Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Dukacita dengan SU-SU MB Terengganu

Dalam beberapa hari ini media massa kerajaan menyiarkan isu poligami yang kononnya menjadi perbincangan di sidang DUN Terengganu. Media menyiarkan dengan tujuan memburukkan pimpinan negeri bahkan memperlihatkan tahap pemikiran pemimpin kerajaan negeri. Hasil eksploitasi media maka sebahagian rakyat terpengaruh dengan berita tersebut lantas ada yang mengadakan tunjuk perasaan.

Sebuah rancangan RTM, Gemilang Malaysia yang dipengerusikan Hashim Hanafiah juga tidak terlepas menyindir dan memperlekeh sikap pemimpin negeri atas isu tersebut.

Setakat yang saya faham isu tersebut timbul apabila wakil BN bertanya Pengerusi JK Pendidikan, Dakwah dan Perlaksanaan Syariah Negeri, Dato' Harun Taib tentang kesediaan Kerajaan Negeri utk menminda enakmen. Situasi sebenar tidaklah diketahui. Tetapi ia dieksploitasi oleh media Bn dan dijadikan berita utama. Kemudian ulasan daripada beberapa tokoh dan rakyat disiarkan.

Apa yang medukacitakan saya bukanlah sikap media Bn kerana itulah sikap mereka sejak dulu lagi(memang patut diseru bertaubat!).Namun yang mendukacitakan saya ialah tiadanya kenyataan daripada pihak pimpinan negeri dalam soal ini.

Sebenarnnya banyak isu yang diputarbelitkan oleh media yang akhirnya menyusahkan byk pihak tidak mendapat perhatian segera drpd pemimpin. lihatlah isu kenaikan elaun, PPRT Kg Belauh, Hulu Besut dll yang semuanya menyakitkan mata yang melihat dan telinga yang mendengar. tetapi tiada kenyataan khusus drpd pimpinan.

Setahu saya MB sendri mempunyai ramai setaiusaha termasuklah setiausaha akhbar. tetapi apa peranan mrk. Contohilah kerajaan kelantan dlm hal ini. kita lihat Tok Guru MB sendiri byk mengeluarkan kenyataan. Kita bangga dengan s/u politiknya Anual Bakri Haron yang tak jemu2 menulis memberi penjelasan. Begitu juga ust Fauzi Zakaria.

Kita mempunyai byk media utk disalurkan sesuatu kenyataan sebenar termasuk laman web. Tapi setakat yang saya perhatikan ia tidak digunakan sebaik mungkin oleh pemimpin. Lihatlah penulis2 di laman web berapa orangkah yang terdiri drpd kalangan pemimpin.

Banyak isu yang tidak dijelaskan (atau lambat dijelaskan) oleh pemimpin kita. Kalau ada penjelasan pun bukannya daripada kenyataan akhbar tetapi mungkin temuramah atau sidang media. Kadang2 dari sidang media apa yang dialporkan adalah perkara yang tidak sepatutnya. maka saya kira pemimin kita perlu mengubah kedaan ini dengan mengeluarkan kenyataan bercetak sama ada kepada media Bn atau media altrnatif.

Janganlah membuatkan rakyat kebanyakan berada dalam kebingungan tanpa penjelasan.

Anak Paka di Perantauan
mustasyar@yahoo.com






______________________
Terbitan : 28 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com