SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun MP Ayam Terus Longlai,Khir Toyo Melangkah Gagah……….Peluang YB MP Ayam @ Ustaz Sayuti Said ,Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk dicalonkan semula mewakili BN pada pilihanraya akan datang diberitakan kian tipis. Segala usaha yang telah dilakukan untuk membersihkan imejnya dari dikaitkan dengan kisah silamnya ternyata menemui kegagalan.Meskipun MP Ayam itu agak popular dikalangan pengundi peringkat kampungan,dengan komitmennya yang memenuhi citarasa tradisional melalui majlis kenduri kendara dan ziarah kematian pelbagai etnik,tetapi kisah silamnya yang dikaitkan hubungan intim dengan adik ipar sendiri terus menghantuinya. Terbaru, selain TPM Dolah Badawi memandang serius dakwaan skandal tersebut,PM sendiri telah meminta agar penyiasatan dibuat terhadap kes sumbang mahram yang melibatkan MP Ayam itu. Meskipun kes sumbang mahram tersebut dikatakan berlaku lebih satu dekad yang lalu,tetapi ia tetap menjadi isu yang tak putus-putus di perkatakan hingga kini sama ada kalangan dalaman Umno sendiri mau pun rakyat jelata. Situasi sedemikian jika dibiar berlanjutan akan terus meranapkan imej Umno Kuala Selangor khususnya ,yang sebelum ini telah menggemparkan seluruh negara dengan kes yang sama melibatkan bekas ketua bahagiannya dan bekas MB Selangor Dato Seri Abu Hassan Omar.Mungkin faktor itulah yang mendorong PM mengarahkan siasatan terhadap MP Ayam dibuat,demi membersihkan imej Umno yang sememangnya terlalu kotor sejak akhir-akhir ini. Kes rasuah Khir Toyo sudah cukup memeningkan Mahathir,walaupun PM tua yang berjanji akan memberi laluan kepada Timbalannya Dollah Badawi mengambil alih kuasa selepas Oktober 2003,telah dua kali memanggil Khir Toyo mengadapnya,namun pengamal rasuah No 1 Selangor itu tidak mengendahkan langsung nasihat bosnya. Khir Toyo amat arif, Mahathir tidak akan berani bertindak terhadapnya,kerana sebarang tindakan Mahathir akan memalukan diri PM tua itu sendiri lantaran perlantikannya sebagai MB adalah atas kemahuan dan restu Mahathir sendiri. Disaat ini kehilangan MP Ayam jika kes sumbang mahramnya terbukti memuaskan hati PM kelak ,tidak akan merugikan Mahathir,sebaliknya dia akan dilihat sebagai pemimpin yang amat menitikberatkan soal moral,setidak-tidaknya keserbasalahannya terhadap Khir Toyo dapat dialihkan buat seketika kepada ketegasan tindakannya terhadap MP Ayam. Jika MP Ayam benar-benar dipaksa meletakkan jawatan secara terhormat ,BN tidak perlu mengadakan pilihanraya kecil lagi.Kerusi Parlimen Kuala Selangor akan dibiarkan kosong sehinggalah pilihanraya akan datang kerana tempuh tiga tahun sejak pilihanraya umum lepas telah berlalu yang mana akta parlimen itu sendiri telah memberi keizinan untuk BN berbuat demikian. Nampaknya langkah Ustaz Sayuti kian longlai,kerana dia terpaksa menghadapi detik-detik getir berseorangan. Untuk mengharapkan bantuan bekas bosnya Abu Hassan,orang tua itu sendiri pun sedang bertarung untuk survivalnya sendiri. Cuma Abu Hassan agak beruntung sedikit kerana Khir Toyo sedang giat mengatur strategi untuk memulihkan semula karier politik bekas MB Selangor itu.Ura-ura Khir Toyo juga selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor akan melantik Abu Hassan sebagai Ketua Penaja Umno Bahagian Tanjong Karang kelak,adalah sebahagian dari percaturannya untuk menyingkirkan Noh Omar MP Tanjong Karang yang tidak disukainya sejak dulu lagi. MP Ayam dikira bernasib baik,sekiranya dia mampu bertahan sehingga parlimen dibubarkan menjelang pilihanraya umum yang kesebelas nanti.Sebagai manusia biasa kita sebenarnya agak bersimpati dengan nasib yang menimpa beliau.YB Ustaz Sayuti bukanlah manusia penyangak,tetapi sejarah silamnya menuntut agar dia membayar harga sewajarnya. Berbeza dengan Khir Toyo,meskipun dia sedang mencipta rekod sebagai MB Selangor yang paling kuat rasuahnya,dia tetap mengepak dan melangkah gagah kerana dia adalah anak emas Presiden Umno yang amat berkuasa. Ustaz Sayuti hanyalah anak angkat yang semata-mata mengharap belas ehsan Presiden….entahkan kasih entahkan benci ! MP Ayam hanya menghitung hari ! Alang Bintang.
Diterbitkan oleh : |