Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sultan bertitah kakitangan kastam penuhi keperluan pelanggan

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menggesa kakitangan kastam agar sentiasa berusaha memenuhi keperluan pelanggan kerana prestasi sesebuah agensi kerajaan itu dinilai oleh para pelanggan melalui perkhidmatan yang ditawarkan.

Justeru, baginda menyeru kepada setiap anggota yang terlibat agar memperlengkapkan ilmu dan kemahiran yang dimiliki terutama dalam menempuh cabaran perkembangan teknologi maklumat.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan bangunan baru Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang menempatkan pejabat Pengarah Kastam

Negeri, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia dan Personel, Bahagian Perkhidmatan Teknik, Bahagian Pencegahan, Bahagian Kastam dan Cukai Dalaman, Cawangan Kewangan dan Perolehan dan Cawangan Marin.

Selepas majlis perasmian tersebut, baginda turut berkenan melawat ke pameran Jabatan Kastam dan diberikan taklimat mengenai operasi dan pentadbiran jabatan tersebut.Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Abdul Halil Abdul Mutalib dan Pengarah Kastam Negeri, Encik Bedolah Botok.






______________________
Terbitan : 30 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com