Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Al-Kisah Bukit Beruntung

Assalamualaikum,

Cerita tentang kezaliman ada pada banyak kaum dan masyarakat. Bagaimanapun peristiwa kezaliman adalah yang perlu diketahui umum. Semua masyarakat di sini ketahui bahawa kezaliman yang berlaku disebabkan oleh seorang yang ego, sombong, bongkak dan samseng tua bernama Cikgu Nasa.

Al Bayan adalah sebuah surau yang dinaikkan taraf (sementara) kepada Masjid selalunya penuh dengan tragedi dan kacau bilau yang disebabkan oleh Cikgu Nasarudin (Cikgu Nasa). Biarlah saya perkenalkan serba sedikit mengenai beliau, Cikgu Nasa adalah seorang yang sangat berkuasa dan mendapat kepercayaan ADUN Batang Kali, Selangor walaupun beliau suka sangat berjawatan sebagai setiausaha bagi kebanyakan pertubuhan seperti Persatuan Kebajikan Islam (PERKIS), Masjid Al-Bayan, dan UMNO.

Nama lain untuk beliau adalah “orang gila kuasa” atau “orang tak sedar diri”.

Kes terbaru yang mengemparkan Bukit Beruntung ialah pemencatan imam Al-Bayan, iaitu hasil dakyah Cikgu Nasa. Dengan menggunakan kedudukan dalam UMNO beliau telah mengaburi semua mata masyarakat di sini. Keputusan pemencatan tidak dilakukan oleh AJK Al-Bayan tetapi atas usaha keras Cikgu Nasa. Kata orang, hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong. Kepada yang suka menentang beliau akan menerima akibat yang sama, contoh: bagaimana beliau telah terkeluar daripada senarai AJK semasa pemilihan AJK Al-Bayan tetapi di atas keegoannya dan kesombongannya telah mengubal AJK yang dipilih secara majoriti dan diganti dengan AJK lama yang tidak Eficien lagi.

Dimana ada untung , di situlah beliau mengada-ngada.

Dengan kedudukan yang mantap sebagai setiausaha PERKIS telah merancang untuk mengaut keuntungan di atas pembinaan Masjid baru yang bernilai berjuta-juta ringgit. Beliau dan sahabat-sahabatnya dengan sukacitanya untuk menghitung duit apabila peruntukan membina masjid dilaksanakan tanpa mengira kepentingan masyarakat islam. Beliau juga dikenali sebagai juru nikah yang tidak berkelakuan seperti yang sepatutnya, dimana mengenakan pakaian berseluar pendek ke mana-mana saja.

Kepentingan Islam diketepikan yang penting pulus adal prinsip beliau.

Kebanyakan masyarakat di sini mengetahui kelakuan dan perangai beliau yang jahat serta berputar belit tetapi tidak berupaya berbuat apa-apa. Jadi di atas kesedaran inilah saya merasakan penyampaian ini dapat menyedarkan masyarakat dan sahabat seperjuangan. Segala perancangan dan rancangan jahat beliau telah saya ketahu kerana saya juga adalah salah seorang AJK pengurusan beliau, yang sudah meluat dengan kelakuannya.

Akhir kata, mudah-mudahan semua perbuatan jahat beliau akan mendapat pembalasan yang setimpal dan untuk renungan bersama. Sehingga ada khabaran yang baru…..jumpa lagi …..insaAllah.

Wassalam

Ikhlas:

Syed Jamal Al-Bakri
Jemaah Surau Al-Bayan
bukiT beRuntung






______________________
Terbitan : 1 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com