SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Respon artikal Nostalgia Perjuangan BahasaOleh : sagero saguro Assalamualaikum, Hari ni saya baca tuan punya website. Tapi saya baca hanya Nostalgia Perjuangan Bahasa. Bila dibaca balik saya begitu syahdu tentang imbauan tentang perjuangan bahasa oleh orang zaman dulu macam Tun Syed Nasir. Memang patut pun begitu. Tetapi, bagi saya jika penggunaan bahasa english tak diketengahkan maka utk melahirkan masyarakat intelek melayu kurang terutama yang mahu mencari kerja. Jika pendedahan takde. Memang saya tak nafikan bahawa orang melayu sudah terhantuk baru ternganga. Kekadang saya juga hairan mengapa orang melayu terutamanya diri saya sendiri tidak mahu cepat berubah, dan masih ego dengan diri sendiri tidak mahu mendalami bahasa english. Mengapa begitu kita terutama saya masih tidak mahu berubah kepada bahasa ilmu yang rata2 ilmu2 teknologi di dalam bahasa english. Kan belajar tu termasuk di dalam fardu kifayah. Bolehkah kita cari buku2 ilmiah yang bermutu tinggi di dalam bahasa melayu. Adekah kita sudah banyak menghasilkan buku2 bahasa melayu yang mana teknologi itu orang kita yang hasilkan. Memang tak dinafikan ada. Tetapi berapa banyak tuan. Tuan lihat buku2 diuniversiti rata2nya di dalam bahasa english yang dijadikan sandaran. Oleh kerana bangsaku, saudara seagamaku sudah biasa dengan bahasa melayu maka hanya menantikan nota2 kuliah bahasa melayu sedangkan lebihan ilmu adalah dari buku bahasa english yang dijadikan sumber rujukan pensyarah. Tetapi, halnya InsyaAllah berbeza jika kita dibiasakan dengan pengajaran berbahasa english. Memang lah saya tak dapat mengeluarkan figure menunjukkan pensyarah refer pada buku2 english tetapi jika tuan buat kajian tentu pensyarah2 tersebut majoritinya menggunakan lebih banyak buku english dari buku bahasa melayu. Memang ciri2 tamadun itu bahasa merupakan salah satu ciri dari 6 ciri. Tetapi tamadun itu takrifan manusia. Saya yakini tuan dan saya juga yang beragama Islam menakrifkan tamadun itu di dalam perspektif islam. Perspektif islam yang sebenar dan bukan berdasarkan kepada takrifan orang kafir. Tetapi, adakah kita sedar bahawa keegoaan kita dari tidak mahu berganjak dari satu titik ke satu titik membuatkan kita ketinggalan. Kita sudah lah jauh dari sains dan teknologi. Lihat sekarang memang benar kita ni umpama buih dilautan. Kita diperbudakkan kerana kita tidak mempunyai keupayaan di dalam menangani mereka. Saya tidak menjanjikan bahawa dengan pendedahan lebih pada bahasa english akan membuatkan kita tak ketinggalan. Tetapi membuatkan setiap orang InsyaAllah tertarik dengan bahan2 ilmiah bahasa english. Orang kata kita makan nasi selalu, jika tak makan sehari nasi sebalik makan benda lain maka macam tak kenyang. Sebab kita dah biasa dengan makan nasi. Begitu halnya dengan bahasa english bahasa banyak buku2 ilmu di sini. Sememangnya saya tidak berniat nak bertikam lidah. Tetapi saya hanya mahu memberi pendapat saya. Sebab saya yakini penulisan tuan bukanlah atas dasar politik. Tetapi atas dasar kesedaran tuan sebagai orang Islam. Saya yakini perjuangan tuan adalah ikhlas kepada Allah swt. Saya tak kata apa yang tuan tulis salah tetapi cuma saya bagi pendapat saya sebagai input kepada tuan supaya tuan dapat lebih banyak input sebelum menulis. Saya amat yakini pendekatan tuan di dalam menulis apa-apa di dalam website ini adalah berdasarkan apa yang Islam ajar. Dan saya amat-amat berharap cara demikian adalah cara yang terkandung di dalam al-quran dan al-hadis. Cara yang nabi ajar. Saya berkata demikian kerana saya yakini ilmu tuan begitu tinggi sehingga dapat memberi pangkat kepada manusia dengan nama2 yang tak elok. Penentuan kesalahan seseorang tuan dapat adili dengan cara Islam. Mungkin tuan dan kelompok di dlm website ini boleh membodohkan orang kerana ilmu tuan yang tinggi menggunung. Saya mengharapkan saya supaya mengelakkan diri dari melabelkan manusia. Saya berharap saya dapat menggunakan pendekatan Islam di dalam memberi komentar. Tidak emosional dan melatah. Dan saya amat berharap yang saya, tidak menyorok perkara yang benar dan tidak menggunakan sesuatu isu sebagai senjata politik, yang saya harap saya gunakan isu itu untuk Allah swt. Saya berharapkan saya tidak mempengaruhi orang dengan hujah yang tak bersandar. Saya mengharapkan apabila saya lihat keburukan orang saya lihat juga kebaikan. Dan saya berharap, saya menulis berdasarkan ilmu dan juga pemikiran yang baik bukan bernafsu dan emosional. Tuan, akhir kata. Saya minta maaf jika saya menulis ada yang menyinggung perasaan tuan. Atau secara tidak sedar saya menggunakan hujah yang tak tak berasas. Sememangnya saya hamba Allah yang daif. Kelemahan saya memang banyak. Dan, saya do'akan kesejahteraan tuan dan kelompok tranungkite semoga senantiasa sihat walafiat, diredhai, dan senantiasa dipenuhi hidayah. Amin Sekian Wassalam.
Diterbitkan oleh : |