SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun MISKIN OH MISKIN !Seperti biasa di bulan Ramadhan umat Islam berlumba-lumba untuk berbuat amal kebajikan kerana ganjarannya amat besar di sisi Allah s.w.t. Menteri Besar Perlis, Dato' Sri Shahidan Kassim tidak ketinggalan menggunakan peluang ini, seperti dilaporkan oleh akhbar, beliau memperuntukkan sejumlah RM2 juta untuk diagihkan kepada kira-kira 20,000 rakyatnya yang dikatogerikan sebagai miskin termasuk anak yatim, golongan tua dan kurang upaya serta ibu tunggal. Laporan menyebut kerajaan mendapat peruntukan dari tiga pihak iaitu kerjaan sendiri, Yayasan Pok Kassim dan Yayasan Al-Bukhari. Syabas diucapkan! Tulisan ini bukan untuk mempertikaikan amalan murni yang dilakukan oleh seseorang, malah sebaliknya amalan tersebut hendaklah disokong dan dipuji. Yang miskin dan lemah wajib dibantu, tanpa memilih bulu. Inilah ajaran Islam. Namun yang hendak dibincangkan di sini ialah disebalik bantuan tersebut yang begitu besar timbul satu isu iaitu isu kemiskinan. Kemiskinan menjadi isu dominan apabila media massa khususnya TV1 memaparkan saban hari kisah kemunduran dan kemelaratan hidup khususnya orang Melayu di Kelantan melalui klip video yang diselitkan di dalam program Berita yang dinamakan Gerhana Di Kelantan baru-baru ini. Ia menggambarkan seolah-olah kemiskinan hanya berlaku di Kelantan sebab ia diperintah oleh PAS tetapi tidak di negeri-ngeri lain yang diperintah oleh Umno. Inilah kenakalan dan kegelojohan Zainuddin Maidin pengampu baru Dr. Mahathir yang telah dinaikkan pangkatnya dari Setiausaha Parlimen ke Timbalan Menteri Penerangan baru-baru ini yang memeningkan lagi kepala pemimpin-pemimpin Umno lama yang lain . Apabila Shahidan Kassim telah memberi bantuan kepada lebih 20,000 orang miskin di Perlis, iaitu lebih dari 4 peratus penduduk Perlis maka ini bermakna Umno telah gagal melaksanakan pembangunan di Perlis walaupun sudah lebih 45 tahun memerintah. Laungan keramat mereka iaitu membela bangsa adalah palsu semata-mata, kecuali mereka berjaya memperkayakan segelintir manusia sahaja. Umno yang nampak bersemangat membela Melayu amat melenting bila Tok Guru Nik Aziz berkata kemiskinan tidak boleh dihapuskan seratus peratus, malah mereka akan bertambah marah lagi jika berkata kemiskinan adalah takdir yang mempunyai hikmah dari segi sistem perhubungan hidup manusia. Demikianlah cara berfikir Umno yang tidak berpijak di bumi nyata akhirnya terpaksa akur setelah hampir setengah abad memerintah mereka gagal menghapuskan kemiskinan, malah kadar kemiskinan meningkat hari demi hari. Hakikatnya kemiskinan atau gerhana seperti yang diwar-warkan oleh TV 1 itu wujud di seluruh negara. Tidak sepatutnya TV1 mengupah pelakon untuk menyatakan kemiskinan atau gerhana yang terok hanya berlaku di Kelantan dan Terengganu sahaja. Inilah politik murahan namanya. Lagi pun siapa yang memerintah Kelantan dan Terenganu dulu sebelum PAS mengambil alih. Bukan senang nak ubah budaya kerja dan cara berfikir Umno yang diserapkan menjadi nilai dalam hidup masyarakat puluhan tahun lamanya. Itu pun sejak mengambil alih pemerintahan, PAS telah berjaya mengekalkan Kelantan sebagai negeri paling ramai Melayu berjaya dari segi perniagaan dan pentadbiran. Begitu juga di Terengganu, rakyat selesa di bawah pentadbiran ulamak kecuali dua tiga kerat orang yang mempunyai matlamat pribadi. Umno perlu sedar kemiskinan teruk yang berlaku ini adalah salah