SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Mahathir Terus Menganiaya DzaiddinDr. Mahathir masih meneruskan rancangannya untuk tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah sebagai Ketua Hakim Negara yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada bulan Mac 2003. Menurut sumber rasmi Istana Negara, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah merayu kepada Dr. Mahathir supaya menyegerakan pindaan rang undang-undang yang akan membolehkan umur persaraan Ketua Hakim Negara dilanjutkan selama 3 tahun daripada 65 tahun kepada 68 tahun. Namun, permintaan Yang Dipertuan Agong ditolak oleh Dr. Mahathir dalam satu pertemuan di Istana Negara pada awal bulan November 2002 atas alasan institusi kehakiman di bawah kepimpinan Tun Dzaiddin terlalu lemah dan tidak berwibawa. Justeru itu, Dr. Mahathir memaklumkan kepada Yang Dipertuan Agong bahawa beliau tidak ada pilihan lain untuk memulihkan imej institusi kehakiman melainkan dengan tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan Tun Dzaiddin. Dr. Mahathir telah mengemukakan 2 nama sebagai pengganti kepada Tun Dzaiddin iaitu Tan Sri Fairuz dan Tan Sri Abu Talib Othman. Keputusan Dr. Mahathir menolak Tun Dzaiddin telahpun disampaikan kepada Tun Dzaiddin oleh Yang DiPertuan Agong sendiri. Walaupun Tun Dzaiddin merasa kecewa dengan keputusan Dr. Mahathir tetapi masih bersikap bacul dan tidak berani untuk melakukan reformasi secara total untuk memulihkan imej institusi kehakiman yang tercemar bukan kerana Tun Dzaiddin sendiri tetapi kerana campurtangan kuasa Eksekutif khususnya Dr. Mahathir. Rakyat mendesak supaya Tun Dzaiddin bangun dengan berani untuk membersihkan nama beliau daripada terus terpalit sebagai rakan kongsi Dr. Mahathir sebelum Tun Dzaiddin bersara pada bulan Mac 2003. Rakyat ingin mencadangkan satu jalan keluar untuk Tun Dzaiddin iaitu dengan memanggil segera kes rayuan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan membuat keputusan yang adil dengan membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada fitnah dan konspirasi Dr. Mahathir. Cadangan kedua ialah dengan memulakan prosiding “judicial review” yang telahpun dikeukakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung kes beliau yang pertama. Rakyat mencabar Tun Dzaiddin untuk bertindak tegas dan berani sebelum rakyat menghukum beliau sejurus selepas persaraan. Selamat Berjuang Untuk Keadilan !
Diterbitkan oleh : |