SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Tragedi Hillview : Siasatan Mesti MenyeluruhDewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius tragedy terbaru yang berlaku di Hillview yang mengorbankan lapan nyawa akibat runtuhkan tanah yang memusnahkan rumah Jen. (B) Tan Sri Ismail Omar. Tragedi ini adalah ulangan kepada apa yang dialami oleh Kondominium Highland Tower sebelum ini. DPP Pusat mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan perbandaran, alam sekitar dan geologi tempat tersebut. Kerana itu DPP Pusat mendesak kerajaan supaya menubuhkan satu jawatankuasa penyiasat khas untuk meneliti kes tersebut secara terperinci, menyeluruh dan telus. DPP Pusat mahukan apa-apa siasatan yang dijalankan untuk kes Hillview ini hendaklah dijalankan secara menyeluruh dan telus. Sebarang campur tangan pihak berkepentingan atau campur tangan politik mestilah disekat supaya ia benar-benar mencerminkan keadaan yang sebenar. DPP Pusat juga mahukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) turut dilibatkan dalam siasatan ini supaya penyelewengan yang berlaku sepanjang proses kewujudan Hillview dapat dibongkarkan. Penyiasatan dan kajian bukan sahaja perlu ditumpukan kepada masalah tanah dan alam sekitar, tetapi juga kepada pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kerajaan Selangor dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Siasatan ke atas MPAJ, Kerajaan Selangor, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Geologi dan beberapa jabatan lain amat penting untuk mempastikan perkara ini tidak berulang. DPP Pusat mahukan siasatan dibuat secara terperinci terhadap pihak-pihak yang terbabit dalam memberikan kelulusan pembinaan dan kelulusan menduduki bagi perumahan di Hillview. Apakah telah wujud penyelewengan atau rasuah sehingga menyebabkan kelulusan diberikan walaupun berkali-kali isu penerokaan bukit ini dibangkitkan. DPP Pusat juga mahukan siasatan turut dibuat ke atas pemaju perumahan termasuk jurutera perunding dan pihak-pihak lain yang terbabit dalam pembinaan tersebut. Pihak pemaju mungkin bertanggungjawab terhadap sebarang penyelewengan atau rasuah yang berlaku di jabatan kerajaan. Kerana ini siasatan ke atas pemaju juga mesti dijalankan. Apa yang penting semua siasatan mesti dibuat secara terperinci, menyeluruh dan telus.
HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Diterbitkan oleh : |