Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Menggali Akar Fundamentalisme Islam

Menggali Akar Fundamentalisme Islam:

Paradigma Kompleks sebagai Pisau Analisis

Prolog

Selepas tragedi 11 September 2001 persoalan fundamentalisme Islam marak dibahas bersanding dengan wacana terorisme. Sebab, Amerika yang dirundung duka itu mengandaikan bahawa Bin Ladin dan kroninya —yang notabene muslim fundamentalis— adalah dalang di balik serangan itu.

Waktu itu hubungan antara wacana terorisme dengan wacana fundamentalisme Islam memang rancak: sejalan andaian dan telahan Kerana Amerika tak mempuniya bukti jelas untuk mengambinghitamkan kelompok Bin Ladin. Bahkan rumor yang ke udara pun berbeza: “Yahudilah biang keladinya”. Sebab, konon nombor pesawat yang merempuh WTC menunjukkan sandi yang mengarah ke Yahudi. Dan seperti telah diatur, konon warga Yahudi yang bekerja di WTC banyak yang mengambil cuti sebelum kejadian itu.

Namun, kini tuduhan tanpa bukti itu cukup clear. 1rstwap.com pada awal september 2002 memberitakan bahwa dua anggota Jaringan al-Qaeda mengaku bahawa merekalah yang merencanakan serangan tersebut. Kalau khabar itu benar, maka hubungan terorisme dengan fundamentalisme Islam yang sebelumnya kabur, kini mulai tampak jelas. Kejelasan ini kemudian akan bertambah jernih, jika telahan bahawa pelaku pengeboman Bali 12 Oktober 2002 adalah muslim fundamentalis itu, juga benar.

Oleh kerananya, mengingat fenomena ini tetap bergejolaknya hingga kini, dan kemungkinan akan berpanjangan di masa mendatang, maka pembahasan akar-akar fenomena muslim fundamentalis mutlak diperlukan.

Apa yang dimaksud dengan muslim fundamentalis? Apa pemikiran dan tindakan mereka? Mengapa fenomena muslim fundamentalis berikut pemikiran dan tindakannya timbul? Faktor apa sajakah yang melatarinya? Bagaimana sikap kita terhadap kemunculannya ?

Demi hasil pembahasan komprehensif, adalah perlu penerapan paradigma kompleks (al-naműdzaj al-murakkab) sebagai pisau analisa-kritik. Iaitu, paradigma terbuka-luas-integral-plural yang mengarah kepada paradigma objektif, dengan menganalisa dan menginterpretasi objek/fenomena secara kritis, dari pelbagai aspek yang bersangkutpaut (interrelate)(seperti aspek politik, sosial, ideologi-epistemologi, psikologi, peristilahan dll). Fenomena ini adalah fenomena manusia yang komplek dan mungkin timbul dari pelbagai dimensi, hingga perlu ditilik secara kritis dari pelbagai dimensi pula.

Di antara dimensi yang perlu ditilik dari fenomena muslim fundamentalis adalah dimensi peristilahannya. Apa yang dimaksud dengan istilah muslim fundamentalis?

Maksud Istilah ‘Muslim Fundamentalis

Menurut M. ‘Âbid al-Jâbirî, istilah ‘muslim fundamentalis’ awalnya dicetuskan sebagai signifier bagi gerakan Salafiyyah Jamaluddin Al-Afghânî. Istilah ini, dicetuskan kerana bahasa Eropah tak punya istilah padanan yang tepat untuk menterjemahkan istilah Salafiyyah. Hingga Anwar Abdul Malik pun memilih istilah itu sebagai pengistilahan (representation) dari istilah Salafiyyah Al-Afghânî, dalam bukunya Mukhtarât min Al-Adab Al-Arabi Al-Mu‘âshir (1965: berbahasa Prancis), dengan tujuan memudahkan pemahaman dunia tentangnya dengan istilah yang sudah cukup akrab: fundamentalisme.

