Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Cerekarama : Putri Jaya gempar penemuan bukti undi parti Islam masuk syurga

pada suatu malam ratu antartika bermimpi. baginda sangat ngeri apabila bertemu seorang tua berserban dan berjanggut dalam mimpinya membaca sesuatu dalam bahasa arab yang tidak difahami maknanya .lelaki tua itu terus mengulangi ayat tersebut sehingga sang ratu menghafalnya.

keesokkan harinya istana putri jaya gempar apabila sang ratu mengkhabarkan mimpinya itu dalam keadaan wajahnya yang pucat.

beribu-ribu dukun dan pawang telah datang untuk mengubatinya namun keadaan beliau semakin parah. akhirnya maharaja suami paling setia sang ratu mengambil keputusan untuk menjemput alim ulama merawat isterinya tersebut.

maka datanglah sekelian ulama dari wilayah jakim, yadim, ikim ,jais dan jaij.

maka bertanyalah sang mufti semail beghaim mewakili sekelian ulamak dari pelbagai wilayah tersebut . "oh mek ratu oiii, apakah yang diseru oleh lelaki tua itu sampai mu jadi gini mek ratu oii.."

maharaja amat marah dengan bahasa wakil ulama pro kerajaan tersebut namun beliau bersabar memandangkan isterinya yang sakit tu.

"wahai semail…anak beghaim…lelaki tu baca jampi dalam bahasa arab tapi aku tak faham. aku cuma takut pada serban dan janggut dia tu takut-takut pengganas je tu yang aku naik demam ni" sang ratu menjawab sambil menggigil.

"ya la nak tahu juga apa yang di seru lelaki tua tu mana tahu ada maklumat sensasi mengenai puak militan di negara kita ni mekk oiii.." tegas semail marah.

maharaja sejak tadi menggenggam penumbuknya tapi mamanda dolah awie mententeramkannya.

"semail oii..lelaki tu macam baca jampi la dia kata wa'tasimu bi hablillahi jami'aw wa la tafarraqu.." jawab ratu tergagap-gagap.

semail beghaim hanya tersenyum dia cuba merencanakan sesuatu untuk jepentingan kerajaan.

esoknya heboh dalam suratkahabar bahawa sang ratu adalah imam mahdi dan kerajaan putri jaya akan memerangi keganasan serata wilayah antartika bagi menyatu padukan umat.

pengumuman menteri propaganda kerajaan antartika roais isatim melalui media utama tv tiga suku tersebut telah mendapat bantahan hampir keseluruhan rakyat namun maharaja yang ganas tersebut tidak teragak-agak menggunakan isa dan segala bala jentera kerajaannya untuk menangkis demonstrasi rakyat tersebut.

akhirnya memandangkan keadaan semakin huru-hara perintah berkurung diadakan dan suatu perundingan diadakan dengan barisan pembangkang bagi menghentikan keadaaan darurat tersebut.

dalam mesyuarat tersebut kerajaan tetap dengan pendiriannya mengisytiharkan sang ratu yang semakin tenat tetsebut sebagai imam mahdi dan parti islam antartika sebagai agen pengganas.

oleh kerana kedua-dua pihak gagal mencapai sebarang persetujuan maka suatu perdebatan akan diadakan dihadapan rakyat. cabaran ini di sambut oleh parti islam antartika.

dalam perdebatan tersebut astro jilat wakil kerajaan megeluarkan fatwa mimpi sang ratu adalah setaraf dengan firaun di zaman silam kerana kedua-duanya firaun dan harus ditakwilkan .

barisan pembangkang hanya tertawa dengan pengakuan wakil kerajaan tersebut.sang maharaja dan pegawai kerajaan tersipu malu dengan kebiodohan astro jilat tersebut. ustaz sm selim amn dari unit konsert amal kerajaan mencadangkan bahawa mimpi harus ditakwilkan secara berlagu sesuai dengan budaya bersopan antartika.

sekali lagi barisan kerajaan ditertawakan bukan sahaja pembangkang malah rakyat keseluruhan.

