SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Lumba Kuda di TV memudahkan pemberian rasuahLumba Kuda di TV memudahkan pemberian rasuah. Tidak menghairankan apabila kerajaan BN mengizinkan setesyen TV ASTRO menyiarkan lumba kuda secara terus menerus. Perjudian lumba kuda adalah antara saluran untuk memberi rasuah yang susah dikesan. Dengan kebangkitan Islam di Negara ini, mereka yang menerima rasuah melalui kaedah pertaruhan lumba kuda tidak mahu kelihatan sangat di race course, maka siaran langsung TV perlumbaan kuda diadakan untuk membolehkan si penerima rasuah membuat pertaruhan (mengikut ‘tips’ yang diberi) hanya dengan menalipon. Setiap minggu akan ada perlumbaan-perlumbaan kuda yang sudah diatur terlebih dahulu kuda-kuda yang akan memenanginya. Jockey-jockey (penunggang kuda) diberi arahan supaya bersepakat untuk memberi kemenangan kepada sesuatu kuda yang dipilih. Penerima-penerima rasuah akan diberi ‘tip’ untuk membuat pertarohan keatas kuda yang dipilih itu dan apabila kuda itu (seperti yang telah diatur) menang, maka si penerima rasuah akan untung berlipat-lipat ganda. Jika ada jockey yang ingkar perintah, dia akan dibunuh dan mayatnya nanti akan ditemui didalam parit. Polis pula kononnya tidak dapat mencari si pembunuh. Sekiranya ada siasatan untuk memastikan dari mana datangnya kekayaan secara mendadak, maka si penerima rasuah akan kemukakan resit-resit kemenangan dalam pertaruhan lumba kuda sebagai cara beliau telah memperolehi kekayaan tersebut. Satu lagi kaedah membayar rasuah melalui perlumbaan kuda adalah dengan memberi teket-teket yang menang kepada si penerima rasuah yang akan pergi ke kaunter pembayaran untuk menukarkan resit-resit tersebut kepada wang tunai. Kaedah ini pun diuruskan dengan kerjasama rapat pihak pengurusan race course dan dengan diaturkan terlebih dahulu kuda-kuda yang akan menang. Begitulah kaedahnya bagaimana lumba kuda digunakan untuk menyalurkan rasuah yang susah untuk dikesan. Maka siaran langsung perlumbaan kuda di TV yang telah dimulakan itu memudahkan lagi aktiviti menyalurkan bayaran wang rasuah. Siaran langsung perlumbaan kuda di TV itu juga akan dapat mengheret lebih ramai lagi orang Melayu yang beragama Islam untuk berjudi. Orang-orang Melayu yang ada niat hendak ‘main kuda’ tetapi takut orang nampak sekarang ini boleh mengikuti perlumbaan melalui kaca TV dan membuat pertaruhan melalui talipon. Talipon bimbit pula memudahkan pertaruhan dibuat di luar kawasan pejabat atau rumah supaya rakan di pejabat dan ahli keluarga tidak akan dapatahu. Tarabulsi
Diterbitkan oleh : |