Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Warkah Untuk Ayahanda Hj Joyo Keempat Kalinya

Lot 38,Lorong 12,
Kampong Sungai Sireh,
45500 Tanjong Karang,Selangor Darul Ehsan.
24 Novvember 2002 ber:19 Ramadhan 142.

Assalamu`alikum wm.

Kepangkuan yang dikasehi Ayahanda Tuan Hj.Joyo dan Mbok Kaji,semoga sampeyan berdua dikurniai Allah swt kewarasan serta kerahmatan yang berpanjangan, Amiin!

Ayahanda yang berbahagia!

Sekali lagi warkah kulo yang mewakili warga jembel negeri Selangor mengunjungi Tuan Haji disaat-saat seluruh umat Islam yang taat menanti-nanti kunjungan Lalilatuqodar. Sebenarnya jika diturut-turutkan hati ,rasanya malas jua kulo untuk menulis sesuatu yang agak kurang manis untuk sampeyan menatapnya,lebih-lebih lagi tatkala kita semua sedang menjalani ibadah puasa.

Namun,setelah kulo menemui beberapa orang pak kiyai,mereka memberitahu kulo tiada salahnya mendedahkan kebejatan orang yang mungkar didalam apa situasi sekali pun. Pak-pak kiayai (kebanyakannya orang Jawa) menegaskan bahawa ibadah puasa itu ngak bisa (tidak boleh) sama sekali dipisahi dengan amalan Nahi Mungkar .Atas dorongan merekalah kulo tabahkan hati untuk terus mengunjungi Tuan Haji dan Mbok Kaji meskipun hanya menerusi lembaran warkah.

Tuan Haji yang mulia !

Apa yang akan kulo dedahkan ini,bukanlah kisah wayang Ketoprak (Bangsawan Jawa Kuno) yang menceritakan perihal Raden-raden Penguasa Wilayah yang gagah perkasa dan serba sakti begitu gemar ,bermewah-mewahan dengan mahkota,gelang-gelang dan kalung-kalung emas pemata sebagai tanda keagungan mereka dizaman kegemilangan Kerajaan Jawa Majapahit.Tentu sekali Tuan Haji dan Mbok Kaji masih ingat segala ceritra wayang Ketoprak itu,meskipun sekarang ia sudah pupus…kan kita ini sama-sama berdarah Jawa!!! Amat mustahillah kalau sampeyan berdua tidak meminati Ketoprak… sekurang-kurangnya sekadar suatu kenangan manis sahaja.

Rupa-rupanya kisah Ketoprak itu bukan sekadar cerita hiburan semata-mata,sebaliknya ia merakamkan betapa penguasa-penguasa dizaman apa pun,terutamanya yang bejat dan bobrok serta bajingan akan tetap bermegah-megah dan bersombong-sombongan dengan kekayaan mereka,tanpa memperdulikan dari mana punca kekayaan itu sama ada diperolehi melalui penindasan terhadap rakyat,penipuan dan penyelewengan….pokoknya asalkan mewah kaya raya.
Begitu sekira-kiranya yang sedang berlaku terhadap anak lanang(lelaki) kesayangan sampeyan berdua ketika ini Dr Khir Toyo Raden Besar Kabupaten Selangor Darul Ehsan. Raden-raden besar dizaman Majapahit…mungkin kebanyakan mereka masih kurang kefahaman terhadap agama Islam ataupun masih belum lagi Islam kerana pengaruh agama Hindu masih lagi kuat ketika itu.Jika mereka bejat pun tiada siapa pun boleh menyalahkan mereka.

Namun Dr Khir Toyo yang secara luarannya kelihatan sedikit sebanyak mengamalkan Sunnah Rasul dengan menyimpan janggut.ditambahi pula dengan kepandaiannya menutur sepotong dua ayat Quran dan petikan Hadis Nabi,lantas dimana martabatnya ? Apakah ayat-ayat suci dan Hadis itu hanya sekadar pemanis mulut untuk mempamirkan kekuatannya pada agama demi menutupi maksiat besar yang diperbuat terus menerus tanpa henti ,jika demikian Tuan Haji ! kulo amat bimbang mana tahu kuman-kuman Munafik telah mula menghinggapi hati anak sampeyan! Marilah sama-sama kita mohon perlindungan dari Allah swt agar disimpangkan dari kuman-kuman bahaya itu,terutamanya yang melibatkan Raden Besar Kabupaten Dr Khir.

Tuan Haji dan Mbok Kaji yang kulo sanjung!