tetiba maharaja bangun."oii nak debat ke nak berjenaka.sesiapa yang ketawa beta tahan dibawah isa"

rakyat tertawa semakin kuat dan maharaja hilang akal.bagaimana untuk menyumbatkan puluhan ribu rakyat dalam penjara isa yang terhad khusus untuk pemimpin pembangkang saja. akhirnya maharaja terduduk malu sendiri.

semail begahim menyatakan mimipi ratu adalah penting dan seruan orang tua itu adalah memberi maksud ratu adalah pemimpin antartika menyatukan ummah. sebab itulah dia dinamakan imam mahdi atau ratu mahdi.

setelah berhujah demikian beliau mengajak parti islam antartika bersatu dengan kerajaan menjunjung perlembagaan sekular negara yang adil pada pendapatnya yang singkat itu.

apabila tiba giliran barisan parti islam antartika berhujah maka naiklah ke pentas seorang kanak-kanak dari wilayah pasti diiringi dengan laungan takbir seluruh umat islam. maharaja amat terperanjat dengan laungan takbir tersebut namun apabila dilihatnya seorang budak kecil beliau hanya tersenyum.

anak kecil tersebut adalah milik sekolah anak yatim apabila kedua ibu bapanya terkorban dalam pilihanraya yang lalu setelah pondok panas mereka dirempuh oleh trak fru yang menurut laporan terbabas kerena brek tak makan.

akibat insiden tersbut penyokong barisan islam membantah kelalaian pasukan polis dan memulaukan pemilu daerah terpencil tersebut kerana rempuhan trak fru tersebut menyebabkan penyokong barisan islam bertumpu ditempat kejadian dan membolehkan ribuan pengundi hantu lepas masuk bagi mengukuhkan undi pihak kerajaan. kerana menyedari tipu daya kerajaan mereka pulang dan enggan mengundi kerana memprotes taktik kotor kerajaan yang zalim tersebut sehingga sanggup mengorbankan nyawa manusia semata membuka peluang laluan pengundi hantu.

anak tersebut juga dipelihara oleh sebuah institusi anak yatim dan diberi latihan menjadi hafiz selain pengenalan pemahaman tafsir alquran. walaupun sumbangan untuk institusi tersebut dibekukan kerajaan namun sumbangan orang ramai berjaya membantu menghidupkan terus tempat perlindungan anak yatim tersebut.

apa yang menghairankan maharaja anak kecil tersebut berjaya menghuraikan maksud ayat dalam mimpi sang ratu tersebut dengan begitu bernas sekali sehingga memukau sekuruh hadirin yang hadir.

"ayat ini membawa maksud berpegang teguhlah kamu dengan tali allah berjemaah dan jangan kamu berpecah-belah"ujar anak kecil tersebut.

"tali allah adalah alquran"katanya yakin.

"memahami dan memegang teguh ajaran alquran menyampaikan diri kita pada keredhaan allah dan kita disarankan memegang kukuh tali allah berjemaah atau bersatu dalam menjunjung tinggi alquran sebagi rujukan atau teras kehidupan bagi kejayaan didunia dan diakhirat" katanya bersemangat.

maharaja semakin panas buntut dan rasa ingin lari tapi dia terpaksa bersabar seberapa boleh.

"oleh itu ayat ini menegaskan betapa jemaah atau organisasi atau parti harus dibentuk bagi memayungi dan mengikat seluruh umat islam ke dalam satu cara hidup yang diredhai allah dan jemaah ini harus merangkumi segenap bidang termasuk pemerintahan.di antartika untuk memerintah perlu ada parti dan melalui pilihanraya maka satu-satunya parti yang perlembagaanya serta matlamatnya yang berdasarkan alquran hanyalah parti islam antartika" laungan takbir semakin kuat bergema dan barisan kerajaan mula terasa rimas serta resah gelisah.

maka saya isytiharkan undi parti islam antartika masuk syurga berdasarkan matlamatnya menjadikan alquran dasar perjuangan dan pemerintahan bagi kejayaan bukan sahaja di dunia malah di akhirat" jeritnya dengan penuh keyakinan.

