Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SIAPA YANG GILA?

Selepas berhari raya di kampung di sebuah negeri di pantai barat, Penulis amat terkejut apabila masuk saja ke Negeri Terengganu melalui Besut terlihat bendera-bendera UMNO begitu banyak sekali dan sepanjang perjalanan melalui Setiu juga keadaannya boleh dikatakan sama.

Penulis mengatakan terkejut kerana seminggu sebelum hari raya dalam perjalanan balik ke kampung melalui jalan yang sama hanya terdapat beberapa sahaja bendera-bendera UMNO yang telah lusuh tetapi keadaan adalah sebaliknya seminggu selepas hari raya di mana bendera-bendera UMNO yang baru-baru berkibaran mungkin menggunakan apa yang dikatakan Wang Ehsan yang baru sahaja di ' faraidkan ' kepada puak-puak UMNO dan penyokongnya.

Sebelum ini bila bendera-bendera PAS berkibaran di merata-rata tempat terdengar dari mulut-mulut jahat puak-puak UMNO ini yang mengatakan " PAS hanya gila pasang bendera " tetapi keadaan telah terbalik bila orang yang mengatakan orang lain gila telah menjadi gila!

Gila ini ada macam-macam gila tetapi gila orang UMNO khasnya UMNO Terengganu ini tak ubah seperti orang gila talak. Kalau orang gila talak, macam-macam yang dilakukan oleh si suami untuk mendapatkan kembali bekas isterinya termasuk perkara yang ditegah oleh ugama seperti " cina buta " umpamanya. Begitu jugalah UMNO dalam usaha mendapatkan kembali sokongan rakyat Terengganu. Sanggup merompak Royalti Minyak yang sepatutnya menjadi hak Kerajaan Negeri Terengganu seperti yang termaktub di dalam perjanjian ( Apa jenis orang bila berjanji dia memungkirinya? ) dan konon-kononnya mengagih-agihkan kepada rakyat Terengganu ( dibaca puak-puak dan penyokong UMNO ) seolah-olah hendak menunjukkan merekalah yang prihatin terhadap nasib rakyat Terengganu. Kenapa tak tunjukkan sifat prihatin sebegini semasa memerintah berpuluh-puluh tahun sebelum ini? Why! Why! Why!

Setelah diberi apa yang dikatakan Wang Ehsan ini, diugut pula pakcik/makcik dengan mengatakan kalau tak pilih UMNO dan UMNO kalah pada pilihanraya akan datang, tidak akan ada lagi Wang Ehsan. Penulis ingin mengatakan di sini bahawa ini adalah satu pembohongan yang besar! Percayalah apa yang dikatakan Wang Ehsan atau apa saja istilah yang akan dipanggil selepas ini tidak akan dihentikan kerana jika dihentikan akan kebulorlah puak-puak UMNO ini samada Ketua Bahagiannya, Ketua Cawangannya, JKKKnya, kontraktornya dan sebagainya kerana " Seluruh MALAYA " sudah tahu bahawa puak-puak UMNO ini tidak tahu bersaing untuk hidup. Asyik minta sahaja. Kalau dalam bidang kontraktornya, lihatlah sahaja kaedahnya - Rundingan Terus, Kontraktor Berwibawa, Projek Tabung Pemulihan Usahawan ( TPU - dibaca Projek Tipu ) dan sebagainya. Patutlah Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menangis semasa perhimpunan UMNO yang lepas. Bukan mengenangkan nasib Melayu secara keseluruhannya tetapi nasib puak-puak UMNO yang dihadapannya yang asyik meminta dan memerlukan tongkat!

Bangun dan sedarlah saudara semua. Hapuskan kepercayaan 'kurafat' yang yang disogokkan oleh puak-puak UMNO ini yang mengatakan mereka sahajalah yang boleh memperjuangkan dan mempertingkatkan nasib Bangsa Melayu di Malaysia ini bahkan segala tindakan dan tindak-tanduk puak-puak UMNO ini akan menjahanamkan kita semua.

Kalahkan UMNO, Keadilan PASti DAPat ditegakkan!!!!!!!!!!!!






______________________
Terbitan : 16 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com