Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PILIHANRAYA DIJANGKA JUN 2003

Oleh : Zuleda

Pilihanraya dijangka Jun tahun depan,
Itulah yang Dr Hassan Ali khabarkan,
Dalam masjid di Permatang Pauh di bulan Ramadhan,
Katanya : sumber maklumatnya sukar dinafikan,
Maklumatnya mungkin ada kebenaran,

Beraya sakanlah kita tahun depan,
Insya-Allah… Kelantan, Terengganu akan kita pertahan,
Pahang dan Kedah dalam genggaman,
Perlis Indera Kayangan.. kita rampas drp Shahidan,
Selangor…Si Anak Toyo kita humban ke dalam jamban,
Penang… Umno dah tak boleh bertahan,
Hanya mengharap ehsan MCA dan Gerakan,
Namun kini mereka dah mula bercakaran,
Umno cuba mainkan isu perkauman,
Tunggulah…Penang pun akan turut kita tawan.

Melaka dan Johor Umno duk mengelabah sakan,
Begitu juga Isa Samad di Negeri Sembilan,
Sebab tu sekolah agama Umno terpaksa tekan,
Mansuhkan peruntukan tarik segala bantuan,
Sememangnya Umno “sejenis syaitan”,
berwajah manusia namun hati bersifat keiblisan……

Sabah Sarawak maklumat sukar disalurkan,
Mungkin 20 tahun mereka jauh ketinggalan,
Korupsi dan penyelewengan kurang diberi perhatian,
masih tertipu dengan BN punya penangan.
Mereka tidak boleh dipersalahkan …..
..…cuma kita perlu kerja keras berterusan.
menyedarkan mereka yang masih dalam kegelapan.

Bayangan Islam di ambang kemenangan,
Telah dicerminkan Allah di Turki dan Pakistan,
Di Malaysia tak mustahil Islam dapat ditegakkan,
Hanya masa dan ketika akan Allah tentukan,
Selain usaha berterusan….doa kepada-Nya jangan dilupakan,
Yakinlah janji Allah……pasti timbul kebenaran,pasti tenggelam kebatilan,
Serulah kepada rakan dan taulan…….
NYALAKAN CAHAYA KEADILAN,
PADAMKAN API KEZALIMAN.
25.11.02






______________________
Terbitan : 27 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com