keadaan mula menjadi agak panas . kelihatan trak-trak fru mula bergerak ke arah kumpulan rakyat jelata dengan semakin hampir. semua sudah biasa dengan hal, tiap kali kerajaan tersepit pasti polislah yang disuruhnya mententeramkan kerisauan sang ratu dan maharajanya.

tiba-tiba senail beghaim yang mebndapt signal dari maharaja memberi isyarat kepada anak pasti untuk bertanya dan dibenarkan oleh moderator perdebatan ustaz sm selim amn.

"hai budak hingusan bagai mana pula dengan saya mufti dan alim ulama lain,kami juga berpegang teguh dengan alquran malah lebih lama dari kamu budak kecil baru nak hidup.." bentak semail beghaim marah. kelihatan bunyi booooo dari segenap hadirin. semail beghaim buat bodo ja.

sambil tersenyum anak pasti itu menjawab "saya tidak napak sebarang bukti bahawa kamu berpegang teguh dengan tali allah"

semail beghaim tersentak dengan jawapan anak pasti tersebut.

"apa yang kamu lakukan bagi mengatasi pertumbuhan pesat kilang arak, judi, sarang pelacuran berlesen, hiburan konsert jahiliah dan pelbagai gejala korupsi dalam birokrasi negara antartika sedangkan kamu sendiri khabarnya terlibat dalam satu skandal yang menjadi rahsia besar kerajaan"

ujar anak pasti tersebut. kedengaran gema takbir semakin kuat dari kalangan hadirin.

muka semail beghaim merah padam kerana malu dia tak mampu bercakap sambil meminta astro jilat penulis yang pro kerajaan untuk membantu.

tetiba astro jilat bertanya" hai budak mentah begini sajalah ini negara demokrasi boarlah masing-masing dengan cara mereeka ok" astro jilat yakin beliau berjaya memujuk anak kecil tersebut.

"wahai astro jilat memang kamu ni betul-betul penjilat. dalam isalam memang ada demokrasi .orang bukan islam bebas memilih cara mereka dan aktiviti mereka mesti bersesuaian dengan keharmonian negara islam"ujarnya.

"tapi astro kita orang islam ni demokrasi macam mana pun pegangan kita tetap tali allah tak boleh lain darinya.so ,kita suka tak suka terpaksa menyokong parti islam antartika kerana dalam ayat tadi juga mengatakan 'dan janganlah kamu berpecah belah' jadi astro kita semua mesti bersatu di bawah satu jemaah dan parti yang betul-betul bersandarkan ajaran alquran yang agung" tegas anak pasti tersebut.

"larangan berpecah belah atau keluar dari landasan alquran menunjukkan hukum allah kerana alquran kalamullah. jadi berpecah atau mengeluarkan diri dari jemaah yang memegang teguh tali allah adalah haram " ujar anak pastibtersebut yakin. astro jilat hilng kata-kata manakala laungan takbir terus bergema.

tiba-tiba sekumpulan pemuda dari barisan kerajaan bertempik dari ke;lompok pro kerajaan yang semakin kurang kerana banyak yang sudah beralih tempat bercampur dengan penyokong barisan parti islam antartika " hoi budak kecik kalau banyak islam dalam antartika ni macam mana itukan berpech belah tu." tempik mereka.

"ya memang banyak tapi tinggal nama.hizbul muslimin antartika serta berpuluh yang lain telah diharamkan. jemaah islah antartika digantung pendaftarannya, angkatan mujahidin hanya mewakili sebuah wilayah saja dan tidak pernah serius bertanding, lain-lain tidak aktif melainkan sebagai cabang suara kelompok-kelompok kecil umat islam dan ada dibubarkan kerana memberi laluan parti islam antartika bagi mengelakkan perpecahan undi" jawab anak pasti itu selamba.

