Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Selamat Jalan UMNO

Pelawaan Mahatahi supaya orang Melayu kembali kepada BN dan bersatu untuk menghadapi ancaman luas adalah suatu kenyataan dan gimik politik yg, cukup "desperate " .

Kini Presiden itu UMNO mula mengakui bahawa hilangnya sokongan orang Melayu dan terpaksa membuat pelawaan supaya orang Melayu kembali kepada UMNO dengan alasan yg cukup dangkal iaitu menghadapi ancaman luar. Mungkin tindakan beliau ini didorong oleh laporan SB yg sampai diatas mejanya tidak jemu-jemu memantau kekuatan BA.Perkembangan mutakhir ini memperlihatkan bahawa Johor iaitu satu-satunya negeri pusaka UMNO mula dipecahmilik dengan kekuatan BA. Sambutan rakyat Johor terhadap Pas dan BA amat memberangsangkan dan inysallah kita mempunyai masa depan yang sangat cerah di kubu UMNO itu. Walaupun Johor adalah negeri tradisi UMNO , tetapi rakyatnya mula membuka mata dan mula menilai sendiri pengkhianatan UMNO kepada bangsa Melayu.

Sebenarnya dalam isu menghadapi ancaman luar dalam menghadapi isu antarabangsa , selama ini para kepimpinan BA tidak pernah dijemput untuk memberikan pandangan diatas dasar luar kerajaan . Malah tindakan kerajaan BN sering dilihat hilang etika kemanusiaan apabila menghadapi persaingan politik domestik lantas mengetepikan fungsi pembangkang dalam senario demokrasi.

Bukti yang nyata dapat dilihat apabila kerajaan BN dengan senangnya menerima cadangan Amerika untuk menjadikan Malaysia sebagai portal untuk memerangi pengganas.

Kenapakah keputusan ini diambil tanpa mengambil pendangan kepimpinan BA dan suara rakyat ???? Ini adalah keputusan yang melibatkan keselamatan dan kestabilan Malaysia dari fenomena 'ancaman luar' seperti yang ditimbulkan oleh Mahatahi dalam meraih sokongan rakyat. Saya optimis kepimpinan BA dan ahlinya amat matang dalam membicarakan isu ancaman luar.

Justeru itu jika benar negara ini terancam dan cuba diganggugugat oleh pihak luar ,seluruh ahli BA sanggup menghadapinya dan mempertahankan tanahair yang tercinta ini dengan mengenetepikan ideologi masing2 .Tetapi untuk kembali kepada UMNO dan BN ianya adalah sesuatu yang mustahil kerana,UMNO adalah satu target untuk diperangi bukan untuk disertai.

Oleh itu tidak timbul perkara mengapa orang Melayu harus kembali kepada UMNo demi untuk menghadapi ancaman luar sebaliknya orang Melayu harus bersatu untuk mengantikan pemimpin UMNo yang dilihat sebagai agen Amerika dan Yahudi kerana begitu senang dicucuk hidung .

Orang Melayu semakin matang dan tidak mudah terpedaya , kerana umum mengetahui bahawa UMNo sebenarnya adalah pengkhianat kepada agama dan bangsa yang harus diperangi.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak saki-baki ahli UMNO untuk sama -sama menyertai Pas dan Keadilan untuk berjuang memertabatkan agama dan bangsa setelah UMNO sudah hilang maruah dan wibawa.Bukalah mata, telinga dan hati anda wahai ahli-ahli UMNO.

Pemuda Pas Jelutong






______________________
Terbitan : 4 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com