Pendapat senada juga diungkapkan oleh Hassan Hanafi. Professor filsafat Universiti Cairo ini mengatakan bahawa istilah (term) ‘muslim fundamentalis’ adalah istilah untuk menunjuk gerakan kebangkitan Islam, revivalisme Islam, dan gerakan/kelompok Islam kontemporer, yang sering digunakan peneliti Barat lalu sering digunakan oleh banyak pemikir.

Kalau al-Jâbirî dan Hanafi cenderung dengan istilah tadi, M. Said al-Asymawi cenderung berusaha mencari akar peristilahannya. Sebelum al-Asymawi menggunakan istilah ‘muslim fundamentalis’, ia berusaha mengungkap makna awal dari istilah ‘fundamentalis’.

Dalam buku Al-Islâm Al-Siyasî (1987), al-Asymawi berkata bahawa istilah fundamentalis awalnya bererti umat kristian yang berusaha kembali ke asas ajaran Kristian yang pertama. Term itu kemudian berkembang. Lalu disematkan pada setiap aliran yang keras dan rigid dalam menganut dan menjalankan ajaran formal agama, serta ekstrem dan radikal dalam berfikir dan bertindak. Hingga komuniti Islam yang berkarakter semacam itu kena imbas disebut fundamentalis, dan istilah fundamentalisme Islampun muncul.

Seluruh paparan di atas tampaknya bersependapat (convergence) pada sebuah kesimpulan bahawa istilah ‘muslim fundamentalis’ telah mengalami kebangkitan, pelebaran dan penyempitan. Istilah itu sempat dipadan untuk fenomena Salafiah Al-Afghânî. Kemudian dilebarkan untuk semua gerakan revivalisme Islam. Lalu disempitkan untuk gerakan muslim radikal/ekstrem/literal/garis-keras. Dan penyempitan inilah yang kini sering dijadikan sebagai “relational meaning” bagi kata ‘muslim fundamentalis’.

Jika yang dimaksud dengan muslim fundamentatis “dewasa ini” adalah komuniti muslim radikal/ekstrem/literal/garis-keras, maka, apa pemikiran dan tindakan mereka, hingga mendapatkan banyak jolokan seram? Dan mengapa mereka berfikir dan bertindak semacam itu?

Pemikiran dan Tindakan Muslim Fundamentalis

Fikiran inti dari muslim fundamentalis adalah Hakimiyyat Allâh. Iaitu, pengakuan atas authority Tuhan dan syariat-Nya semata di atas bumi, dan ketundukan manusia hanya kepada-Nya. Landasan berfikir fikiran tadi berupa kalimat tauhid lâ ilâha illa Allâh. Yang bererti; tiada tuhan selain Allah, dan tiada authority dan syariat kecuali syariat dan authority Allah.[6] Sehingga, ia berimplikasi epistemologis pada penolakan semua yang bukan Allah dan bukan dari Allah, dan berimplikasi epistemologis pada pemberian label musyrik, kafir, fasik dan zalim bagi siapa sahaja yang tak menolak selain Allah dan syariat-Nya.

Hal ini terbukti pada perkataan muslim fundamentalis bahawa; siapapun yang enggan menegakkan sistem selain Allah, atau menolak dan memusuhi kedaulatan dan sistem Allah (hakimiyyat Allâh dan syariat Allah), adalah musyrik jahiliyyah. Kerana mereka telah menyekutukan Tuhan dengan mengakui authority selain-Nya dan menggunakan sistem selain sistem-Nya. Dan barang siapa yang enggan menerapkan syariat Islam adalah kafir, fasik, dan zalim. Kerana Tuhan telah berfirman ”...wa man lam yahkum bi mâ anzala Allâh fa ulâika hum al-kâfirűn...al-dzâliműn...al-fasiqun” (...barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir...dzalim...fasik).

