SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Bahasa Melayu: Melayu Mudah Mengalah!!!'Orang Melayu, tidak pandai dan tidak berani mempertahankan hak sendiri walaupun kuasa ada ditangan. Orang melayu nampaknya tidak pandai menggunakan kuasa politik mereka sebaik-baiknya...Mudah sangat tunduk pada kata-kata kerajaan atau lebih tepat lagi kata-kata UMNO', itulah cetusan kata, rasa dan tulisan Sdra Aman Rais dalam ruangan Tanahair Ku dalam Malaysiakini 11 Nov. 2002. Penulis cuba memanjangkan isu ini untuk kita buka fikiran, buka hati orang Melayu khususnya Melayu dalam UMNO yang terlampau taksub kepada kata-kata pemimpin mereka. Apa yang Dr Mahathir kata, apa yang Pak Lah kata atau para pemimpin besar mereka kata itulah yang betul. Sekali kata-kata Mahathir, Pak Lah, Datuk Najib dan lain-lain banyak yang tak betul dan merugikan Melayu dan merugikan UMNO, ahli-ahli UMNO serta rakyat seluruhnya. Orang Melayu benar-benar menjadi lembu bodoh seperti kata Aman Rais. Angguk, terima dan setuju buta tuli segala apa yang pemimpin UMNO katakan. Padahal, hakikat sebenarnya merugikan orang Melayu jangka panjang. Merugikan bahasa kebangsaan itu sendiri. Dalam kes penggunaan BI bagi subjek Matematik dan Sains kepada pelajar sekolah rendah pada tahun 2003. Apa saja yang Mahathir atau pemimpin kata, orang Melayu akan angguk dan terima tanpa langsung berani membantah. Memang ramai intelek Melayu tidak setuju. Tapi tidak berani ke depan. Orang Melayu takutkan kuasa Mahathir, Pak Lah, Najib dan UMNO bila membantah terang-terangan. Kenapa, bahasa Melayu tidak mampu memandaikan orang Melayu tentang Sains dan Matematik. Betulkah, mengguna Bahasa Melayu orang Melayu akan bodoh tentang ilmu Matematik dan sains. Penulis terdengar dalam satu siaran radio IKIM satu slot memperkatakan penggunaan BI dalam matematik dan sains, seorang intelek yang membahas isu itu mengambil satu contoh seolah memperkecilkan bahasanya sendiri tentang satu alat sains yang katanya kalau disebut dalam bahasa Melayu, tuan kedai tempat kita beli tidak akan tahu kecuali bila disebut dalam BI. Ini sudah melambangkan jiwa Melayu yang kerdil merasa amat naif dan rendahnya dia bila menggunakan bahasa Melayu. Padahal, dengan kita menggunakan istilah Melayu bagi alat itu. Sebagai orang Melayu yang berjiwa besar bukan takbur. Kita telah memasarkan bahasa Melayu setidak-tidaknya bertambah lagi seorang rakyat Malaysia mengerti istilah sains dalam bahasa Melayu. Dan puncaknya ialah bahasa Melayu akan berada setaraf dengan bahasa ilmu yang lain. Kenapa Orang Melayu Mudah Mengalah? Mengalah atau bertoleransi itu bagus. Tapi buruknya bila kita mengalah dan toleran pada bukan tempatnya yang wajar. Persoalan bahasa Melayu, adalah persoalan besar, berkaitan dengan maruah bangsa Melayu. Sebagaimana orang Cina bertahan dengan bahasa Mandarin mereka. Orang India dengan bahasa Tamilnya. Orang Iban dengan bahasa Ibannya. Orang Kadazandusun dengan bahasa Kadazan/Dusunnya. Orang Murut dengan bahasa Murutnya dan orang Bajau dengan bahasa Bajaunya. Bahasa jiwa bangsa. Bahasa adalah identiti dan maruah satu-satu bangsa. Itulah nasib bangsa Melayu bila terlalu lama bersandar kepada Melayu UMNO. Kita bukan nak mengapi-apikan semangat