Kulo telah diberitahu oleh rakan kulo orang kuat Umno yang berjiran dengan Bahagian Tanjong Karang,bahawa jam tangan yang dipakai Dr Khir sekarang ini nilainya RM 300,000.00.Bingkai kacamatanya pula adalah emastulen yang berharga tinggi.Masya` Allah! Kulo mula-mula sukar untuk mempercayainya,tetapi setelah dia beria-ia benar cuba meyakinkan kulo,maka kulo anggap semuanya tiada yang mustahil

Cubalah sampeyan berdua bayangkan dengan ongkos sebanyak itu jika disedekahkan atau dibelanjakan untuk mengangkat golong kerey (papa kedana) dari derita kemiskinan,berapa ramai jumlah yang akan menikmati sedikit kesenangan.Jika seorang Kerey diberi modal RM 5000 untuk berniaga kecil-kecilan,sudah tentu 60 orang bisa memulai kehidupan baru mereka.Tetapi Raden Besar Dr Khir langsung tidak prihatin… dia tidak perdulikan nasib anak rakyatnya,yang penting hanyalah dirinya yang berazam untuk kaya sekaya-kayanya kerana itulah nawaitunya menyertai Umno.Bagi Dr Khir orang-orang kerey (papa kedana) amat muda dipergula-gulakan,ya! sekadar beri seratus dua rinngit menjelang Bodho (Hari Raya) dan pabila Undi (pilihanraya) nanti lemparkan sahaja kain batik,anak kambing,basikal,anak lembu dan sekampit dua beras serta satu dua tin Milo sudah memadai untuk memujuk mereka mengundi Umno.

Begitulah hinanya orang kerey (papa kedana) disisi Raden Besar Dr.Khir.Sebenarnya dia sudah lupa daratan sama sekali sejak menjadi Raden Besar.Bukankah seperti yang telah diceritakan kepadapada umum bahawa Dr Khir tatkala zaman kanak-kanaknya pernah menjual Koran (surat khabar) lama,untuk menampung belanja sekolah?Apakah dia tidak merasai bagaimana pahitnya hidup dibelenggu kemiskinan?

Satu lagi yang diberitahu kepada kulo oleh rakan Umno kulo itu,ialah Raden Besar Dr Khir telah pun memiliki sebuah Omah Gedi (Bungalow) mewah di England.Menurut rakan kulo itu nilainya hampir mencecah RM 2 juta. Masaya` Allah!!! Sekali lagi kulo menggelengkan kepala.Untuk apa bungalow semahal itu ! kalau lokasinya di Ponorogo,Tanah Jawa mungkin ada munasabahnya,manalah tahu sesakali dia ingin membawa Tuan Haji dan Mbok Kaji beristerehat ditanah leluhur,tentunya selesa sekali. Tetapi jika lokasinya di England,apakah Tuan Haji dan Mbok Kaji rasa senang jika beristerehat dinegero( negeri) orang putih itu?Sudah tentu tidak..kerana disana tiada ada tempey,rempeyek dan pecel (pecal) serta bahasa Jawa pun langsung tidak dituturkan.

Sebagai jawabannya Tuan Haji,rumah gedi (bungalow) di England itu,menurut hemat kulo adalah sebagai persediaan buat Dr Khir dan Datin Sri Zaharah Kecik untuk bermastautin sekiranya parti Umno dan kerajaan Mahathir tewas didalam pilihanraya umum nati. Dalam ertikata lain Dr Khir telah siap sedia untuk melarikan diri,kerana dia sendiri sudah tidak yakin Umno BN akan terus memerintah.

Jika ditakdirkan begitu, Raden Besar Dr Khir,isteri dan anaknya mungkin terselamat dari hukuman rakyat dan bisa sahaja hidup bermewah-mewah dengan wang berjuta-juta ringgit yang telah siap tersimpan dibank-bank luar negara dan mungkin mengakhiri hayatnya dinegoro (negeri)orang.Tetapi untuk tempuh itu sekiranya sampeyan berdua masih panjang umur ,sanggupkah Tuan Haji dan Mbok Kaji berdepan dengan masyarakat,begitu pulah halnya dengan kerendah-kerendah (saudara mara) terdekat Raden Besar Khir yang pasti tidak diberi peluang untuk turut melarikn diri bersamanya. Sanggupkah mereka menanggung aib seumur hidup kerana perbuatan durjana Dr Khir?

Tuan Haji dan Mbok Kaji yang kulo hormati!

Insya Allah kulo akan terus mengutus warkah untuk memberi peringatan demi peringatan bahawa kita orang Islam bertanggung jawab memberi nasihat dan teguran diantara satu dengan lain agar kita selamat dunia akhirat.Insya Allah kulo dan Parman (rakan karib) kulo jika tiada aral melintang akan sejarah (menziarahi) sampeyan berdua dihariraya nanti.Insya Allah kita akan bersemuka untuk memuliakan Aidilfitri dan mungkin jua berterus terang tentang kebejatan dan kemaksiatan besar yang sedang dilakukan oleh Dr Khir.Kulo harap jika kebetulan pada ketika itu Dr Khir dan isterinya ada bersama,itu lagi baik.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk jalan keinsafan…..itu kan lebih baik..ditakdirkan jika dia melenting sekalipun kulo dan Parman tidak sedikitpun gusar berhadapan dengan nya…kerana tarafnya sama dengan kulo dan lain-lain manusia..iaitulah hamba Allah jua.

Sekian kulo nyuwun ngapuro (kemaafan) dari hujung kaki sampai hujung rambut,jika ada terkasar laku dan tersilap bahasa disepanjang empat lembar warkah yang telah sampai kepangkuan Tuan Haji yang kulo sanjungi.

Wassalam.

Putu Mbah Rombiong.






______________________
Terbitan : 26 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com