Idea yang hanya mengakui authority Tuhan dan syariat-Nya ini, tentu sahaja tak mengakui demokrasi. Kerana baginya, semua adalah dari Tuhan untuk manusia. Tak ada istilah, dari manusia (baca: rakyat) untuk manusia.

Hakimiyyat Allah juga tak mengakui kontrak sosial. Kerana kesepakatan bersama masyarakat untuk kepentingan bersama dalam suatu komuniti manusia, baginya tak diperlukan lagi. Semuanya sudah distempel oleh Tuhan dan syariat-Nya.

Dan ia juga tidak mengakui pluralitas. Kerana yang diakui hanya syariat Allah saja (baca: syariat Islam). Tak peduli dengan penganut agama lain yang punya syariat sendiri. “File” demokrasi, pluralitas dan kontrak sosial seluruhnya tak ada dalam “hard disk” hakimiyyat Allah. Sebaliknya, teokrasi dan berfikir teosentris memenuhi seluruh “capacity”nya. Pendapat ini dibuktikan dengan implikasi epistemologis-praktis hakimiyyat Allah yang cenderung membela Tuhan dan agama dari pada membela manusia. Berorientasi melangit dari pada membumi.

Hal ini kita lihat pada pengakuan mereka bahawa merekalah umat terbaik (orang Islam adalah yang terbaik), umat Islamiyyah; selainnya buruk, jahiliyyah. Pendapat mereka adalah pendapat terbenar dan harus ditaati kerana berpegang pada syariat Tuhan.

Pengakuan kebesaran dan kebenaran diri tadi cepat atau lambat akan menimbulkan gejala fasis. Kemudian menghasilkan cara perlabelan musyrik, kafir, zalim, munafik dan jahiliyyah kepada seteru atau orang yang tak setuju dengan idea hakimiyyat Allah dan penerapan syariat.

Dalam sejarah Islam klasik, kita dapat menyaksikan kekejian Khawarij (golongan pembelot) yang menghalalkan darah Khalifah Ali. Dalam sejarah Mesir, kita dapat melihat tindakan muslim fundamentalis membunuh Presiden Anwar Sadat dan Farag Faudah. Dan dalam sejarah Indonesia, reformasi di dalam masyarakat dan beriktikad ingin mendirikan Negara Islam Indonesia (NII).

Faktor Penyebab Pemikiran dan Tindakan Muslim Fundamentalis

Di atas, fenomena muslim fundamentalis telah kita dekati dari sisi ideologisnya. Sebab mereka mengaku bahawa faktor keimanan atau ideologi agamalah epistemologi dan motor penggerak fikiran dan tindakan mereka.

Dari pendekatan tersebut teraih sebuah kesimpulan bahawa tindakan radikal muslim fundamentalis timbul dari fikiran radikal. Dan fikiran radikal mereka muncul dari suatu landasan berfikir yang didekati dengan method berfikiran ekstrim. Tapi, apakah benar, faktor ideologis keagamaan saja yang melatari fenomena ini? Dan apakah cukup, fenomena ini didekati dari sisi ideologisnya sahaja?

Sebagaimana yang telah diutarakan di prolog, fenomena ini akan didekati dari pelbagai aspek. Sehingga pendekatan dari segi ideologi belum dianggap final. Hal itu akan dilanjutkan dengan usaha mencari faktor-faktor penyebab lain dari aspek pendekatan yang berbeza. Di antaranya adalah aspek sosial.

Dalam tinjauan sosiologis, contoh fikiran dan tindakan radikal gerakan muslim fundamentalis boleh disimpulkan muncul kerana penekanan-penindasan. Hal ini dapat dilihat dari maraknya gerakan muslim fundamentalis Indonesia pasca reformasi, dan munculnya Jamaah Jihad di Mesir.

