SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Selepas pendedahan Dr Yusuf, kita tunggu apa yang Zaharah Kechik buat …Oleh ORANG TAIPING Inilah dikatakan bila tak ada idea nak mengampu dan menjilat perasuah hebat macam Khir Toyo, maka orang yang bangang dan ghairah nak tumpang semangkuk duit haram rasuah macam Tepak Bersulam tu, jadi tak tentu hala. Tapi tulis mesti tulis, ulas mesti ulas, walaupun semuanya pembohong. Lihat saja tulisan Tepak Bersulam nak ulas wawancara eksklusif Cabaran dengan kawan lama Dr Khir Toyo. Kalau nak merapu pun biarlah ada tajuknya, kalau nak bohong pun biarlah ada orang yang bodoh macam Tepak sendiri boleh terpedaya. Ini tidak, merapu macam tahi dadah yang gian najis dadah. Sebenarnya semua ini kerana masing-masing tengok nak melihat kebenaran apabila diri Khir mula didedahkan oleh Dr Yusuf Wahab, kawan lama Khir. Dr Yusof tentu ada hujah tersendiri apabila beliau menyimpulkan Khir Toyo ini memang mahu cari duit sebanyak-banyaknya dalam Umno. Yalah, selepas menjadi budak sampah sekian lama, maka inilah giliran Khir nak sapu dan balun habis-habisan kekayaan negeri Selangor. Khir mahu berlindung dengan imej agamanya, dengan janggutnya, dengan cakap agamanya walaupun banyak yang tak kena. Sedangkan sebenarnya Khir cukup rakus untuk menelan sebanyak-banyaknya hasil mahsul Selangor. “Saya sudah kenal MB Selangor dah lama. Antara sebab ia masuk Umno kerana bercita-cita menjadi kaya. Saya juga ramai didatangi teman-teman sekelas Khir di Tanjong Karang. Mereka juga mengatakan beliau menyertai Umno kerana inginkan kekayaan. Jika mahu dituduh bahawa tindakan dan kerakusannya kerana orang-orang di sekelilingnya, ia tidak benar sama sekali,” kata Dr Yusuf. “Dr Khir tetap Dr Khir. Beliau akan melakukan apa saja untuk menjayakan cita-citanya untuk menjadi kayaraya,” tambah Dr Yusuf, yang merupakan bekas AJK Umno Tanjong Karang. Oleh itu bila TepakBersulam yang gian duit rasuah itu kata wawancara itu palsu, maka kita harap Tepak dapat tunggu pendedahan selanjutnya daripada mereka yang rapat dengan Khir dan juga rapat dengan Zaharah Kechik. Dan dari Zaharah lagi banyak cerita tersembunyi ….. tunggu!
Diterbitkan oleh : |