setinggi ini? Apa Yang dipertua Majlis Daerah Machang merangkap Pegawai Daerah (DO) Machang buat??? Perkara ini amat memalukan Kerajaan Negeri.

Saya di maklumkan oleh kakitangan Pejabat MDM banyak kutipan hasil-hasil tidak di pungut diantaranya cukai pintu di dalam pasar Machang. Sudah berapa tahun tertunggak. Ini berikutan sikap lembut dan tolak ansur oleh pihak Penguatkuasa MDM sendiri. Dan ini lah natijahnya akibat dari berlembut yang mana akhirnya menyusahkan pentadbiran sendiri.

Pegawai Daerah Machang yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Machang adalah seorang yang jelas Pro-UMNO dan semua rakyat didalam Jajahan Machang ini kenal siapa Pegawai daerah ini. Adakah ini satu sabotaj dari beliau bagi memburukkan kerajaan PAS Kelantan???

Di harap pihak YB selaku Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam Kerajaan Tempatan yang mempunyai kuasa bagi menangani masalah ini agar mengambil tindakan segera agar segala apa yang berlaku tidak akan berulang lagi di lain kali.

Sekian terimakasih.

nh_6@hotmail.com
Machang Kelantan
20 Nov 2002






______________________
Terbitan : 22 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com