Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pertarungan hidup-mati Lutfi dan Khir Toyo

Oleh PEMANTAU DEWAN

Membaca surat yang dihantar kepada bapa Khir Toyo, walaupun dalam bahasa Jawa, begitu menarik sekali. Diharap Wak Joyo akan insaf dengan perangai buruk anaknya itu dan dapat melakukan sesuatu agar Khir yang sudah keterlaluan mabuk dengan segala kuasa dah harta, kembali ke pangkal jalan.

Saya cuma kesiankan Wak Joyo, yang kemungkinan mendapat rezeki yang disumbangkan Khir dan anak-anaknya yang lain, melalui cara yang dilarang agama. Kita tidak pasti apakah segala wang rasuah yang diperolehinya itu turut sama dikecapi Wak Joyo dan isterinya. Ini ditambah buruk lagi dengan kegiatan menantunya, Zaharah Kechik yang selama ini mengkontrol Khir, dan dialah yang merancang meletakkan nama-nama budak perempuan yang menjadi lembaga pengarah dan pemilik syer syarikat-syarikat yang mendapat tanah dan kontrak lumayan daripada kerajaan negeri Selangor.

Lebih malang lagi, apabila Khir, dibantu Karim Mansor dan Selamat Dollah sanggup menggunakan sihir untuk terus-terusan menyeksa anak muda Ahmad Lutfi Othman, yang selama ini membongkar segala kegiatan buruk beliau. Hampir-hampir saja Lutfi lumpuh separuh badan dan tidak boleh bergerak aktif akibat perbuatan terkutuk Khir dan kawan-kawannya itu. Menggunakan ilmu hitam sebenarnya bukan susah sangat untuk dikesan siapa yang memulakannya. Oleh itu, tak guna jika Khir dan Karim Mansor cuba berpura-pura buat tidak tahu bahawa merekalah sebenarnya perancang untuk melumpuhkan terus Lutfi agar budak muda ini tidak mampu lagi untuk mendatang kemudharatan kepadanya.

Apabila Khir sanggup menggunakan sihir dan ilmu hitam bagi mempastikan kedudukannya tidak terjejas, maka ini menunjukkan Khir tidak boleh diselamatkan lagi. Maknanya tiada lagi tolakansur bagi kita untuk berdepan dengan Khir dan Karim Mansor ini. Ia bukan lagi pertarungan politik tetapi dendam kesumat yang tiada akhirnya kecuali Lutfi dapat dikuburkan terus. Jika tidak Khir akan merasakan tangan-tangan ghaib Lutfi akan menganggunya sampai bila-bila, terutama mencacatkan imejnya yang mahu ditunjukkan sebagai orang agama dalam Umno, bagi mencapai cita-citanya untuk mendaki kedudukan politik yang lebih tinggi.

Bagaimanapun apabila Lutfi yang dalam keadaan sakit-sakit pun terus memburunya, Khir terpaksa melakukan sesuatu yang lebih mendatangkan keburukan kepada Lutfi, khususnya sebelum buku Lutfi diterbitkan lepas raya ini. Benar, Khir selamat dengan PM dan TPM berada di sebelahnya dan mempertahankannya habis-habisan. Tetapi restu Mahathir dan Pak Lah bukanlah lampu Aladin yang dapat menyelamatkannya sampai bila-bila, sedangkan masa depan Khir melampaui restu Dr M dan Pak Lah. Apa pun Khir perlu membersihkan segala tuduhan rasuah yang kian bertambah seolah-olah mempunyai senarai yang panjang, tetapi belum terbongkar lagi.

Sesungguhnya bila Khir tidak takut-takut lagi menggunakan ilmu hitam, maka pertarungan yang akan berlaku seolah-olah pertarungan hidup dan mati. Sama ada Khir akan terlungkup atau Lutfi akan tertidur terus di perbaringannya. Anak muda Lutfi ini pun tidak boleh diremehkan komitmennya untuk terus berjuang bagi mempastikan Khir menerima padah daripada kemungkarannya.

Melihat Lutfi menanggung kesakitan akibat mainan sihir Khir dan Karim Mansor membuatkan kita dapat merasakan bahawa azamnya untuk membongkar kes rasuah MB Selangor ini tidak dapat disekat oleh sesiapa pun lagi. Ini kerana kes rasuah Khir adalah bukti nyata mekanisme amalan salahguna kuasa yang berlaku dalam sistem yang digunapakai oleh Umno-BN selama ini.

Mendedahkan kaedah Khir menyalahgunakan kuasa bermakna menelanjangkan amalan buruk semua tokoh-tokoh BN selama ini, di sebalik peraturan dan undang-undang yang sengaja dipertahankan bagi membolehkan rasuah diamalkan secara sah dan ia tidak lagi menjadi satu kesalahan!






______________________
Terbitan : 25 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com