satu contoh malapetaka yang ditimpakan oleh Allah s.w.t. ke atas umatnya kerana banyak melanggar perintah Allah s.w.t., atau tidak melaksanankan syariat Islam secara menyeluruh, terutama di dalam sistem bermasyarakat dan bernegara. Dengan pemberian sumbangan yang begitu banyak oleh Shahidan Kassim kepada begitu ramai orang yang dikatakan miskin jelas memperlihatkan mainan politik tersembunyi Umno. Menteri Besar akan dipuja dan dipuji dan pastinya Umno akan mendapat keuntungan politik. Jelas, Umno yang berfaham pragmatis demi mengekalkan kuasa akan mengambil peluang menghentam PAS apa bila Tok Guru berkata kemiskinan tidak boleh dihapuskan seratus peratus sedangkan jelas mereka yang diberi kuasa memerintah hampir setengah abad telah gagal menghapuskan kemiskinan. Mengikut kajian kadar kemiskinan di negara ini ialah ……… dan satu kajian terbaru ekonomi Malaysia menunjukkan jurang antara miskin dan kaya makin melebar. Nampak di sini bahawa Umno memang tidak serius untuk membasmi kemiskinan dan seolah-olah ia memang mahu supaya rakyat terus miskin kerana apabila miskin rakyat akan meminta-minta pada kerajaan iaitu Umno dan dengan ini pertolongan atau pemberian dari kerajaan akan dijadikan umpan pilihanraya. Selagi Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran tanpa kembali kepada sistem Islam secara keseluruhannya selagi itulah putaran ganas kemiskinan berterusan dan Umno seolah-olah merancang putaran ganas ini diteruskan agar kuasa mereka dikekalkan. Rakyat akan dibiarkan miskin manakala pada masa yang sama sumber maklumat disekat melalui sekatan ceramah dan media. Ini bermakna rakyat yang sudah miskin akan kekurangan ilmu. Pada masa yang sama juga program-program hiburan yang seronok dan melalaikan pula digalakan melalui media cetak atau eletronik atau konsert-konsert yang dianjurkan secara rasmi. Maka golongan rakyat seperti ini seolah-olah dibuai mimpi indah, maka senanglah pemerintah mencocok hidung mereka untuk diseret ke mana sahaja. Maka apabila tiba Ramadhan golongan-golongan inilah akan dipanggil untuk menerima bantuan, maka akan berkatalah bagus pemerintah! Maka pastilah golongan-golongan seperti inilah yang akan memangkah mereka. Sebab itulah antara hasil kajian politik mendapati golongan berpendidikan samada sederhana atau tinggi yang tinggal di kawasan bandar sedang membuat perubahan menyokong pembangkang kerana yakin dengan sumber maklumat dari pihak pembangkang. Begitu juga majoriti golongan muda yang giat mencari ilmu dan bekerja turut neyokong pembangkang. Yang tingal menyokong Umno ialah golongan tua atau yang tinggal kawasan terpencil yang tiada sumber maklumat kecuali tv satu pengampu atau Utusan Meloya dan Berita Hairan! Itulah hakikatnya. Kesimpulannya golongan yang miskin dan daif wajib dibantu oleh pemerintah yang bertanggung jawab apalagi di bulan yang mulia ini. Kedua kita janganlah mengkritik ulamak yang berkata kemiskinan tidak boleh dihapuskan kerana Islam mempunyai cara tersendiri menyelesaikan masalah tersebut. Ketiga media masa perdana hendaklah memberhentikan provokasi tentang kemiskinan di negeri-negeri tertentu kerana ia akan memakan diri. Dan yang keempat media masa perdana khususnya golongan wartawan juga hendaklah mengurangkan kerja-kerja mengampu dan membodek pemimpin-pemimpin tertentu mereka sedangkan berita tentang penindasan dan ketidakadilan yang berlaku ke atas rakyat tidak diketengahkan.
<<<<<<<<<<<<
Diterbitkan oleh : |