Di zaman Suharto berkuasa, gerakan muslim fundamentalis boleh dianggap sepi. Sebab, rejim ini menganut asas tunggal dan menerapkan undang-undang subversif. Sehingga suara-suara yang ‘melencong’ dari Pancasila ditebas. Dan tindakan-tindakan yang menggoyang stabiliti nasional dihempas.

Namun setelah roda reformasi berputar, gerakan muslim fundamentalis mulai ramai. Mereka yang tadinya terkekang di zaman Suharto, mulai berani tunjuk gigi secara serempak. Dengan mendirikan parti politik, LSM, majlis ta’lim, dll, dan menjual idea ke wilayah publik.

Demikian halnya dengan keadaan sosial politik yang dialami muslim fundamentalis Mesir sebelum Jamaat Jihad didirikan. Pada bulan September 1981 pemerintahan Anwar Sadat menetapkan undang-undang subversif ‘al-fitnah atthaifiyyah’. Lalu aktivis Ikhwan Muslimin yang dianggap penentangan di penjara. Dan dalam penjara mereka mendirikan Jamaah Jihad. Kemudian pada tanggal 6 Oktober 1981, kelompok yang berpegangan pada buku radikal “Al-Faridzah Al-Ghaibah” karya Muhammad Abdussalam itu, membunuh Presiden Anwar Sadat.

Dari dua contoh permasalahan itu, maka cukup tepat untuk mengatakan bahawa gerakan muslim fundamentalis, secara sosiologis, timbul kerana tertindas atau tertekan. Masih dalam tinjauan sosiologis pula, fenomena muslim fundamentalis ini boleh juga disimpulkan sering muncul dalam keadaan sosial-politik yang tidak stabil. Contoh jelasnya dapat dilihat pada permasalah munculnya Khawarij dan gerakan muslim fundamentalis Indonesia.

Pada zaman khalifah Ali, perang saudara sedang berkecamuk hebat antara kelompok Ali dan Muawiyyah. Kedua belah pihak bersengketa pendapat tentang masalah pembunuh Utsman dan masalah khilafah. Kelompok Ali berkeras mengangkat khalifah terlebih dahulu lalu menyelesaikan masalah pembunuhan. Sedangkan kelompok Muawiyyah menuntut penyelesaian masalah pembunuhan terlebih dahulu sebelum khalifah dipilih.

Kerana masing-masing telah menjadi air dengan minyak, maka reconciliation-perdamaian tak bererti lagi. Sesama muslim itu saling bunuh. Lalu damai dengan sistem tahkim (arbitrate/pengadilan). Dalam keadaan berkecamuk semacam ini, Khawarij yang awalnya masuk dalam golongan Ali membelot dan muncul secara persendirian ke permukaan sejarah klasik Islam. Dengan latar belakang kekecewaan mendalam atas roman ganas dua kelompok yang berseteru dan slogan “La hukma illâ li-Allah”, mereka berpendapat bahawa Ali dan Muawiyyah kafir dan halal darahnya. Kemudian Ali mereka bunuh, sedangkan Muawiyyah masih tetap hidup kerana berpengawal ketat.

Adapun kemunculan gerakan muslim fundamentalis Indonesia, selain kerana represi, sebagaimana yang diutarakan di atas, adalah kerana ketidakstabilan (instability) sosial-politik, sebagaimana yang dialami oleh Khawarij pada awal kemunculannya.

Pada akhir pemerintahan Suharto, Indonesia mengalami krisis multidimensi yang cukup hebat. Bidang ekonomi, sosial, politik dan etika semuanya parah. Sehingga masyarakat resah dan kepercayaan kepada pemerintah dan sistemnya menghilang.

Hal ini dirasakan pula oleh golongan muslim fundamentalis. Maka, setelah gendang reformasi ditabuh dan kebebasan berkelompok terbuka lebar, mereka keluar dari persembunyian. Mendirikan kubu-kubu, lalu berteriak mahukan penerapan syariat sebagai penyelesaian krisis.

