Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Menganalisa jiwa dan perasaan penghentam Ustaz Shamsuri

Assalamualaikum

Khas buat penangblackrose dan untuk semua sebagai bahan pemikiran.

Melihat kepada tulisan saudara mengenai ustaz shamsuri, saya andaikan yang saudara ini mempunyai personaliti seperti berikut:

1. Cenderung melihat kesalahan orang lain.

2. Sedaya-upaya mahukan orang lain turut merasai apa yang saudara rasa. Bila saudara memblacklist ustaz shamsuri, saudara turut mahu orang lain memblacklist ustaz shamsuri.

3. Suka merendah-rendahkan pemikirang orang-orang lain. Saudara seolah-olah menganggap orang yang masih meminati ceramah ustaz shamsuri (terutama ahli PAS) sebagai masih tidak faham penyelewengan ustaz shamsuri. Ini sebenarnya terjadi kerana pemikiran penangblackrose adalah berdasarkan pro-kontra, jahat-baik atau hitam-putih. Untuk pengetahuan saudara, terdapat satu lagi jenis cara berfikir dikenali sebagai pemikiran timbang tara atau bermizan. Menurut pemikiran ini, manusia ini mempunyai amal baik dan amal jahat bercampur-campur (kecuali nabi-nabi yang memang maksum). Manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berbeza antara satu sama lain. Sebab itu di akhirat, amal kita akan ditimbang antara dosa dan pahala kerana memang sifat manusia ada pahala dan ada dosa. Bezanya sedikit atau banyak. Penangblackrose tidak memahami bahawa bagi kebanyakan orang, mereka menimbang positif dan negatif bila mereka masih mengikuti ceramah ustaz shamsuri.

4. Tidak takut kepada Allah, terutama hisab amalan. Penangblackrose berkemungkinan besar terlalu marah tapi imannya pada hari hisab terlalu lemah untuk mengekangnya dari menulis secara lepas. Saudara megguna perkataan kesat-merapu, ustaz tak guna, ustazah seks dan lain-lain.

5. Penangblackrose ternyata tidak berakhlak dalam tulisan.

6. Sukar menerima nasihat atau pandangan orang lain. Tandanya saudara menghentam orang lain secara biadab dan tulisan saudara melambangkan saudara memaksa pandangan saudara pada orang lain hingga saudara turut memandang hina pada penyokong PAS yang masih mengikuti ceramah ustaz shamsuri. Orang begini biasanya sukar menerima nasihat atau pandangan orang lain

Sekian. Jika ada masa saya akan terus menulis tentang segelintir manusia seperti penangblackrose yang saya harap akan sedar bahawa corak personalitinya akan merugikan dirinya sendiri.

.....................
Sebenarnya saya dah tutup isu mengenai Ust Shamsuri ini, mungkin sdr penulis ketinggal dalam mendapatkan maklumat mengenai isu berkaitan - Webmaster




______________________
Terbitan : 18 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com