"seandainya banyak parti islam sekalipun selagi kita berpegang dengan tali allah dengan sebenarnya kita tetap suatu jamaah kerana matlamat kita, dasar dan corak politik serta pentadbiran kita sama semata-mata bagi mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat" tambahnya lagi.

"islam umpama bunga yang berkembang, bunga banyak jenis bunga tapi kembangnya semua melambangkan kesuburan dan rezeki pada makhluk lain. begitu juga dengan parti dan jemaah islam, memang banyak tapi tali pegangannya tetap satu alquran dan matlamatnya tetap satu pentauhidan kepada yang maha kuasa jua. sebab itulah dalam satu kawasan pilihanraya kalau ada parti sekular atau komunis di situ hanya satu parti islam saja yang bertanding kerana mengukuhkan undi umat islam sejati" komennya.

"tapi kalau kawasan tu bersih dari ancaman calon komunis dan sekular seberapa banyak parti yang berpegang pada tali allah bertanding tak apa , siapa menang tak kira sebab matlamat kiat sama cuma kita di anggap pilih ketua saja" ulasnya lagi.

"tapi kalau ada parti mengaku islam tapi perlembagaanya kitab penjajah dan pengikutnya bercampur baur dengan murtad, freemason serta sekularis maka ianya bukan parti islam .parti islam diukur pada dasarnya iatu alquran dan sunnah bukannya pada nama dan logo parti"

anak kecil itu mula kehausan kerana banyak berucap.

maharaja dan sekelian berisan kerajaan mula berbisik kepanasan manakala laungan takbir semakin kuat menyelubungi medan perdebatan tersebut .

"maka dengan ini berdasarkan ayat alquran yang baru dibaca satu perempat dari keseluruhan ayat yang panjang ini membuktikan undi parti islam antartika menjamin keredaan ilahi bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dah sah ada harapan ke syurga kalau kita konsentrasi dalam amalan dan iktikad kita nasib baik ratu mimpi satu perempat dari ayatnya tapi kalau barisan nak tahu keseluruhan ayat yang panjang ini sila buka alquran yang menjadi dasar parti islam antartika"tegasnya memperli.

"atas konsep wa la tafarraqu maka saya isytiharkan parti sekular kerajaan antartika haram disertai oleh umat islam kerana tidak berpegang pada tali allah bahkan memegang kukuh talian dari kesinambungan penjajah musyrikin" anak kecil itu mula lemah.

" ayuh bersatu dalam parti isalam antartika.jadikan diri anda sebahagian daripada penggerak kebangkitan ummah…sekian wabillahi taufik wal hidayah…." mengakhirri ucapannya.

laungan takbir terus bergema rakyat mula bergerak ke arah pentas apai kemarahan mula menyala kerana ucapan anak kecil tadi telah menyedarkan mereka betapa selama ini mereka tertipu dalam kemerdekaan palsu bahkan berada dalam penjajahan bentuk baru yang amat malang untuk generasi akan datang terus mewarisinya.

maharaja dan para kabinet terpaksa dibawa ke putri jaya dengan helikopter kerana berlaku demonstrasi di sepanjang lalu litas.

penyokong kerajaan pula terpaksa diiringi keluar dengan trak polis kerana bilangan mereka merosot berbanding pada masa mula datang tadi dan khuatir diperli oleh barisan pembangkang. memang mereka lemah kalau kena sindir sebab itu mereka digelar barisan pondan selain suka panggil polis bila dah kalah.

sejak hari itu penangkapan tanpa bicara sering berlaku, majlis ceramah disekat, bantuan untuk sekolah agam rakyat dihemntikan serta pelbagai fitnah dilemparkan bagi memastikan revolusi dan reformasi segera padam menjelang pilihan raya antartika yang bakal mnejelang.

sekian cereka rama ini tidak ada kaitan dengan sesiapa. kalau ada kaitan anggap sajalah gurauan berprestij dan bermutu tinggi bagi meniup angin kesedaran pada sesiapa yang makan cili yang pasti merasa pedasnya.


kesudahan yang baik itu bagi mereka yang bertakwa.




______________________
Terbitan : 2 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com