Jadi, kemunculan kelompok muslim fundamentalis tak hanya timbul kerana faktor ideologis saja, seperti yang disebutkan muslim fundamentalis. Faktor realiti sosial juga membawa peranan besar dalam ‘mengorbitkannya’. Bahkan ia mungkin mendahului faktor ideologis. Hingga tak hairan Mahmud Ismail mengatakan; “krisis radikalisme awalnya adalah krisis realiti yang disusul oleh krisis pemikiran.” Atau dengan kata lain; timbulnya gerakan muslim fundamentalis adalah kerana merespon keadaan realiti.

Namun, benarkah fenomena ini hanya merespon realiti sahaja tanpa cita-cita politik di belakangnya? Untuk membahas hal itu, fenomena muslim fundamentalis perlu didekati dengan tinjauan politik.

Dalam tinjauan politik, fenomena muslim fundamentalis sering disebut dengan Islam politik. Iaitu suatu gerakan umat Islam yang menggunakan agama sebagai kendaraan politik untuk menggapai suara publik dan kekuasaan, lalu berusaha menggantikan sistem yang ada dengan sistem Islam versi mereka. Seperti parti-parti politik Islam di Indonesia dan Ikwan Muslimin di Mesir.

Bagi Farag Ali Faudah, fenomena ini adalah suatu problem politik negara. Kerana dengan kemunculannya; negara masuk dalam dialog keagamaan, parti politik yang sejatinya tak berasas agama —demi peraihan suara— menggunakan politik Islam, dan kumpulan (constellation) politik elit negara dipenuhi dengan orang-orang awam politik.

Menurut analisa psikologi, manusia mempunyai kecenderungan untuk membanding-bandingkan. Membandingkan diri sendiri dengan orang lain, masa lalu dengan masa kini, dan lain serupanya. Begitu juga dengan umat Islam secara umum dan golongan muslim fundamentalis secara khusus. Mereka kerap membandingkan kemunduran diri dengan kemajuan golongan lain dan atau dengan kejayaan generasi lampau. Sebagaimana yang tampak marak di tengah constellation wacana Timur Tengah semisal bahasan tentang tradisi dan modernis (M.Abid al-Jabiri), tradisi dan pembaharuan (Hassan Hanafi), ketulenan (authentic) dan kekinian (Yusuf Qardhawi) dan lain sebagainya.

Di tengah-tengah usaha perbandingan ini, umat Islam berusaha maju. Dengan mengulang kejayaan masa lalu, atau meniru golongan lain, atau membuang satu di antara keduanya, atau membuang keduanya dan berkreasi sendiri.

Dalam memilih empat pilihan ini, golongan muslim fundamentalis lebih suka memilih pengulangan kejayaan masa lalu dan membuang produk golongan lain. Hingga kemunculan mereka sering disebut dengan golongan revivalis Islam. Yang berusaha mengembalikan ajaran Nabi Muhammad secara literal dan kejayaan umat Islam klasik secara non-historis ke masa kekinian dan kedisinian, serta berusaha untuk membuang hal-hal dari luar tradisi Islam (baca: puritan).

Dari situ, kemunculan fenomena muslim fundamentalis dapat dikatakan sebagai manifestasi dari dorongan psikologis yang membandingkan diri, lalu ingin maju. Perwujudannya merupakan respon dari perasaan mundur yang dialami kaum muslimin. Oleh kerananya, faktor psikologis merupakan faktor lain yang cukup berperanan dalam memunculkan fenomena muslim fundamentalis di samping beberapa faktor lain yang telah disebut di atas.

kesimpulan itu berikutan kesimpulan pembahasan faktor-faktor lain penimbul fenomena muslim fundamentalis, mengandaikan kita pada kesimpulan bahawa faktor penimbulnya tidak hanya satu. Akarnya beragam dan bercabang, sehingga fenomena yang ditimbulkannya pun dapat dilihat dari pelbagai sisi.