kaum itu. Tetapi sekadar melihat kewajaran bagi mengajak orang Melayu berani mempertahankan hak mereka, iaitu bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsan atau bahasa rasmi negara ini. Alasan atau hujah untuk memandaikan orang Melayu dalam bahasa Inggeris, belum cukup kuat sehingga kita merelakan dasar pendidikan atau dasar bahasa kebangsaan dibakulsampahkan atau dikoyak-koyakkan oleh para pemimpin UMNO yang diketuai Dr Mahathir dan Pak Lah sekarang. Orang Melayu Wajib Bangkit Mempertahankan Hak Mereka Percayalah orang lain tidak akan mempertahankan bahasa Melayu. Orang Cina, India, Iban, Kadazandusun, Murut dan Bajau mungkin mengetawakan kita, kerana orang Melayu sendiri rosakkan dan rendahkan martabat bahasa Melayu, bahasa negara atau bahasa kebangsaan ini. Ketegasan orang Cina dalam mempertahankan penggunaan bahasa Mandarin dalam pengajaran matematik dan sains patut dilihat oleh orang Melayu secara positif. dan orang Melayu mesti berani belajar dari sikap tegas orang Cina dalam isu bahasa. Bukan mereka menentang buta tuli penggunaan BI dalam kedua subjek itu. Tapi mereka mahu mempertahan hak mereka. Kenapa orang Melayu tidak berani mempertahan hak mereka. Taat dan patuh kita kepada pemimpin adalah bersyarat. Pemimpin boleh datang dan boleh pergi. Mereka tidak selamanya akan jadi pemimpin sampai kiamat. Sampai waktu mereka akan undur atau jatuh. Mereka bukan maksum. Mereka juga boleh berlaku silap. Kesilapan mereka mesti diperbetulkan. Orang Melayu jangan terlampau teradat sehingga tidak berani angkat muka di depan pemimpin yang jelas membuat kesilapan kepada bangsanya. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa orang Melayu sampai kiamat. Jadi dasar yang dibuat pemimpin hari ini andai ia merugikan bangsanya pada masa depan, andai dasar itu berat sebelah dan tidak menguntungkan orang Melayu. Orang Melayu akan menanggung derita sepanjang zaman kerana salah seorang pemimpin yang terlalu angkuh dengan kuasa yang dimilikinya. Agaknya, orang Melayu tidak pandai serik kehilangan banyak hak-hak mereka secara perlahan-lahan. Dari biasiswa, kouta masuk U, kouta masuk MRSM, tanah rijab Melayu, kereta api Tanah Melayu dan lain-lain. Konon semuanya dengan alasan kemajuan, mengajak Melayu masuk bersaing dengan bangsa lain, jangan terlalu mengharap subsidi dan jangan terlalu bergantung pada tongkat. Kata-kata atau alasan itu semuanya indah belaka. Tetapi hakikatnya merugikan Melayu. Orang Melayu mahu martabat mereka dipandang mulia dan tinggi. Bukan hidung tinggi. Orang Melayu mesti berani melawan arus. Berani ke depan mempertahan hak mereka. Ikut sebagaimana orang Cina berusaha mempertahankan bahasa Mandarin mereka. Kita bukan mahu meniupkan sentimen kaum. Tapi sekadar mengembalikan kesedaran orang Melayu supaya tidak selamanya menjadi lembu bodoh. Taat buta tuli. Dan menjadi bangsa penakut berkata yang hak di depan pemimpin yang jelas berbuat silap dalam tindakan dan kepimpinan mereka. Pemimpin tidak selamanya betul, rakyat tidak selamanya salah. Yang betul mesti dipertahankan. Hak orang Melayu mesti dipertahankan. Hilang bahasa hilanglah orang Melayu rendah bahasa rendahlah martabat bangsa Melayu Bahasa Jiwa Bangsa.
Ibn Sabah,
Diterbitkan oleh : |