Yang masih menjadi tanda tanya, bagaimana sikap kita terhadap kemunculan fenomena yang akarnya beragam dan bercabang ini?

Sikap terhadap Muslim Fundamentalis

Di manapun dan bilapun gerakan muslim fundamentalis muncul sebagai suatu kelompok, seharusnya kita hargai dengan lapang dada Kerana berkelompok dengan orang-orang sealiran adalah hak asasi manusia.

Dan apapun ideologi yang mereka anut dan sebarkan, seharusnya kita biarkan hidup bebas pula. Sebab, menganut ideologi apapun, atau tidak menganut ideologi apapun, dalam koridor kebebasan berfikir dan berekspresi, sejatinya hak asasi manusia juga. Sebagaimana setiap manusia berhak untuk beragama ataupun tidak beragama; bertuhan ataupun tidak bertuhan.

Namun bila hak kebebasan itu telah mereka salah gunakan dalam kehidupan sosial-politik, maka pelanggaran itu perlu ditindak. Semisal memaksa individu dan kelompok lain untuk menerapkan keyakinan dan konsep muslim fundamentalis, tanpa kontrak sosial dan perbincangan yang jelas. Sebab, hal itu telah menjurus pada pelanggaran hak asasi manusia dan telah menodai nilai penting kontrak sosial dan konstitusi.

Dengan itu, kita dapat menyimpulkan bahawa sikap yang seharusnya kita terapkan untuk menghadapi timbulnya fenomena muslim fundamentalis berikut pemikiran dan tindakannya adalah sikap terbuka dan kritis, dengan kesiapan penuh untuk menidaknya secara tegas —dengan tangan negara— bila melanggar hak-hak asasi manusia, keluar dari konstitusi dan kontrak sosial, atau meresahkan kenyamanan dan keamanan masyarakat.

Beriringan dengan sikap kita dan kesempatan mereka itu, maka orang-orang yang berfikiran liberal-inklusif bertugas untuk menghadirkan pemikiran alternatif yang mencerahkan, agar terjadi keseimbangan. Adapun kebenaran dan kemaslahatan pemikiran alternatif itu akan diuji dan diraih dengan seleksi ‘alam’.

Epilog

Meski tak sempurna, adalah diharapkan telah berusaha untuk menjawab beberapa pertanyaan mendasar. Di antaranya ia telah menjawab pertanyaan sepintas lalu maksud dari istilah muslim fundamentalis. Dengan mendekati fenomena tersebut dari sisi istilah bahasa, sebagaimana method semantik mendekati suatu fenomena. Lalu mengurai basical meaning dan relational meaning dari istilah muslim fundamentalis.

Ia juga telah menjawab pertanyaan sekitar pemikiran dan tindakan muslim fundamentalis. Dengan menganalisa fikiran inti muslim fundamentalis berikut landasan berfikir dan implikasi epistemologis dan praktisnya, secara kritis. Lalu memberi kesimpulan bahawa fikiran dan tindakan radikal muslim fundamentalis itu berakar pada ideologi yang mereka yakini.

Ia kemudian berusaha menambah faktor-faktor lain yang kemungkinan besar menimbulkan fenomena muslim fundamentalis. Ia dekati fenomena ini dari aspek sosial, politik dan psikologi. Hingga ia dapat menyimpulkan bahawa akar penyebab fenomena ini sejatinya beragam dan bercabang. Lalu ia berusaha untuk menawarkan sikap yang berlandaskan pada konsep kebebasan manusia, hak asasi manusia, dan kekuataan konstitusi dan kontrak sosial untuk menghadapi kemunculan fenomena tadi.

Dalam segala usaha yang sedikit ini yang bertujuan memahami dan ingin mengajak siapapun untuk terbuka dan kritis dalam melihat, bersikap dan menghadapi suatu fenomena.






______________________
Terbitan : 28 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com